Author yang telah menghasilkan karya bergenre romance, mystery/thriller dan action. Antara
karya-karyanya yang telah mendapat sambutan di wattpad ialah:• Hacker 426
• Lelaki Bertopeng PutihFollowers : 2.01k
Works : 4•••
Soalan 1 : Okey! Soalan pertama, dah berapa lama ada dekat wattpad?
Dah dua tahun lebih jugalah. Saya masuk masa bulan April 2018.
Soalan 2 : Ohh lama juga. Macam mana boleh kenal wattpad dan ada niat ingin menulis?
Saya dah kenal wattpad lama. Waktu itu, umur 12 tahun. Muncul niat nak menulis bila selalu sangat baca novel cinta.
Soalan 3 : Ohh begitu, daripada situ ke karya awak bertajuk Hacker 426 mula dipublish di wattpad? Adakah itu karya pertama awak di wattpad?
Masa umur 12 tahun tu, saya ada publish satu buku dan yalah, masa tu budak lagi, jadi bila tak ramai baca, saya unpub. Jadi Hacker 426 bukanlah karya pertama yang sebenarnya. Saya berniat nak publish sebab saya bosan menulis dekat laptop, tapi pembacanya hanya seorang saja.
Soalan 4 : Jadi, Hacker 426 karya awak yang ke berapa?
Hacker 426 tu ialah karya kedua saya.
Soalan 5 : Ohh begitu, macam yang awak tahu, Hacker 426 kan semakin meningkat naik di wattpad? Dan seperti yang saya tahu juga, Hacker 426 sudah rangkul banyak anugerah di wattpad? Bagaimana awak dapat hasilkan karya yang gempak seperti itu? Dan macam mana awak dapat kekalkan gaya penulisan yang hebat?
Alhamdulillah. Idea tu datang kerana selalu membaca buku-buku novel dan juga hasil daripada sifat saya yang sangat suka berangan tak kira masa. Masa tengok drama pun, otak saya masih boleh berangan, memikirkan idea untuk menulis. Kalau pasal penulisan pula, memang saya banyak membaca novel juga. Selalu baca dan baca kemudian perhatikan cara penulisan seseorang penulis tu dan saya cuba aplikasikan menggunakan cara saya.
Soalan 6 : Setakat ini, awak pernah ada saat kejatuhan? Kalau ada, boleh kongsikan jika tak keberatan?
Saat kejatuhan saya... tak boleh nak dipanggil kejatuhan sangat. Hanya setakat writer block dan itu saja rasanya. Masa menulis Hacker 426 pun, saya tak berapa aktif dan terfikir nak buat kawan ke apa. Hanya menulis sebab suka dan balas komen. Itu saja. Jadi sepanjang menulis Hacker 426, tiada waktu yang boleh dikatakan sebagai saat kejatuhan. Alhamdulillah, semuanya positif saja.
Soalan 7 : Alhamdulillah, awak ada apa-apa tips ingin diberi kepada penulis yang baru berjinak di wattpad?
Tips saya bagi mereka yang baru menulis ialah pertama, betulkanlah niat semasa hendak menulis sesebuah cerita. Semuanya takkan menjadi kalau kita hanya mementingkan populariti. Jangan anggap bilangan views, votes dan follow yang kita dapat tu sebagai pengukur kepada kejayaan kita. Andai kata, kalau buku kita popular suatu hari nanti, alhamdulillah. Anggaplah ia sebagai bonus. Apa-apa pun, jangan pernah bandingkan diri dengan penulis lain kerana ia hanya akan melemahkan diri sendiri. Dan jangan lupa juga untuk sentiasa cari ilmu untuk menulis kerana tanpa ilmu, karya kita itu hanya akan menjadi bahan kosong semata. Semoga bermanfaat.
Soalan 8 : Dan soalan terakhir, apa semangat yang awak terapkan sampai boleh mara ke peringkat sekarang? Boleh kongsikan?
Alhamdulillah, semuanya sebab Allah yang bagi saya kerajinan untuk saya terus berkarya dalam wattpad. Dan semangat saya untuk sampai ke tahap ni salah satunya sebab readers sendiri. Dalam dunia wattpad, orang yang paling berharga ialah pembaca. Saya terhutang budi dengan mereka sebab selama saya menulis di laptop hampir bertahun-tahun lamanya, memang langsung tiada yang complete. Tapi bila H426 publish dan dapat complete, semuanya sebab mereka yang selalu paksa dan push saya. Percaya atau tak, salah satu impian terbesar dalam hidup saya ialah completekan satu buku. Dan merekalah yang telah buat saya berjaya capai impian tu. Tak lupa juga untuk kakak saya yang sentiasa bagi idea waktu saya writer's block dan menceritakan drama-drama yang selalu dia tengok pada saya hampir tiap malam.
•••
Terima kasih kepada Dini kerana sudi menjawab soalan-soalan tersebut.
Semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada kalian yang ingin menulis di wattpad. Jangan patah semangat okey! Bilangan views, vote, comments mahupun followers itu hanyalah ukuran untuk kita terus bersemangat untuk menulis. Chaiyok!
Baideweh, soalan-soalan di atas ditanya dengan cara 'interview' oleh Balqis hahaha. Sebab tu lain sikit daripada part-part sebelum ni. Tapi soalannya masih sama dengan apa yang ditanya kepada penulis lain. Itu je. Babye!
•••
Next?
YOU ARE READING
Million Dreams
Random"Start where you are, use what you have, do what you can." ____________________ Nak dapatkan semangat? Nak menulis tapi tak tahu nak mula daripada mana? Tahniah! Anda datang ke tempat yang betul! Di sini kami mengumpulkan pengalaman daripada penuli...