Aein Dhiyauddin
Seorang penulis novel yang karyanya sudah banyak diterbitkan di bawah pelbagai rumah penerbitan. Antaranya ialah :
• You Can Call Me Monster | KarnaDya Publishing
• Hero Jelita | KarnaDya Publishing
• Bibik Milenium | Love Novel Publishing
• Cinta Zara | Love Novel Publishing•••
Manuskrip
1) Apa yang kena ada di dalam sesebuah manuskrip?
Ofcozlah cerita yang menarik. Cerita yang menarik kenalah ada plot yang menarik.
2) Langkah terawal untuk buat manuskrip?
Fikirkan tema dulu dan paling penting konflik nak gerakkan plot manuskrip kita. Kena taruk jugak pengajaran yang pembaca boleh dapat dari manuskrip.
3) Berapa jumlah perkataan untuk satu bab?
Satu bab dalam 5 hingga 6 muka surat. Anggaran dalam 1k ke 1.2k word. Atau lebih sikit.
4) Average bab yang kena ada?
Average bab bergantung kepada muka surat atau word yang penerbit minta. 80 bab atau lebih.
Penulisan
1) Dah berapa lama dalam bidang penulisan?
Baru 3 tahun.
2) Macam mana nak kekalkan gaya penulisan yang hebat?
Menulis dari hati. Tapi jangan syok sendiri. Kena faham kehendak pembaca tapi tak boleh tunduk pada kehendak pembaca.
3) Ada tips untuk penulis-penulis baru?
Banyakkan membaca novel penulis senior dan penulis bestseller. Belajar dari penulisan diaorang tapi jangan plagiat. Fahami macam mana pembaca kat Malaysia.
4) Pernah alami saat kejatuhan tak? Kalau tak keberatan, boleh kongsikan?
Takde jawapan. Akak penulis biasa je.
5) Apa semangat yang diterapkan sampai boleh mara ke peringkat sekarang?
Semangat yang diterapkan kepada diri sendiri. Akak menulis sepenuh masa. Tak ada buku means takde income. Jadinya lebih serius sikit dalam menulis. 😁 Tak ada masa nak patah hati atau malas.
•••
Terima kasih kepada Kak Aein Dhiyauddin kerana sudi berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu penulisan kepada kami.
Kepada penulis di luar sana, harap tips-tips ini dapat membantu anda untuk terus berkarya dan terbitkan novel sendiri.
Semoga bermanfaat!
YOU ARE READING
Million Dreams
Random"Start where you are, use what you have, do what you can." ____________________ Nak dapatkan semangat? Nak menulis tapi tak tahu nak mula daripada mana? Tahniah! Anda datang ke tempat yang betul! Di sini kami mengumpulkan pengalaman daripada penuli...