E | stargazell

97 16 11
                                    

stargazell

Author yang telah menulis beberapa karya di wattpad dan ada di antaranya bakal terbit pada tahun ini dengan nama pena Adhara Syakil :

• Live After Death | Kejou Book Publication

Followers : 1.8k
Works : 3

•••

1) Berapa lama ada dekat wattpad?

2017 - Jun 2020 (Sekarang dah bersara cewahh)

2) Macam mana nak kekalkan gaya penulisan yang hebat?

Kekalkan identiti sendiri. Jangan ikutkan sangat sikap meniru konsep orang lain. Kreatif itu luas, buka mata dan minda dan perhati. Ilham itu datang dalam pelbagai cara. Setiap orang unik, letakkan keunikan juga pada cerita tapi jangan sentuh isu sensitif. Andai tak mampu, mulakan dengan scene klishe yang diplot twist kepada scene yang tak dijangka.

3) Ada tips untuk penulis yang baru berjinak dalam wattpad?

Jangan masuk wattpad 😂 (bahaya kalau tak kental)

Okey serius. Newbie. Aku galakkan kau kalau nak menulis, biar senonoh sikit. Janganlah buat scene cheesy sangat, memang bagi aku ketuk kepala kau dengan tukul besi! Dah masuk wattpad, behave. Then, jaga ayat masa reply mesej or berhubung dengan orang. Third, jangan sombong. Fourth, belajar thru pembacaan. Aku lebih sarankan novel yang terbit sebab dia dah ditapis oleh editor. Fifth, follow stargazell ha gituu. Hahaha fifth is sod ba ro (SABAR). Kejayaan tak datang bergolek. Usaha tu lagi penting dari kejayaan yang diharapkan. Sebab bila kita pandai usaha, kita akan hargai usaha bila dah berjaya. Kalau hang budak sekolah, JANGAN SELALU MAIN WATTPAD SAMPAI PELAJARAN TERABAI! Menulis boleh tunggu, belajar tak. Bila kau belajar, parents kau mengharapkan kau tak kisahlah even kau anak bongsu ada ramai kakak abang dah kerja. Pelajaran tu penting. Utama. Sedangkan belajar itu jihad pahala, takkan kau sanggup tolak tepi en? So, ingat. Fokus belajar!

4) Pernah alami saat kejatuhan tak? Kalau tak keberatan, boleh kongsikan?

Pernah. Kena kecam, tiru, ngorat, maki semualah aku pernah. Tapi takyah layan. Budak-budak baru nak up nakkan perhatian memang macam tu. Kita just lek, buat story kita dan cantik touch-up boleh up. One thing bila orang kecam, kau kecam dia balik tapi dalam hati jelah. (jangan tiruu!) Simple steps to handle this. Block sahaja. Jauhkan orang yang boleh bagi aura negatif. Dari kau terus down, ada betternya kau block and never see them again. Kalau benda yang sama berulang kali, kau bagi emoji taik je. Tak pun kucing kentut. Confirm dia berapi. Dah dia berapi kau bagi emoji gelak. Gitu lawannyaaa! Tak pun, buat tak tahu. Ye, memang sakit tapi dia kisah pula perasaan kita en? Kita kena jaga perasaan kita dulu. So, block je. Toksah "ala, kesian dia nanti" TOKSAHLAH PIKIAQ LAGU TUUU!

5) Apa semangat yang diterapkan sampai boleh mara ke peringkat sekarang?

Bersyukur seadanya. Kalau tak bersyukur dengan apa yang kita ada, sampai ke mati pun kau takkan rasa tenang. Luar dalam wattpad pun nanti kau rasa hidup segan mati tak mahu. Baik kau senyum dengan semua yang kau ada. Bukan mudah untuk capai apa yang kau ada. Don't compare yourself. That's a battlefield you can never win. Buat penat hati je melayan perasaan sendu. Stop guna ayat "untunglah dia...", "eleh, femes bolehlah", "aku ni tulis satu bab takde pun yang nak vote/komen macam org tu"

Eeee aku tak sukanya dengar. Kalau aku jadi followers kau, aku dah block sambil membebel dalam hati. Aku rasa yang lain pun sama. Habis yang vote buku kau tu sapo? Hantu? Kau nak sapa kenal kau sebenarnya? Nak attract bestseller novelis baca novel kau? Begitu? Boleh memang boleh tapi a big mistake bila kau tak jaga ATTITUDE kau. Kau lupa orang lain yang support kau bila kau asyik mendongak. Kalau langgar tiang, buat naya. Baik kau pandang bawah dan senyum. Tanam dalam hati, one day aku akan berjaya. Bukannya dok membawang kejayaan orang lain. Kau ingat yang lain pakai sihir ke nak femes? Pakai usaha beb. USAHA. Maybe kau kenal author ni baru one week masuk wattpad tapi followers terus 10K. Hey... Bukan wattpad je tempat menulis. Mana tahu dia tu ghostwriter? Tak pun blogger. Or maybe anonymous writer. Jangan judge orang cepat sangat. Itu je aku mampu cakap. Jaga perangai.

Yang ikhlas lagi mengikhlaskan,
Amar
(a.k.a Bekas Ketua Pengawas yang Gangster tapi banyak main)

•••

Terima kasih diucapkan kepada Amar kerana sudi menjawab soalan-soalan tersebut.

Ha amacam? Takut tak baca ayat amar yang savage tu hahaha. Bersemangat tak nak teruskan menulis? Ambil yang jernih, buang yang keruh. Gitchew!

•••

Next? Agak-agak siapa pulak ya?

Million DreamsWhere stories live. Discover now