47. Halau.

2.4K 193 2
                                    

"Don't touch me!"desis Adalina pada Addison. Dia tolak Addison jauh dari dia lantas berdiri dari situ untuk menghadap Andalusia.

Addison tersentak, dia alihkan tangannya dari Adalina lalu ikut berdiri sama dengan Adalina sambil pandang dengan risau ke wanita itu.

Renungan Adalina mencerun. Dia mengepal penumbuk kerana berasa berang. Berani-berani perempuan ni sentuh dia. Hanya disebabkan isu yang perempuan ni tanggung, dia yang kena tempiasnya! Kalau bukan disebabkan tadi dia diserang dengan mengejut dan tak sempat nak buat apa-apa, memang dah lama tangan dia naik dekat muka tu.

"Minta maaf."arah Adalina semasa berdiri menghadap Andalusia.

Ratu Annastasia yang baru saja sampai ke ruang makan dari bilik tidurnya masih kebingungan berdiri dekat situ tak bergerak. Dia tak tahu nak buat apa. Lagipula semua ini adalah idea suaminya. Kalau suami dia tak buat idea mencari calon isteri untuk Addison semua ini tidak akan terjadi.

Andalusia angkat kepala. Dia perlahan-lahan berdiri dari melututnya tadi untuk menghadap Adalina semula. "Untuk apa?"

"Aku kata, minta maaf."ulang Adalina lagi. Tidak peduli untuk jelaskan kenapa Andalusia perlu minta maaf pada dia walaupun Andalusia lebih tua dari dia.

"Kalau aku tak nak kau nak buat apa? Perempuan macam kau ni tak layak di maafkan apa lagi di beri maaf...memang betul kata semua orang. Kau hanya seorang tuan puteri yang menjengkelkan dan menyusahkan orang lain. Kau fikir orang dalam istana ni sukakan kau ke!"bentak Andalusia dengan jengkel.

Fine! Dia dah beri chance dekat Andalusia untuk minta maaf pada dia. Kalau Andalusia tak nak settlekan hal ni dengan cara baik. Jalan kasar jawabnya. Tanpa membuang masa, Adalina menghampiri Andalusia lantas menyepak lutut kiri Andalusia sehingga buatkan Andalusia terus melutut dekat depan Adalina.

"Arh!"aduh Andalusia sambil pegang lututnya yang di sepak.

PANG!

Tak cukup dengan sepakan tadi, tanpa belas, Adalina hayun penamparnya ke pipi kiri Andalusia sepadu mungkin hingga kepala tu berpaling kuat ke kanan. Setelah itu Adalina cengkam rambut atas kepala Andalusia sebelum dongakkan kepala tu ke belakang supaya memandang dia.

Nafas Andalusia naik turun kencang taktala dia menahan sakit dek tamparan tadi dan tarikan kasar pada rambutnya. Dia pandang Adalina dengan muka bengis. "Kau kenapa perempuan!Sakit la!"jerit dia sambil pegang lengan Adalina supaya melepaskan dirinya.

Adalina berdengus mengejek."Sakit?"tanya dia dengan muka sinisnya. "Aku pun sakit. Bukan kau seorang perempuan!"dia tarik-tarik sikit rambut tu, "Apa kau kata? Aku yang buatkan kekasih gelap kau tu di buang kerja dan di halau keluar?Kau ada bukti ke?"tanya dia sebelum lemparkan kepala Andalusia dengan kasar sehingga buatkan Andalusia terduduk dekat lantai.

Dengan marah Andalusia palingkan kepalanya ke Adalina dan dongak ke atas. "Habis tu siapa lagi kalau bukan kau. Sebab kau saja orang yang tahu hubungan aku dengan Loui! Hanya kau yang ada dalam koridor pada malam tu. Aku tahu kau dengar semuanya. Mesti kau beritahu putera mahkota yang aku ke sini bukan sebab dia tapi Bendahara Loui! Kau buat semua ni untuk dapatkan kedudukan sebagai calon isteri Putera Mahkota!"tuduh Andalusia dengan yakin.

Adalina pandang tak percaya ke Andalusia. Perempuan ni sedar ke tak sebenarnya yang dia dah buka pekung di dada sendiri?

