Author yang menghasilkan genre romance dan pelbagai genre lagi. Beliau mempunyai 17 karya. Antara karya-karyanya yang sudah berjaya diterbitkan ialah :
• Saat Harus Memilih
• Setelah Kau Pergi ( Kompilasi Kembalinya Ramadhan)
• Bakal terbit bulan Ogos, Panahan Asmara HitamFollowers : 3.54k
Works : 10•••
1) Berapa lama ada dekat wattpad?
Saya mulai kenal wattpad pada Disember 2017. Masa tu belum ada karya. Cuma sebagai pembaca sahaja. Pada February 2018 saya publish karya pertama. Hingga kini dah ada 17 story dan semuanya completed.
2) Macam mana nak kekalkan gaya penulisan yang hebat?
Kena banyak membaca kot. Lagi satu banyakkan latihan menulis. Macam saya, saya disiplinkan diri menulis setiap hari dengan 1k+ perkataan.
3) Ada tips untuk penulis yang baru berjinak dalam wattpad?
a) Jangan rasa rendah diri jika followers sikit sebab followers tak menentukan karya kita banyak views dan vote. Yang menentukan adalah kehebatan karya itu sendiri.
b) Jangan mudah give up kalau karya kita tiada pembaca/ tiada vote / views sikit. Semuanya memerlukan masa. Tulis je. Publish je. Update je. Lama-lama akan ada orang baca. Sesetengah readers suka baca sekaligus bila part dah banyak. Lain readers lain caranya.
c) Biar storyline klise. Asalkan gaya pengolahan cerita itu menarik.
d) Join grup penulisan untuk belajar format penulisan yang betul. Boleh juga baca karya-karya penulis yang dah banyak buku, yang dah ada nama. Tengok gaya penulisan diorang macam mana. Jangan malu untuk bertanya.
e) Setiap genre yang kita tulis ada peminat tersendiri. Jadi jangan takut dengan genre atas alasan orang tak suka baca.
f) Mesti rajin update cerita. Jangan biar sampai berhabuk. Readers akan bosan menunggu dan beralih pada story lain. Tak mustahil story kita akan dibuang dari library mereka.
g) Jangan sombong dan suka menunjuk-nunjuk. Kongsi ilmu pada teman-teman yang lain. Baca cerita teman dan followers kita agar diorang pun menghargai kita.
h) Untuk selalu dapatkan idea, boleh berangan berlakon jadi watak dalam cerita kita. Ambil dari pemerhatian alam sekitar. Nak rezeki ada yang dapat dari mimpi pun ada. Selalu ada nota atau hp utk catat idea yg datang secara tiba-tiba. Tulis point penting supaya idea tidak hilang.
Saya jarang menonton story dalam tv untuk elak meniru storyline. Tapi jika menonton cuba ambil point pengajaran darinya. Buat penceritaan dari idea kita sendiri. Ini kita panggil inspirasi.i) Untuk dapatkan story kita byk komen, buat prolog yang gempak yang menimbulkan penasaran dan tanda tanya. Jangan letak nama watak yang terlalu panjang dan berbelit. Sesuaikan nama watak dengan latar belakang cerita kita. Buat teknik 'menggambarkan' bukan 'menyatakan' agar readers dapat feel bila membaca.
4) Pernah alami saat kejatuhan tak? Kalau tak keberatan, boleh kongsikan?
Setakat ni alhamdulillah masih okay dekat wattpad. Cuma masalah plagiat yang buat kita sedikit kurang senang. Apa pun teruskan berkarya. Plagiat ada di mana-mana. Tak boleh nak elak. Jangan putus asa.
5) Apa semangat yang diterapkan sampai boleh mara ke peringkat sekarang?
Cuma azam dari diri sendiri untuk berjaya macam orang lain. Dorongan dari orang terdekat seperti family dan rakan-rakan juga boleh menjadi pembakar semangat. Teruskan berjuang untuk berkarya. Selagi ada minat selagi itu boleh menulis.
•••
Terima kasih bunda sebab luangkan masa untuk jawab soalan anak-anakmu ini hahahaha.
Kepada yang membaca, ambillah semua point di atas dan jadikan panduan untuk teruskan berkarya.
•••
Next?
YOU ARE READING
Million Dreams
Random"Start where you are, use what you have, do what you can." ____________________ Nak dapatkan semangat? Nak menulis tapi tak tahu nak mula daripada mana? Tahniah! Anda datang ke tempat yang betul! Di sini kami mengumpulkan pengalaman daripada penuli...