65. Big Reveal

2.2K 176 4
                                    

Dua minggu kemudian.

Sejak pertemuan pada hari itu, Adalina telah jadikan kediaman Istana Angelus seperti tempat persinggahan dia setiap kali dia berasa bosan. Bukan nak cari Lucile tapi Permaisuri Diana. Selagi ada peluang selagi tu Adalina akan sedaya upaya jengkelkan wanita tua itu.

Berkali-kali Permaisuri Diana cuba larikan diri dari Adalina tapi tetap juga Berjaya di temui oleh Adalina. Lucile yang kadang-kadang sibuk dengan kuliah, jarang ada untuk saksikan kerja jahat Adalina lakukan terhadap Permaisuri Diana.

Ada masa tu Adalina kejutkan Permaisuri Diana seawall 6 pagi untuk keluar berjoging dengan dia.

Ada satu hari tu Adalina masakkan makanan setiap beberapa jam untuk Permaisuri Diana makan.

Ada satu hari tu Adalina kenakan Permaisuri Diana dengan haiwan yang digeruni oleh wanita itu. Menjerit penuh hysteria dibuatnya lepas Nampak haiwan berkaki lapan dan berbulu hitam dengan mata empat itu.

Tak cukup dengan itu, Adalina akan datang setiap petang ke situ Bersama Lucile untuk sindir wanita itu sewaktu wanita itu berniat hendak berehat dan berisiterahat.

Permaisuri Diana yang tak boleh buat apa-apa mengenai kehadiran Adalina terpaksa akur. Sebab dia diberi amaran oleh Lucile sendiri sekiranya Permaisuri Diana lakukan apa-apa Lucile takkan bercakap dengan dia. Sayang punya pasal, demi anak dia terpaksa telan semua tu!

Niat Adalina bukannya nak seksa mental orang tua ini, niat dia cuma satu saja. Tujuan sejak awalnya.

"So saya dengar Dania ada teman lelaki?Tuanku tahu siapa dia?"tanya dia pada Permaisuri Diana semasa tuangkan air ke dalam tumbuhan renek yang di bela oleh Lucile.

Permaisuri yang sedang duduk dekat kerusi goyang sedang mengait mafela tidak menjawab.

"Tuanku tak nak jawab?"tanya Adalina semasa palingkan badan menghadap wanita itu.

Permaisuri Diana angkat kepala dari tunduknya lalu pandang Adalina dengan kening berkerut. Dia dah hilang sabar dengan perempuan menyakitkan hati depannya ini. Dia tak faham macam mana orang boleh sukakan orang seperti Adalina ni. "Kamu ni memang dah tak ada kerja ke?Balik la sana. tak ada rumah ke nak duduk. Menyemak dekat sini saja kenapa!"keluhnya dengan jengkel.

Adalina sandarkan badannya ke rel besi di belakangnya lalu silangkan kakinya sebelum lentokkan kepala sedikit ke kanan. "Saya tak rasa pun tuanku jawab soalan saya tadi."

Rahang Permaisuri Diana berketik semasa dia mengetap gigi menahan sabar. "Apa urusannya dengan kamu untuk cari tahu siapa teman lelaki Budak tu!Dania anak saya, urusan saya bukan urusan kamu untuk masuk campur!"marahnya.

Ya, anak tapi di perlakukan seperti alat untuk penuhi keinginan diri. "Saya tanya siapa teman lelaki Dania bukan?"tanya dia lagi dengan lemah lembut.

Permaisuri Diana memberi renungan maut ke Adalina. "Kalau beta beritahu kamu, adakah kamu akan tinggalkan beta sendirian dan tidak lagi ganggu beta?"

"Depend..."Adalina menjungkit bahu. "So siapa lelaki tu?Dekat mana saya boleh cari dia."tanya dia lagi.

Dengan geram Permaisuri cengkam kuat benang kait dan alat pengait di tangannya itu. Ikut hati mahu saja dia tikam mata Adalina dengan dua jarum di tangannya ini. Nafasnya naik turun hendak hilang sabar.

"Fine then. Tak perlu beritahu. Saya akan ganggu Permaisuri Diana sampai tuanku pengsan sebab dapat darah tinggi. Pilihan tuanku. Selagi saya tak dapat tahu siapa teman lelaki Dania, selagi tu saya takkan berhenti!"

