P | Karya Publika

202 25 6
                                    

Karya Publika

Sebuah rumah penerbitan yang telah menerbitkan banyak novel daripada penulis-penulis yang berbakat. Antara karya di bawah penerbitan ini yang telah mendapat sambutan ialah :

The Runaway Princess | Karya Dynna Zain

•••

1) Bagaimana cara penilaian syarikat penerbitan?

Kami menilai dari segi olahan cerita yang menarik. Kurang dari segi kesalahan tatabahasa. Ini sangat penting dan setiap cerita yang dihantar harus ada sudut pengajarannya tersendiri. Pelajari gramatis bahasa untuk mencantikkan cerita yang dipersembahkan. Ikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat dan terutama sekali muka surat harus mengikut jumlah yang ditetapkan. Cara persembahan juga penting dan perlu setkan layout siap-siap agar manuskrip yang dihantar tidak lari dari ketetapan yang diperlukan serta cantik bila tiba di meja editor.

2) Boleh beri contoh style manuskrip yang ada potensi untuk diterbitkan?

Pernah baca karya kami yang berjudul Parasit Maya, Psycomenteum, Anggun dan Mr. Frost? Style sebegini yang berpotensi untuk diterbitkan. Cerita yang bosan dan tidak menarik akan menyukarkan untuk penerimaan sesebuah manuskrip itu, apa lagi untuk terjual di pasaran. Penulis harus bijak bermain dengan emosi pembaca. Selitkan juga sedikit unsur humor, romance yang tidak keterlaluan untuk genre cinta dan penulis harus bijak menyelitkan unsur seram, geram, tanda tanya dan plot twist untuk genre seram.

3) Perlukan surat akuan ke untuk hantar manuskrip?

Ya. Ia perlu untuk memastikan karya anda bukanlah karya ciplak dari mana-mana penulis asal atau mana-mana karya yang diambil dari sumber-sumber tertentu. Seandainya didapati karya ini bukanlah karya asal penulis, kami berhak untuk membatalkan dan mengambil tindakan berdasarkan dokumen persetujuan yang telah ditandatangani antara penulis dan syarikat. Oleh itu surat pengakuan sangat penting buat kami.

4) Lebih baik dilamar pihak penerbitan ataupun menghantar manuskrip terus ke penerbitan?

Ini bergantung pada sesebuah penerbitan. Seandai dilamar bermakna karya anda berkualiti tetapi kalau anda mempunyai bakat dan tidak diketengahkan, adalah lebih baik anda mencuba nasib dengan menghantar karya anda kepada pihak penerbit. Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri terutama untuk penulis baru. Bagaimana mahu dilamar jika tiada yang tahu kualiti dan potensi yang ada pada manuskrip anda. Sudah tentu tidak berpeluang untuk diterbitkan.

•••

Terima kasih kepada pihak Karya Publika kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab segala pertanyaan kami.

Diharapkan info dan maklumat di atas dapat membantu anda semua sekiranya ingin menghantar manuskrip ke mana-mana rumah penerbitan.

Good luck and don't give up!

Million DreamsWhere stories live. Discover now