Royal.
High End Class.
Middle Class.
Commoner.
Berikut merupakan darjat yang digunakan dalam pergaulan. Stereotaip yang biasa dikenakan buat mereka yang berada dan ada kuasa. Siapa tak kaya, jangan berangan nak bergaya. Siapa tak popular jangan perasan boleh berkawan.
Tipikal realiti kehidupan orang berada zaman sekarang.
No judge.
Dan ianya juga alasan kenapa dia tidak suka hadir ke majlis private dan classy seperti ini.
Sebab range sosial sangat la kecil. Pusing kanan jumpa ex, pusing kiri jumpa scandal, pusing depan nampak musuh lama pusing belakang jumpa kawan yang tikam belakang.
Balik-balik jumpa orang yang sama. Lagi-lagi kalau yang jenisnya tak suka sangat nak bersosial atau bergaul dengan sesiapa, seperti dia ni.
"Oh my god!Is that you Adalina?"sapa suara perempuan dari belakang.
See...baru sebut. Muncul satu.
Adalina yang sedang menghadap meja bufet ketap gigi sambil buat muka tak pedulinya. Tak boleh nak bagi dia bebas sekejap. "Oh...hai Castila.."sapa di dengan senyuman plastik di bibir.
Perkenalkan Castila Nova, queen bee di kolej private tempat Adalina pernah belajar. Anak kepada pengeluar kereta jenama H a.k.a kawan baik tikam belakangnya.
Why?
Basically, Castila adalah seorang gadis yang baik. Tapi disebabkan jelous punya pasal, Castila sanggup rampas teman lelaki kolej dan jugak kedudukan sebagai presiden cheerleader Adalina tiga tahun lepas. Dan sejak itu title bestfriend Castila menjadi enemy buat Adalina.
"Apa kau buat dekat sini?Aku tak tahu pula kau dapat invitation ke majlis ni?"Castila silangkan tangan ke dada sambil berkata.
Adalina tarik senyuman meleretnya.
"Memangnya kenapa? Kau host parti ni ke?" balas Adalina dengan nada sassy tak kisah.
Bersama senyuman bangga meleretnya, Castila selak rambut ke belakang bahu dengan gedik. "Well...parti ini dianjurkan oleh teman lelaki aku. Mesti la aku tanya."maklumnya.
Adalina hampir hendak buat muka menyampah lepas dengar tu. Tapi dia kekalkan ekpresi ceria dan ramah di buat-buatnya. "Iya ke... Teman lelaki ke berapa pulak kali ni? Current boyfriend kau tahu tak teman wanita jenis apa kau ni?" selorohnya dengan bersahaja.
Mata Castila mengerenyet lepas dengar komen tu. Dengan renungan sinis, dia berkata."Bukan masalah kau untuk tahu. So?Kau datang atas invitation siapa? Atau kau selinap masuk ke sini untuk dapatkan makanan percuma?" tambah Castila lagi.
Adalina berdengus mengejek.
Ihh!
Suka hati!
Ingat dia kebulur sangat ke sampai nak selinap masuk bagai!
Baru saja Adalina nak buka mulut bersuara, tiba-tiba ada tangan melingkar dari arah belakang ke pinggangnya dengan mengejut. Taken back dengan sentuhan itu,Adalina terus palingkan ke kanan lepas perasan kelibat lampai berdiri di sebelahnya.
Dan bila dia dongak, seorang lelaki kacak bertuksedo hitam berbow tie dan berwajah tajam dipandangnya.
"Sini pun awak..."senyum lelaki asing ini.
Adalina kedipkan mata. Dia pandang tak faham. Siapa pulak mahluk sesat ni?
"Lucile...awak kenal dengan perempuan ni?" tanya Castila lepas lelaki lampai depannya peluk Adalina mesra macam ni. Terkejut dia.
Adalina pandang ke Castila. 'perempuan'? Hei! Dia ada nama okay! Bonda dan ayahanda dia telah berikan nama yang indah lagikan bermakna, dan backstabber ni gelar dia macam tu?
Bersama renungan menyakat, Lucile tunduk memandang Adalina buat seketika sebelum pandang Castila lalu berkata. "Saya tak rasa ianya urusan awak untuk tahu."balasnya.
Air muka Castila jatuh dari ceria kepada muka orang terasa. Terus dia tarik senyuman terpaksa."Saya tanya je."mujur la Lucile ni kawan baik kepada teman lelaki dia. Kalau tidak lama dah dia hamun!
Sementara Adalina buat muka 'WTF' masa pandang lelaki asing yang dia tidak kenali ini.
