Author yang mempunyai beberapa karya di wattpad. Ada di antaranya sudah diterbitkan sebagai e-book dan ada juga yang bakal dikeluarkan sebagai buku fizikal ;
• Darlingku Mr Aidil Fitri | Penerbitan AHA
• Darlingku Mr Cold Mafia | Penerbitan Kaki NovelFollowers : 5.24k
Works : 10•••
1) Berapa lama ada dekat wattpad?
Lebih kurang 2 tahun sejak 2018.
2) Macam mana nak kekalkan gaya penulisan yang hebat?
Gaya penulisan yang hebat? Belajar dan terus belajar. Kalau nak semak satu ejaan atau perkataan. Boleh semak kat PRPM. Penulisan saya pun tak adalah hebat mana. 🤣 Tapi saya ada pegang kata-kata dari salah seorang idola penulis saya. Jangan menulis sebab vote. Jangan menulis sebab popular. Nanti aura hasil penulisan korang tidak akan kekal lama. Peminat akan datang sendiri kalau hasil penulisan menarik.
3) Ada tips untuk penulis yang baru berjinak dalam wattpad?
- Cover book mestilah menarik sebab kadang-kadang pembaca tertarik dengan cover book dulu.
- Blurb mesti buat. Jangan kosongkan. Itu pun akan bagi first impression kepada story awak.
- Masuk grup penulisan. Belajar tentang penulisan. Supaya lagi improve.
- Jangan guna kata-kata singkat aq, kmu, cye. Jangan guna bahasa-bahasa mat rempit ni. Nanti spoil nak baca. Tulis penuh.
- Kurangkan kesalahan ejaan dan tanda baca. Saya pun banyak kesalahan ejaan 😅.
- Kalau boleh update sampai complete cerita anda. Biarlah lama asalkan complete. Jangan tergantung.
- Masuk apa-apa award. Cubalah nasib sebab dari situ kita tahu mana yang perlu diperbaiki.
4) Pernah alami saat kejatuhan tak? Kalau tak keberatan, boleh kongsikan?
Alhamdulillah. Setakat ini takde saat kejatuhan. Kalau setakat kutuk cerita saya or benci saya. 🌚. Why bother... Saya buat tak wujud je. Butang mute and unfollow kan ada 🤣. Gurau-gurau.
Okey... Adalah salah satu cerita... Tapi tak adalah teruk sangat... Sekadar ugutan nak plagiat. Mula-mula risau jugak... Tapi butang report ada... Report je la... 🤣 Sumpah saya tak faham kenapa nak plagiat cerita saya padahal orang tu boleh buat cerita lagi gempak saya rasa. 🤣
5) Apa semangat yang diterapkan sampai boleh mara ke peringkat sekarang?
Selalunya orang down sebab kena kritik atau kena kutuk habis-habisan. Benda ni bagi saya... Saya takkan layan. Saya takkan layan orang kutuk atau benci karya saya. Kutuklah... Cakaplah apa saja. Saya tak kisah. Asalkan. Cerita saya complete and readers saya support cerita saya. Saya hargai sangat. Just buat hal sendiri. Don't create a drama. Please ladies and gentlemen... Wattpad bukan untuk buat drama. Just untuk menulis cerita okies...
Sebenarnya... Saya nak ucapkan terima kasih sebab interview saya. Saya bukan penulis yang hebat. Tolong jangan idolakan saya sebab saya tak layak. Just suka cerita saya pun... Saya dah hargai...
•••
Terima kasih kepada kak shadhia kerana sudi berkongsi serba-sedikit tips dan pengalaman. Humble je kan kak shadhia jawab soalan kitorang tu hshshshs. Apa-apa pun moga akak terus sukses di masa akan datang.
Korang yang baca ni pun sama! Jangan mudah give up okey! Abaikan je apa yang orang cakap pasal karya kita. Teruskan menulis! Smiley.
YOU ARE READING
Million Dreams
Random"Start where you are, use what you have, do what you can." ____________________ Nak dapatkan semangat? Nak menulis tapi tak tahu nak mula daripada mana? Tahniah! Anda datang ke tempat yang betul! Di sini kami mengumpulkan pengalaman daripada penuli...