Author yang telah menghasilkan banyak karya di wattpad. Antara karyanya yang telah berjaya diterbitkan adalah :
• Uwaiz, Engkau Yang Aku Cinta | RC Publication
Followers : 9.22k
Works : 12•••
1) Berapa lama ada dekat wattpad?
Jawapan : Masuk bulan 10 nanti genap empat tahun.
2) Macam mana nak kekalkan gaya penulisan yang hebat?
Jawapan : Gaya penulisan saya tak adalah hebat sangat. Saya just guna basic writing. Kalau baca cerita-cerita saya tu, kau orang boleh tahu macam mana gaya penulisan saya tu. But kalau nak kekalkan dan memantapkan lagi gaya penulisan tu, saya suggest supaya baca karya-karya dari novelis ternama dan take note macam mana gaya penulisan dia orang tu (belajar gaya penulisan je tau! Jangan pulak tiru bulat-bulat) okey jugak kalau nak tiru tapi jangan semua. Nanti rasa macam menciplak orang punya.
3) Ada tips untuk penulis yang baru berjinak dalam wattpad?
Jawapan : Hmm... sebenarnya saya cuba untuk ingat balik apa yang saya buat waktu first saya terjebak dengan pak cik Oren ni. But untuk tips dari saya (kalau mengarut jangan ikut) kalau kau orang baru nak berjinak dalam wattpad, saya suggest kau orang jadi reader dulu sebab dulu pun saya reader jugak sebelum jadi penulis. Leps dah jadi reader dan hati terdetik untuk cuba menulis pula, silakan. Tapi bagi saya, kau orang buatlah cerita tu hanya untuk hiburan. Bukan untuk bacaan paling tinggi (sebab saya macam tu hehehe... jangan kecam)
4) Pernah alami saat kejatuhan tak? Kalau tak keberatan, boleh kongsikan?
Jawapan : Kejatuhan? Ayo saya tak berapa ingatlah zaman gelap saya dulu. Saya cuma ingat zaman renaissance dan reformation je (ongok kau, nith!) tapi jangan risau. Saya masih pernah rasa kejatuhan tu. Rasa kejatuhan tu baru je muncul dalam dua tiga hari ni. Rasa macam nak berhenti menulis je sebab saya sedar diri yang walaupun saya wattfam (orang kata) tapi gaya penulisan still teruk. Bukan tu je, rasa down yang saya rasakan lebih teruk bila dapat tahu kes Truyen beberapa bulan lepas. Saya banyak fikir, kalau kes tu berlanjutan macam mana dengan keselamatan karya-karya saya? Sebab bila orang lain bukak website tu, diorang boleh senang-senang aje copy and paste dan buat macam hak milik diorang. Tapi sekejap je lepas empat hari kemudian, saya dah tak kesah. Bagi saya, diorang nak curi diorang yang tanggung dosa sebab saya takkan halalkan 😂
5) Apa semangat yang diterapkan sampai boleh mara ke peringkat sekarang?
Jawapan : Entah la semangat apa yang rasuk saya ni. Tapi kalau saya tak menulis sebaris ayat untuk sebuah cerita walau tak pub, saya rasa kosong. Sebab apa? Sebab tulis sebuah cerita macam dah sebati dengan saya sejak tahun 6. Tapi dulu bukannya menulis, saya melukis komik. (HAHAHAHAH jangan tanya, itu kisah silam)
•••
Terima kasih kepada anith kerana sudi menjawab soalan-soalan daripada kami.
Take note ya dengan apa yang anith cakapkan tu. Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian.
Baideweh, soalan-soalan ni ditanya pada tahun lepas ya jadi soalan pertama tu bukan merujuk kepada tahun ni. Maafkan kami kerana peram terlalu lama sebab busy sikit. Huhu.
•••
Next?
YOU ARE READING
Million Dreams
Random"Start where you are, use what you have, do what you can." ____________________ Nak dapatkan semangat? Nak menulis tapi tak tahu nak mula daripada mana? Tahniah! Anda datang ke tempat yang betul! Di sini kami mengumpulkan pengalaman daripada penuli...