Adalina gerak ke arah bekas alat mengait Permaisuri Diana lalu menuang segala isi benang dan barang yang ada di situ ke atas lantai lantas di sepak-sepak semua barang tu ke merata arah.

"Hei! Apa ni!Hentikannya!"Permaisuri Diana berdiri lalu tolak Adalina supaya menjauh dari barang dia di situ. Stress betul dia dibuatnya macam ni! "Kenapa kamu buat semua ni! Adakah ini semua kerana kamu mahu balas semula kata-kata fitnah yang saya lemparkan kepada kamu di media?Kalau ya cukup! Saya dah hadap cukup dengan semua kerenah kamu ni. Jadi berhenti!"jerit dia sekuat hatinya.

Adalina yang berdiri dekat situ Tarik sengih nak ketawa. "Mostly the reason yeah. But it not why I'm here...real reason why I here is...I want to know who is Dania's boyfriend."

"Untuk apa kamu tahu mengenainya!"tengking Permaisuri Diana sampai timbul urat lehernya. Senak kepala dia dibuatnya.

Adalina maju ke depan lalu berdiri dengan yakin di depan muka Permaisuri Diana. Ingat dia nak takut dengan permaisuri tua depannya ini. Silap!

"Untuk bantu kawan saya lepaskan diri dari kekangan ibu tak berhati perut macam tuanku ni! Tuanku ingat saya tak tahu apa yang tuanku dah lakukan pada Dania selama nI! Tuanku kokong dia. Kawal dia. Itu tak boleh ini tak boleh! Sepanjang masa dia berkawan dengan saya sekali saya tak pernah tak Nampak dia menangis, Ada saja harinya dia menangis. Saya diamkan diri saya dari masuk campur sebab saya ada disisi dia. Tapi tuanku rampas saya dari dia dan jadikan dia manusia dingin tiada perasaan seperti robot tiada emosi. Dia buat apa orang suruh buat. Dia cakap apa orang suruh dia cakap. Sekarang tak. Saya takkan biarkan semua berlaku dan biarkan Dania tenggelam dalam dunia yang tuanku cipta."desisnya depan muka Permaisuri Diana dengan bengis.

Permaisuri Diana terdiam di situ. Dia pandang Adalina dengan perasaan takutnya.

Adalina maju ke depan mahu mengepung Permaisuri Diana. "Beritahu saya siapa teman lelaki Dania dan dimana dia sekarang. Atau saya akan dedahkan semua ini kepada Dania. Biar dia tahu macam mana bonda yang dia kasihi selama ni sebenarnya."

Permaisuri Diana menggeleng kepala. "Tak...jangan beritahu dia....dia akan bencikan saya nanti!"

"Kalau macam tu beritahu saya dimana teman lelaki Dania, dan saya janji saya takkan ganggu permaisuri lagi."desak Adalina lagi. Dia sendiri pun dah bosan nak buatkan orang depannya tertekan.

Dia tak ada masa banyak. Majlis pertunangan Addison beberapa hari saja lagi ni. Kalau dia lewat, dia takut dia tak dapat nak halang pertunangan tu dari terjadi.

"Baik...saya beritahu. Tolong la, saya janji saya takkan susahkan hidup kamu atau sebarkan sebarang fitnah kepada kamu lagi.Jadi tolong lepaskan saya. Tinggalkan saya sendirian. Tolong."minta Permaisuri Diana dengan terdesak. Dia tak tahan lagi dengan semua ni. Siang malam asyik di ganggu dengan Adalina.

"Janji pada saya juga yang tuanku tidak akan kawal Dania lagi. Tuanku dan suami tuanku akan benarkan apa saja yang dia mahu lakukan tanpa kekangan. Boleh ke tuanku lakukan hal tu?"ajunya untuk dapatkan kepastian.

Permaisuri Diana kemudiannya jatuh terduduk dekat lantai dan mula menangis sebab tak tahan lagi. "Ya beta berjanji. Beta berjanji pada kamu. Apa saja yang kamu mahukan beta akan lakukannya. Jadi tolong la keluar dari istana ini dan berhenti ganggu beta."nangis dia sebab penat.

Perlahan-lahan Adalina kembali bercakung dekat depan Permaisuri Diana lantas memegang bahu itu sebelum di tepuknya dengan perlahan. "Dah la...jangan menangis.."pujuk dia sambil tu.

Kan senang kalau dari awal lagi mengalah. Tak ada la dia seksa lama-lama macam ni.

19. Royal Pain In The AssWhere stories live. Discover now