E | Shieyruna

311 48 21
                                    

Shieyruna

Author yang telah menghasilkan karya bergenre teen fiction, romance dan action. Antara karya-karyanya yang popular di wattpad adalah :

• Kau VS Aku!
• Cinta Dalam Diam

Followers : 14.1k
Works : 10

•••

1) Berapa lama ada dekat wattpad?

Akak tak tahu nak bahasakan diri apa jadi guna akak jela ya 😂. Jadi akak dah lama ada dekat wattpad sejak 2016 lagi. 5 tahun dah.

2) Macam mana nak kekalkan gaya penulisan yang hebat?

Akak tak kekalkan. Setiap masa akak cuba baiki dan improve penulisan akak. Akak hanya belajar macam mana nak buat cerita ni lebih menarik. Apa akak kena tambah, bahagian mana yang kurang. Macam mana nak olah kekurangan tu jadi gempak. Akak selalu ada target sendiri untuk cerita akak which is kalau boleh part ni mesti nampak 'Wow', part ni mesti kena buat pembaca kalau tak nangis pun at least rasa tersentuh sedikit.

Mesti kena ada sesuatu yang lain sedikit daripada cerita orang lain jadi bahagian mana yang selalu klise tu akak cuba tukar. Kalau dia nampak klise juga sekurang-kurangnya cara akak olah nampak lain.

Jadi nak kekalkan gaya penulisan yang hebat tu... Bukan selalu dan bukan semua orang. Tapi sentiasa belajar, belajar, baiki dan letak target.

Sebab tu cara akak rangka jalan cerita sangat teliti dalam buku khas akak tu. Jadi akak boleh tahu mana yang kurang mana yang boleh ditambah diselit kalau ada idea lebih kebabom muncul. Bukan main belasah je taip cerita tiba-tiba dah penamat.

Penulisan sama juga macam benda lain contoh macam mana nak kekalkan skor tinggi dalam setiap ujian? Jawapannya sentiasa konsisten belajar dan fokus. Macam mana nak kekalkan gaya hidup sihat? Konsisten bersenam dan amalan pemakanan.

Awak mesti akan buat sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Jadi macam mana nak kekalkan penulisan yang hebat? Do something. Anything. Dengan cara tersendiri.

( Panjangnya! Baru soalan 2 😂 )

3) Ada tips untuk penulis yang baru berjinak dalam wattpad?

Kepada penulis baru atau pengguna wattpad lama tapi baru nak berjinak buat cerita.

Tips saya yang pertama :
- Belajar dulu asas penulisan barulah ke stage seterusnya. Apa itu Prolog Epilog. Apa itu konflik klimaks. Apa itu Plot Twist. Apa itu Sudut Pandangan dalam penceritaan.

Sebab bila korang dah buat cerita baru nak belajar semua benda alah tu... Korang akan menyesal. Tak tipu. Saya ada buat buku Writing Tips dan kebanyakan pembaca saya begitu.

Tips kedua :
- Dah berjinak ni kena sedia terima risiko. Ini bukan nak menakutkan tapi sebagai langkah berhati-hati. Korang akan jumpa macam-macam ragam orang, korang akan ada perasaan bercampur baur. Kena kuat semangat.

Kalau niat sebab nak jadi wattfamous, lupakan dulu. Bukan mudah sebab perjalanannya sangat jauh. Nak tahu kenapa? Bila dah ada niat nak cepat famous, korang tak boleh tahan bila tengok view 👁️10 vote ☆ 0 comment 0.

Korang rasa nak benda tu cepat meningkat so that you can be famous. Percayalah selepas tu anda give up ❤️.

Ikhlaskan lah. Enjoy while writing and creating the scene.

4) Pernah alami saat kejatuhan tak? Kalau tak keberatan, boleh kongsikan?

Pernah. Tengah zaman kejatuhan lah ni 🤣. Tapi tak lah jatuh sangat sebab masih ramai yang baca cerita akak. Alhamdulillah. Yang jatuh sekarang ni semangat dan minat saja sebab sibuk dengan kerja. Jadi tak banyak masa untuk penulisan.

Benda ni terjadi bila akak ada serious writers block. Akak langsung tak boleh nak fikir idea baru. Semua benda tersekat dan akak tak tahu kenapa. Jadi akak biarkan dulu lepas tu sampai sekarang masih lagi writers block. Sekarang pun dah masuk 6 bulan macam tu kena writers block.

Sebab tu saya menyepi wahai pembaca-pembaca sekalian 😭. Tak ada niat pun. Akak dah maklumkan yang akak sedang writers block tapi masih juga kena maki dan kena carut dengan beberapa silent readers dekat DM.

Ini benda paling teruk pernah jadi. Doakan lah Shieyruna mampu keluar dari penjara writers block dan buat comeback sebab akak masih banyak lagi cerita dalam draft '(

Tapi alhamdulillah karya akak yang lain masih dapat sambutan. Terima kasih kepada yang sudi baca dan follow.

5) Apa semangat yang diterapkan sampai boleh mara ke peringkat sekarang?

Semangat?

Akak punya pun macam telur di hujung tebing tinggi 😂.

Tapi masih ada sisa semangat tu. Kalau tak ada, akak dah delete account 😂. Macam akak pesan... Ikhlaskan. Bila kita ikhlas nak menulis, nak bagi orang baca bukan niat nak famous. Apa jadi nanti pun takkan halang awak untuk terus berkarya.

Maaf kalau tak menjawab soalan sangat sebab akak tak ada jawapan. Apa yang akak tahu ini salah satu kelebihan akak dan dengan kelebihan ni boleh lah dibanggakan.

Kenalah ada impian untuk ke next level. Jadi penulis buku terkenal macam JK Rowling 😛.

Satu lagi sebab adalah minat. Kena ada minat dalam penulisan baru ada semangat. Walaupun semangat tu jatuh nanti tapi minat takkan hilang. Macam akak 👅.

Itu saja daripada saya. Terima kasih sebab interview akak sebab tak ada lagi orang buat macam ni. Yelah, I'm not that famous 😂.

•••

Terima kasih kepada Kak Shieyruna sebab sudi menjawab soalan-soalan daripada kami dan kongsikan beberapa tips berguna.

Kepada penulis yang sedang membaca, ambillah pengalaman dan tips Kak Shieyruna untuk korang teruskan berkarya.

Good luck and dont't give up!

Million DreamsWhere stories live. Discover now