03. Sepupu Sebelah Ibu

3K 221 4
                                    

Smack!

"So kau setuju?"

Smack!

"Kau rasa aku ada pilihan ke?"

Smack!

"Hahaha...well mengenangkan sikap bonda kau, aku rasa tak ada chance kot..."

Smack!

Berasa berang mengenangkan apa yang dibualkan semalam, bola tenis yang sedang bergerak laju ke arahnya di pukul sekuat hati sehingga ia masuk ke petak gelanggang lawannya lalu melantun ke dinding belakang dalam sekelip mata.

SMACK!

Bola kuning kehijauan neon itu hentak lantai dengan kuat.

"Woah!Careful there..."sebut sepupunya sambil angkat tangan surrender dengan raket tennis dekat tangan kanan.

Adalina berdiri tegak. Dia pandang kedepan dengan kening mencerun. Dadanya naik turun mencari nafas, rasa bahang yang dirasai pada seluruh badan buatkan angin marahnya semakin membahang.

"Kau kena tolong aku Kian."minta Adalina sewaktu berdiri dekat situ menghadap sepupunya.

Kian Louis Jr. Anak lelaki kepada mak saudara pertama Adalina, iaitu anak kepada kakak ibundanya. Beza tiga tahun dengan Adalina. Yang mana major dalam perubatan dan medik. Abang dan juga kawan baik sejak Adalina berusia 7 tahun lagi.

Disebabkan Adalina membesar dalam suasana terkekang dan penuh dengan sekuriti, Kian la yang menjadi penyelamat Adalina. Lelaki ini la yang berikan Adalina zaman kanak-kanak yang normal macam rakyat biasa. Selalu bawa Adalina keluar dari istana untuk bergaul dengan orang luar. Pendek ceritanya Kian ada la tiket keluar kebebasan Adalina untuk keluar dari tembok batu ni!

"Tolong?"Kian jalan dekati jaring tennis tu lalu lompat melepasinya dengan kaki panjang milik dia dengan mudah. "Mintak tolong apa?"

Adalina kuak rambut yang basah dengan peluhnya dari dahi sambil berkata. "Bawak aku pergi dari sini...serius talk...aku stress kau tahu tak. Sejak aku habis belajar hari tu...bonda dengan ayahanda tak habis-habis suruh aku kahwin. Bosan betul!"cebiknya semasa Kian berjalan mendekati dia.

"Kau nak Raja Agong murka dengan tindakan kau tu ke?"soal Kian dengan sengih boyish di bibir.

Adalina buat muka. Dia pandang menyampah ke Kian. "Kau ni kan...buat aku jengkel je la bila ingatkan balik semua tu." entah apa-apa je la memaksa orang sampai buat ugutan macam tu. Memangnya rugi kalau orang tolak lamaran mereka tu.

Kian ketawa lepas nampak muka kelakar Adalina bila grumpy."Hahaha..chill la sis..small matter je. Kalau kau tak nak dipilih sebagai calon isteri, why not kau guna otak gila-gila kau tu untuk buatkan diri kau di tolak kemudian di halau keluar dari istana tu..." cadang Kian yang kemudiannya jalan seiring dengan Adalina untuk ke tempat rehat.

Di bangku tepi gelanggang, iaitu tempat rehat tersebut, tunggunya dua butler lelaki dengan tuala tergantung di lengan masing-masing bersama botol minuman tenaga.

"Kau ingat aku tak fikir ke?Aku ada terfikir jugak. Tapi itu la...masalahnya kalau aku buat hal sampai memalukan nama baik bonda dan ayahanda macam mana ?Tak ke masalah je nanti?"

Dua orang butler itu mendekati Adalina dan Kian tanpa berlengah. Mereka serahkan tuala lap muka pada Kian dan Adalina sebelum bukakan penutup botol minuman mereka.

"Haih...kau ni..takkan la itu pun nak kena di ajar. Kau buat perangai depan putera mahkota tu je. Tang permaisuri agong, kau buat perangai macam biasa la. Tapi jangan la baik sangat sampai dia orang tersuka dekat kau pulak."Kian capai tuala itu sambil pandang Adalina.

Sementara Adalina capai tuala dan botol minumannya dalam masa yang sama. "Contohnya?"soal dia sewaktu kesat peluh yang merintik dekat dahi dan lehernya.

"Contohnya, kalau puteri mahkota lain beria nak ambil hati raja dan permaisuri agong, kau tak payah la buat apa-apa. Kalau puteri mahkota lain cuba tarik perhatian putera mahkota dengan kecantikan mereka, kau biasa-biasa saja la...dengar ceritanya citarasa putera mahkota agak high standard. Sama jugak dengan raja dan permaisuri agong." ujar Kian sebelum capai botol minuman lalu diteguk dengan rakus minuman itu.

Adalina pandang Kian sewaktu lelaki itu dongak meneguk minuman dengan renungan kagum. Bertuah betul dia ada sepupu yang pandai lagikan bijaksana seperti Kian. Tak sia-sia belajar tinggi-tinggi.

"So...kau nak kata aku buat perangai bitches aku dekat dia dan low standard?"ulang Adalina yang mahu memendekkan point Kian.

Kian lepaskan hela nafas lega sejurus itu. Dia kesat mulutnya dengan tuala yang dipegang lalu memandang Adalina."Can be say like that."

Adalina termenung sekejap pandang ke lantai. Tak payah suruh dah memang sikap dia macam ni.

"Oh ya...malam ni aku di jemput ke parti kawan aku. Sempena hari lahir dia...anak kepada Menteri, kau ikut sekali ya. Jadi partner aku."ujar Kian sewaktu beri isyarat pada butkernya untuk capai jaket sukan yang ada di bangku.

Adalina tersentak. Dia pandang ke Kian dengan kening berkerut. "Bonda izinkan ke?"tanya dia lepas tu.

Kian tersenyum. "Ini aku la...mana la bonda dan ayahanda kau pernah tidakkan akan permintaan aku.."ujarnya dengan bangga.

"Menyampah!"cebik Adalina. Untung la jadi anak lelaki. Apa semua nak dapat. Dia ni hah jadi anak perempuan susah sungguh nak diberi izin dari ibubapa. Terkongkong sepanjang masa. Nak itu tak boleh, nak buat ini tak boleh! Sampai dah jadi tabiat dia untuk duduk dekat dalam rumah tak buat apa-apa.

"Dress code hitam dan putih okay."aju Kian lagi.

"Hm."angguk Adalina sambil mengetap garis nipis di bibir.

19. Royal Pain In The AssWhere stories live. Discover now