"Adalina tunggu!"panggil Addison dekat belakang yang berlari ingin mengejar langkah Adalina yang sudahpun laju meluru ke depan walaupun kaki kurus milik Adalina itu jalan tak laju mana.
Adalina tidak menoleh. Dia dengan muka bengang dan kepalan penumbuk di kedua-dua tangan hanya pandang ke depan merentasi koridor itu.
"Adalina!"panggil Addison lagi.
Baru la Adalina berhenti. Dia pandang ke depan sambil menggigit bawah bibirnya. Apa lagi lelaki ni nak! Tak Nampak ke dia tengah marah?Tak boleh ke biarkan dia sendirian sekejap!
Tak lama selepas itu, Addison berdiri depan Adalina. "Ikut saya."ajak dia semasa pegang pergelangan tangan Adalina lalu tarik Adalina ke arah bertentangan.
Adalina tak nak gerak. Dia brek kaki dia dekat lantai tu dengan tekad. Kali ni dia takkan ikut Addison. Dia nak ajar Addison walaupun Addison superior dari dia. Itu tak bermakna dia akan submit pada Addison. Sekalipun lelaki ni akan naik angin depan dia. Lelaki ni kena di ajar untuk hormat perasaan orang lain!
Dan bila Addison terasa tarikan dari Adalina, dia berpaling ke balik bahunya untuk pandang cari tahu. "Ikut saya kata kan?"tegasnya.
"No!"tegas Adalina pula.
Barula Addison lepaskan tangan Adalina. "We need to talk now!"
"Talk then."protes Adalina sambil silangkan tangannya ke dada dan buat muka grumpy.
"FIne then. Biar semua orang dalam istana ni dengar apa yang saya akan katakan nanti." lawan Addison pula dengan bengang.
Adalina buat muka tergamam dia. "Omo...tengok tu. Awak pulak yang nak marah. Patutnya saya yang marah sekarang ni. Yang awak nak naik angin dekat saya kenapa pulak." dia turunkan tangan ke sisi untuk di kepal menahan sabar.
"Mana saya tak naik angin. Awak tahu semuanya selama ni tapi tak berbuat apa-apa mengenainya. Kalau awak dah tahu mengenai scandal Andalusia kenapa awak tak hapuskan saja dia dari sini supaya mudahkan sesi pemilihan ni selesai secepatnya. Tapi tak awak tangguhkannya dan biarkan semua ni berlanjutan. Kan saya beritahu pilihan saya adalah awak tak kira ada berapa ramai sekalipun calon yang ada."luah Addison sampai tegang urat lehernya.
Adalina kedipkan matanya lepas dengar luahan itu. Blank sekejap otak dia! Strong gila ayat Addison ni. Dia nak balas pun mati akal.
"Tak adalah. Saya bukannya saja lengahkan. Saya cuma nak bertanding dengan adil bukan guna cara kotor. Lagipun awak tu tak sepatutnya pisahkan mereka berdua macam tu saja dengan menghalau Loui dari sini begitu saja dan buatkan Puteri Andalusia frust macam tadi. Cuba awak, kalau orang yang awak sayang dirampas dari awak macam tu je...apa awak rasa. Awak rasa marah dan sedihkan? Macam tu la apa yang dirasai Loui dengan Andalusia. Sebab itu saya diamkan sebab nak bagi mereka peluang. Dan awak pandai-pandai buat keputusan pisahkan mereka dan Malukan Andalusia depan bonda awak. Tengok sekarang apa awak dah buat." lafaz Adalina dengan satu nafas.
Fuh!
Kali ni Addison pula yang berkedip mata terpinga-pinga dengan kenyataan Adalina. "Jadi itu niat awak selama ni?Biarkan Andalusia lama-lama di sini sebab untuk dekatkan dia dengan Bendahara Loui?"
Adalina menjuling mata menyampah. "Yes you dumbass."
