E | CikMardiah

169 23 11
                                    

CikMardiah

Author yang telah menghasilkan banyak karya bergenre romantik. Beliau mempunyai 10 karya yang diterbitkan di wattpad dan ada diantaranya sudah diterbitkan menjadi buku fizikal di beberapa buah rumah penerbitan. Antaranya ialah:—

•His Killer Smile| TERBIT
       •Lecturer Sebelah Rumah | TERBIT
•Drama King | TERBIT
•Beautiful Path

•Delisha Andara
•Sawaddeekha, Captain! | BAKAL TERBIT
•Sir,  Heart You | TERBIT
•Percaya Pada Janji |TERBIT
•Dear Little Wife
•The Only One |E-BOOK

Followers: 30k
Works: 10


•••

—Soalan—

1) Berapa lama ada dekat wattpad?

Sejak 2015. Tapi start aktif menulis dekat Wattpad 2016 sampai sekarang.

2) Macam mana nak kekalkan gaya penulisan yang hebat?

Banyakkan membaca novel/karya penulis lain. Tengok cara penyampaian mereka tapi jangan tiru. Setiap penulis mempunyai trade mark tersendiri dalam penulisan. Tak usah lah nak tiru gaya penulisan penulis terkenal macam Anjell sebab memang takkan sama 😌

Elakkan shortform dalam penulisan. Ini penting! Gunakan penggunaan huruf besar dan kecil dengan betul.

3) Ada tips untuk penulis yang baru berjinak dalam wattpad?

Jangan putus asa, teruskan menulis walaupun karya awak ada sikit aje views dan votes. Ingat, semua orang bermula dari bawah. Rajinkan diri promote karya dekat Wattpad. Percaya lah, Wattpaders semuanya sporting dan baik-baik. Jangan takut!

Jangan tiru atau plagiat cerita orang. Jangan tiru trade mark penulis lain. Jangan cuba bersaing dengan penulis lain.

4) Pernah alami saat kejatuhan tak? Kalau tak keberatan, boleh kongsikan?

Alhamdulillah, takde rasanya. Kakmar menulis untuk kepuasan diri sendiri. Kakmar nak hiburkan orang lain dengan karya kakmar. Kakmar tak peduli apa kata orang even kadang-kadang sakit hati baca komen negatif orang dekat cerita kakmar. Tapi kakmar tak kesah sebab kakmar bukan menulis untuk dia ha gitchew. 😆

5) Apa semangat yang diterapkan sampai boleh mara ke peringkat sekarang?

Kakmar ada followers setia, kakmar ada pembaca setia yang selalu support kakmar. Thankyou so much ❤️ Tanpa mereka, I'm nothing. Tanpa mereka, kakmar takkan sampai ke tahap ini. Tanpa mereka, takkan ada 'Cik Mardiah'.

Selalu pesan kat diri sendiri, jangan mudah mengalah, tepis segala negative thinking yang selalu muncul. Sedaya upaya buang perasaan iri hati kerana setiap penulis tak sama. Pesan kat diri sendiri juga, jangan compare diri sendiri dengan penulis hebat yang lain ❤️

CikMardiah
CikMardiah
CikMardiah

•••

Wah! Terima kasih kepada Kakmar a.k.a Cik Mardiah kita kerana sudi berkongsi sedikit sebanyak tentang pengalaman beliau dan tips penulisan.

Jadi kepada pembaca, macam mana? Ada alasan lagi untuk berasa insecure a.k.a sekiyo? Ya atau tidak?

TAK ADA!

Macam yang Kak Mar cakap, jangan compare diri kita dengan penulis lain. Jangan mudah mengalah. Tepis, hembus ataupun jentik aje negative thinking yang selalu muncul.

Mereka ada struggle mereka sendiri. Kita pun. Mereka ada kelebihan mereka yang tersendiri. Kita pun! Setiap orang berbeza, tak sama, tak serupa.

Biar lambat asal selamat!

Kenapa? Tak ada apa! Tak ada kena mengena pun AHAHAHAHA maafkan saya. Saya cuma bergurau. Tak lawak kan? Al-maklumlah lama tak update. Ni sejak-sejak PKPB pulak ni.

Apa-apa pun, jangan cepat mengalah okey? Teruskan melangkah! Insha'Allah kita sama-sama jadi penulis hebat suatu hari nanti!

Baiklah itu sahaja untuk segmen Wardah membebel.

Assalamualaikum!

Million DreamsWhere stories live. Discover now