Author yang menghasilkan genre action, romance, teenfiction, fantasy, short story dan puisi
Antara karya-karyanya :
•The Noble Princess
•Love Virus
•Lockdown Cinta
•Deadly Romance
•Just One Night
•Hannah Nadhirah
•The Headperfect & Hot - Tempered Girl
•Because You Are My Love
•Bad Boy Itu Suami Aku
•Marry Me, Mafia
•Puisi Kita
•Bangkit
•Rossy lettersFollowers : 4.66k
Works : 14•••
Assalamualaikum and hi. I'm Aisywa, you can call me Aisywa or Wawa.
1) Berapa lama ada dekat Wattpad?
•Pejam celik, sekarang dah masuk 3 tahun 4 bulan. Sekejap je masa berlalu.
2)Macam mana nak kekalkan gaya penulisan yang hebat?
•Pendapat saya, nak kekalkan gaya penulisan ni kena selalu membaca novel atau mana-mana buku yang menarik. Setiap hari bila kita menulis, kita perbaiki minor mistake yang pernah kita buat and sentiasa baiki cara menulis kita. Bila kita selalu membaca karya seperti novel dalam bentuk fizikal, kita akan dapat belajar perkataan baru dan ayat yang menarik. Tapi ingat, jangan ciplak.
3)Apa tips untuk penulis baru yang berjinak dalam Wattpad?
•Hmm, teruskan menulis. Jangan berhenti menulis. Its okay kalau first time publish buku di Wattpad and tak ada reader atau voter. Itu perkara normal kepada setiap penulis baru yang berjinak di Wattpad. Saya pun pernah merasai perkara itu pada awal saya di Wattpad. Perit, tapi teruskan menulis.
Semua orang mula dari bawah atau zero. Cari rakan baru di Wattpad agar diorang sokong karya anda. Andai nak masuk group Wattpad yang terlalu banyak. Masuk je, boleh tambah ramai rakan dan ilmu pengetahuan sedikit sebanyak. Sentiasa promosikan karya anda atau minta bantuan pengguna Wattpad lain mempromosikan karya anda. Jangan malu, kalau tak... bosanlah menunggu reader datang membaca karya anda. Always be positive dan jangan putus asa tak tentu hala.
Lagi satu, saya sarankan anda sebagai penulis baru jangan buat onar atau menimbulkan sebarang masalah atau isu di Wattpad. Di Wattpad, cukuplah anda menulis, mencari rakan baru dan bersosial tapi jangan terlalu bersosial.
4) Pernah alami saat kejatuhan tak? Kalau tak keberatan, boleh kongsikan?
•Setiap orang pernah merasai even Wattfamous sekalipun. Mereka yang sudah berkarya di Wattpad lebih lama pernah mengalami pelbagai cabaran dan dugaan termasuk saya sendiri.
Saya kongsi sedikit zaman kejatuhan saya, di mana ketika itu orang kecam salah satu karya saya dan ada yang memplagiat karya saya juga. Apa tindakan saya? Saya cuma biarkan kecaman itu berlalu walaupun kadangkala saya terasa namun saya kebalkan hati saya. Kalau benci, saya padam komen kecaman mereka agar karya saya suci dari kejahatan. Hohoho. Isu plagiat pula tidak akan pernah berhenti, tak akan sama sekali. Jadi, bila saya terkena... saya cuma menegur dan buat report. Ajak kawan-kawan report sekali. Hehe.
5) Apa semangat yang diterapkan sampai boleh mara ke peringkat sekarang?
•Semangat yang saya terapkan hingga boleh mara ke peringkat sekarang ialah, letak satu target. Target atau goals jangan terlalu tinggi. Kita target sedikit demi sedikit agar dapat dicapai dalam jangka masa yang pendek. Contohnya, pada tahun 2019 saya target agar salah satu karya saya memenangi Wattys 2019 dan akhirnya saya berjaya. Pada tahun 2019 juga kebanyakan karya memenangi pelbagai anugerah yang diajurkan oleh pengguna-pengguna Wattpad secara tidak rasmi.
Selain itu, positifkan diri kita dan selalu motivate diri sendiri agar terus berkarya tanpa mempedulikan haters. Teruskan menulis, dan biarkan karya kita menjadi tarikan semua wattpaders.
Akhir sekali, saya ucapkan semoga berjaya kepada anda semua. Semoga karya anda menjadi tarikan wattpaders lain dan saya juga. Hehe.
Goodluck and don't give up!
Lovely,
Aisywa.•••
Terima kasih Kak Wawa kerana sudi luangkan masa untuk jawab soalan kami.
Kepada pembaca, jangan lupa ambil tips dan nasihat daripada Kak Wawa untuk terus bersemangat dalam menghasilkan karya korang.
Don't give up & Fighting!!
YOU ARE READING
Million Dreams
Random"Start where you are, use what you have, do what you can." ____________________ Nak dapatkan semangat? Nak menulis tapi tak tahu nak mula daripada mana? Tahniah! Anda datang ke tempat yang betul! Di sini kami mengumpulkan pengalaman daripada penuli...