Siapa sebenarnya lelaki ni? Menyibuk nak menyampuk kenapa.Sambil pegang tangan Adalina, Lucile palingkan kepala ke Castila lalu berkata.
"Pasangan aku."
Castila pandang curiga pada awalnya. Kelihatan tidak yakin dengan kata-kata anak kepada shareholder syarikat ayahnya ini. "Awak sedar tak dengan siapa awak sedang keluar bersama sekarang ni? Dia adalah playgirl terkemuka, ramai lagi orang yang lebih cantik dan lebih baik dari dia."komennya dengan muka tak percaya dan perasaan jengkel.
Lucile mengangguk kepala. "Yup. I know."
Castila buat muka lalu menjeling menyampah ke Adalina."Okay...kalau macam tu. Enjoy yourself then." katanya dengan nada meleret. "Saya tinggalkan awak berdua...dan kau perempuan!" dia tunding jari ke Adalina pula.
Tanpa berkata apa-apa Adalina pandang Castila dengan mata menjegil bulat. Geram sebab digelar dengan kasar oleh Castila macam tu.
"Jangan buat hal ya...kalau kau cuba rosakkan majlis ni, tahu la aku nak buat apa."ugutnya.
"Don't worry. She good."balas Lucile untuk Adalina.
Castila hanya buat muka sebelum berpaling dari situ meninggalkan mereka berdua.
Menjauh saja Castila dari situ, Adalina pun terus melompat ketepi dan melibas-libas pakaiannya seakan membuang kotoran. Bersama kening mencerlung tak suka, dia pandang Lucile.
"Siapa awak ni hah! Suka hati je pegang orang!"gerutunya dengan muka bercemberut.
Lucile ketawa. Dia lentokkan sikit kepala sambil tersenyum meleret. Tanpa berkata apa-apa, buat beberapa saat dia pandang Adalina.
Adalina apa lagi, dia pandang Lucile atas bawah dengan curiga! Pervert apa lelaki ni! Harap je muka kacak, tapi miang! "Apa pandang-pandang!"sentapnya lagi.
Lucile tersenyum. "Hai..saya Lucile. Kawan Kian kalau awak nak tahu. Dia yang hantar saya ke sini untuk tengokkan awak."katanya.
"Kian?"Adalina jungkit kening tak faham.
Lucile angguk. "Ya betul tu. Kian dia ada urusan sikit dengan host majlis ni. Risau awak sendirian dia minta saya cari awak.."
Adalina lepaskan hela panjang, dia pejam mata sebelum angkat tangan memicit dahinya. Bertuah punya sepupu! Disuruh ke sini lastnya dia di tinggalkan sendiri.
"Macam mana awak tahu saya adalah orang yang dimaksudkan oleh Kian?"tanya Adalina tak lama lepas tu.
"Sesiapa boleh tahu dengan melihatkan awak adalah satu-satunya tetamu yang mengenakan dress berwarna merah jambu bunga sakura di sini sedangkan ramai yang mengenakan pakaian tema hitam dan putih."jelas Lucile.
Adalina jeling tak puas hati ke Lucile lepas dengar komen tu. Bukan main lagi berlapik sindirinnya ya. Cakap terang-terang sudah. Bukannya dia akan terasa."Ya..sebab saya tak suka ikut pada peraturan. Saya suka lakukan hal di luar dari kebiasaan."cebiknya.
"Ahahaha..."ketawa Lucile tak semena. "I can see that. Saya tak sangka apa yang dikatakan dalam artikel dan majalah tabloid bertentangan dari apa yang saya temui.. " komennya.
Sambil buat muka menyampah, dia berkata." Ha.ha. So funny."Adalina buat muka sambil ketawa buat-buat. "It okay...awak boleh buat hal awak. Saya boleh jaga diri saya sendiri." tolak Adalina yang tidak mahukan sesiapa menemani dia kecuali Kian sendiri.
"Ta-"Lucile yang nak bercakap terus tak jadi lepas Adalina pergi macam tu saja dari dia.
Sewaktu Adalina berjalan mencelah di antara para tetamu di situ, dia berselisih lengan dengan seseorang tanpa sengajanya. Tapi dia tak hiraukan, malah meluru ke depan seperti tiada apa-apa yang telah berlaku.
Manakala orang yang dilanggar pula yang pandang ke orang yang melanggar dirinya buat seketika.
YOU ARE READING
19. Royal Pain In The Ass
General FictionRule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu keluar dan pintu masuk, sejak dia tahu apa itu peraturan, sejak tu dia telah berikrar! Yang dia takkan...