Kepala Addison tertunduk ke bawah tiada semangat setelah. Tak lama kemudian dia angkat kepala sambil menguak rambut depannya ke belakang dengan jari jemarinya. "Sebenarnya saya tak halau Loui pun dari istana ni...saya hanya suruh dia cuti dan fikirkan balik keputusan dia sama ada untuk bekerja di sini atau tidak lagi lepas saya dapat tahu hal tu. Kemudian baru la saya temui Puteri Andalusia dan beritahu hal ni. Tak sangka dia akan freak out macam ni."
Haih!Siapa yang 31 tahun siapa yang 21 tahun sekarang ni?Asal la tak matang sangat perangai pakcik sorang ni. "Kalau namanya orang tua kan memang suka merumitkan keadaan ya?"tanya Adalina bernada sindir.
"Siapa orang tua?Boleh tak berhenti panggil saya tua?Usia itu pada nombor saja okay!" tegas Addison lepas tu.
"Ah..lantak situ. Sekarang ni awak pulihkan semula keadaan Andalusia. Satukan dia dengan Loui semula. Atau saya akan biarkan Dania menang dalam test terakhir nanti. Dan dia akan jadi isteri awak."aju Adalina.
Mata Addison menjegil bulat.
"What...?"soal dia dengan muka dumbfounded.
"Yeah that the new deal between us. Pilih.Awak betulkan balik keadaan ni atau saya batalkan deal awak." kata Adalina sambil menjegil mata ke Addison.
Mulut Addison ternganga tak percaya.
"Deal?"Adalina hulur jari kelingking dia ke Addison.
Addison pandang jari kelingking Adalina sambil membuat muka jengkelnya. "Fine. Deal."dia kaitkan jari kelingkingnya yang dua kali lebih besar saiznya dari kelingking Adalina.
"Good! Sekarang berhambus."arah Adalina saat mahu menarik tangan dia dari lilitan jari Addison.
Addison tersengih. "Not that fast Budak." dengan sekelip mata, Addison pusingkan tangan dia dari jari Adalina lalu cengkam pergelangan tangan Adalina lantas menarik tangan tu sehingga buatkan Adalina gerak ke depan dengan mengejut.
Adalina yang tidak bersedia dengan tindakan itu tidak dapat halang tubuhnya dari maju ke depan lalu bersandar pada dada Adison.
Dan sekelip mata itu, Addison pegang tepi kepala Adalina lantas memberi deep kiss pada bibir Adalina.
Mata Adalina membutang luas sebaik ianya terjadi. Ketika dia cuba hendak tolak, masa itu Addison jarakkan diri dari dia. Dalam keadaan terpinga-pinga Adalina pandang ke Addison. What the heck!
Bersama muka berlagak yakinnya, Addison berdiri dekat situ sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia pandang Adalina dengan hati berbunga girang.
"Okay...sekarang boleh berhambus."kata Addison pula dengan cara Adalina cakap tadi. Dia tersenyum jahat sambil melambai tangan menghalau Adalina.
Mulut Adalina jatuh ternganga dengan kata-kata itu. Sh*t betul punya perangai! Suka hati je kan. Dah lah tiba-tiba kiss dia kemudian halau dia! "You gonna regret this!"dia tunding jari amaran depan muka Addison.
"Good luck for that. Awak macam-macam dengan saya. Deal kita broke off..."aju Addison dengan sengih meleret penuh kemenangan dia lalu berpaling dari situ dengan langkah majesticnya.
Sambil mencekak pinggang, Adalina lepaskan dengusan tak percayanya. Wah...tak guna punya lelaki. Perangai...macam mintak maki betul!Dia pandang belakang badan lampai milik Addison Bersama nafas naik turun sakit hati. Bawah bibirnya yang masih terasa bekas kucupan tadi di gigit geram.
YOU ARE READING
19. Royal Pain In The Ass
General FictionRule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu keluar dan pintu masuk, sejak dia tahu apa itu peraturan, sejak tu dia telah berikrar! Yang dia takkan...