35. Si Prank Kena Prank

2.5K 193 0
                                    

Menggunakan pohon dan rimbunan semak yang ada di situ, Addison menyorok dekat belakang semak di situ. Menunggu kehadiran Adalina memandangkan dia telah pesan kepada budak itu supaya ke sini selepas sarapan tadi.

Sekali masa dia turun ke ruang makan, kelibat Adalina tidak kelihatan. Ingatkan Adalina dah siap sarapan dan ke taman ni. Ya-ya dia cepat-cepat makan. Sekali dia sampai dekat taman ni kelibat orang itu langsung tidak kelihatan.

Sebab itu, saja nak mengenakan budak bertuah itu, Addison pun sorokkan diri dekat belakang sepohon pokok berdekatan dengan buaian gantungnya.

Dekat sejam jugak masa berlalu tanpa sedar sampaikan buat Addison bercakung dekat situ main lukis-lukis guna ranting dekat permukaan tanah di situ.

"Hello?"sapa suara tu tak lama kemudian. "Ada orang tak?"

Tersentak Addison lepas dengar. Dia yang sedang bercakung dekat belakang pokok tu cepat berdiri lalu intai dari balik batang pokok untuk lihat siapa yang datang. Takut kan Adalina kenakan dia balik dengan hantar seorang dari puteri yang ada.

Dan bila dia nampak belakang badan yang mengenakan dress baby blue dan rambut lepas toncang sebelah, senyuman nakal terukir di bibir Addison.

Adalina berdiri dekat situ membelakangkan pokok dimana Addison bersembunyi. Kepalanya gerak kanan dan kiri sebelum tunduk memandang tangan kiri dimana jam berada.

Pada masa itu jugak, Addison jalan menjengket kaki menyelinap dari belakang Adalina ingin memeranjatkan dia.

Perasan seperti ada yang bergerak dekat belakang, Adalina pun palingkan kepala. Menayangkan muka terbarunya.

Baru saja Addison hendak menyergah, terlebih dahulu dia yang menjerit setelah melihat muka yang dia sangka comel dan cantik berubah menjadi momok berkedut dan bermata merah.

"Argh!"terundur dengan mengejut Addison setelah itu sebelum terhantuk dekat pokok berdekatan sebelum terduduk melunjur di situ.

"Ahahah....ahahaha..."ketawa Adalina sambil menanggalkan topeng dari mukanya. Dia ambik topeng milik staf dapur masa dia lepak malam tadi dekat dapur. Ternampak benda alah ini tergantung di dinding, dia ambil la. Alang-alang teringat akan pertemuannya dengan Addison hari ni. Padan muka!

Sambil gosok belakang kepala yang terhantuk, Addison dongak memandang Adalina."Seriously?"tanya dia dengan nada tak percaya.

Sambil tersengih jahat, Adalina dekati Putera Addison sebelum berdiri dekat tepi lelaki tu. "Sini...saya tolong."ajunya sambil hulur tangan untuk Addison capai.

Addison apalagi, terus hulur tangan hendak mencapai tangan Adalina. Namun seinci sebelum dia sempat pegang, Adalina tarik tangan menjauh dari dia.

"Aha! In your dream!"ketawa Adalina lagi sebelum berpaling dari situ membiarkan Addison dekat atas tanah dan bergerak ke buaian gantung sama dia pernah tertidur hari tu.

Tercengang dengan keadaan itu, Addison cepat-cepat bangun dari situ dan tepuk kotoran dari pakaiannya lalu dekati Adalina.

"Mana aci kalau macam tu!"gerutu Addison sewaktu jalan mendekati Adalina.

"Aci...aci...aci dekat kedai mamak sana."kata Adalina sebelum menjuih bibir ke satu arah sambil ambil tempat di buaian lalu di situ lalu dihayun depan dan belakang dengan perlahan.

Kalau bukan kerana dia teringin menemui Adalina, sudah lama dia naik hantu dekat sini. Bertuah betul. "Awak sengaja jengkelkan saya supaya saya bencikan awak ke ni Adalina?"tanya dia semasa berdiri depan Adalina yang sedang menghayun buaian depan dan belakang.

Bersama mata terang berkanta sentuh, Adalina pandang lelaki lampai yang kacak mengenakan kemeja putih lengan dilipat hingga ke siku dengan minat.

"Jangan nak banyak bunyi. Saya dah ada dekat sini. So back to the deal."kata Adalina.

Addison silangkan tangan sebelum lentokkan kepalanya untuk menilik Adalina. Full make up la hari ni princess dia. Biasanya dia nampak muka tu bare face tak terpalit apa-apa dan bercermin mata. Hari ni lain sungguh seri Adalina. Buatkan hati dia berbunga gembira.

"Deal apa?"Addison buat-buat tak ingat.

Adalina berhentikan hayunannya lalu berkerut kening lepas dengar sambil buat muka 'WTF'. "Hello pakcik...tahu la dah tua. Tapi jangan la teruk sangat sampai lupa. Benda tak lama kot..tengah malam tadi je pun.."

"Excuse you Budak Kecik! Ulang balik."Addison mendekati Adalina sambil mencekak pinggang. Suka hati betul. Geram pulak dia lama-lama.

"Lah...ingatkan pelupa je...rupanya pekak jugak?"tambah Adalina sewaktu dongak ke atas lepas Addison berdiri melangit depan dia.

"Tarik balik."

"No way."

"Tarik balik kata-kata awak, Adalina Bloom."

"Kalau saya tak nak?"

Tanpa amaran Addison cekau kedua-dua bawah ketiak Adalina lalu dukung Adalina turun dari buaian tu sebelum di bawa ke bahunya seperti menggendong karung guni.

"Oh my-"lafaz Adalina sebaik dia tergantung terbalik di atas bahu tu. "Hei!Apa ni!" belakang badan tu di pukul dan kaki dia menyepak-nyepak udara nak lepaskan diri.

"Awak yang mintak...saya dah beri peluang tadi." Addison berjalan menyusuri satu laluan rahsia dekat celah rimbunan pokok di situ sebelum menghilang bersama Adalina dalam dukungannya.

19. Royal Pain In The AssWhere stories live. Discover now