Addison tercengang. Dia pandang belakang kepala Adalina lepas dengar pengakuan itu. Selama ini Adalina telah tahu yang Andalusia jalinkan hubungan dengan Bendahara Loui dan tidak beritahu sesiapa mengenai hal ini selama tiga bulan di sini?

Ratu Annastasia yang dengar terus berjalan ke arah Adalina dan Andalusia.

Puteri Dania yang menyaksikan semua itu hanya mampu memasang telinga. Tidak berani bersuara sebab dia pun dalam situasi yang sama. Sebelum dia ke sini dia sudahpun bercinta dengan lelaki lain. Tapi disebabkan ayahandanya tidak merestui hubungan mereka. Ayahanda telah menghantar dia ke sini untuk di kahwini dengan Putera Addison.

Ratu Annastasia pegang lengan Andalusia lalu paksa wanita itu berdiri menghadapnya.

Adalina pandang ke Ratu Annastasia dengan perasaan kasihan. Tak pasal-pasal orang tua ni kena dengar semua ni. Sudahla baru sihat. dah kena hadap semua tekanan ni. jatuh sakit lagi nanti macam mana!

"Apa kamu kata?Jadi selama ni kamu telah bercinta dengan Bendahara Loui?Kamu gunakan kami untuk kerja kotor kamu?"soal Ratu Annastasia dengan renungan kecewanya.

Muka Puteri Andalusia dah pucat lesi. Dia terkedu sendiri. Terlupa pulak yang Ratu Annastasia ada dekat sini. "Tuanku..sa-"

Terus Ratu Annastasia lepaskan tangan Andalusia sambil membuat muka jijik. "Memalukan! Malam ni jugak beta mahu kamu keluar dari istana ini. Dan jangan kamu berani tunjuk muka kamu depan beta. Termasuk ahli keluarga kamu!"getusnya dengan benci sebelum berpaling dari ruangan itu.

Puteri Andalusia terdiam dekat situ sebelum menekup muka lantas menangis dekat situ.

Setelah melihat keadaan sedih Puteri Andalusia, Adalina berpaling menghadap Putera Addison. Nafasnya naik turun menahan sabar. Semua ni salah Addison. Kalau lelaki ni tak buat keputusan meluru Puteri Andalusia tidak akan bersedih seperti ni!

Putera Addison cuba pegang Adalina tapi Adalina cepat-cepat bergerak ke Puteri Andalusia.

"Jangan menangis!"marah Adalina setelah itu.

Sambil tersedu sedan, Andalusia angkat kepala dan turunkan tangan dari mukanya. Dia marah bukan sebab semuanya terdedah. Dia marah sebab dia terpaksa berpisah dengan Loui sekali lagi. Dia sedih sebab niat dia hendak Bersama dengan Loui sentiasa di halang. Dia cuma bengang, itu je!

"Apa yang saya kena buat lepas ni?Saya sayangkan dia..."nangis Andalusia yang kembali kepada sikap normalnya. tidak lagi marah.

Sambil berkerut kening tak suka sebab dia tak suka tengok orang menangis atau bersedih. Sebab dia akan terikut sekali nanti. "Kalau kau menangis dekat sini dan buang masa, dia akan pergi jauh. Baiknya kau pergi cari dia."pujuk Adalina sambil pegang lengan tu.

"Macam mana kalau saya tak dapat cari dia lagi?"tanya Andalusia.

Bersama renungan nekadnya, Adalina pandang tepat ke mata Andalusia. "Cari aku."ajunya.

Semua dekat dalam ruangan itu termasuk Dania dan Addison sendiri pandang terkejut ke Adalina.

"Kalau kau dah jumpa dia atau belum jumpa Loui, cari aku. Aku akan tolong kau."aju Adalina. Dia tahu mungkin dia tak dapat tolong banyak. Tapi sekurangnya dia akan cuba.

Tersentuh dengan apa yang dikatakan oleh Adalina, Andalusia lemparkan dirinya ke Adalina lalu peluk badan kurus itu sebelum menangis teresak-esak. Sebenarnya dia tahu Adalina bukan orang yang dedahkan rahsianya. Tapi Putera Mahkota sendiri yang tahu. Kalau Adalina nak dedahkan sudah lama pun di dedahkan. Bukannya sekarang. Dia cuma rasa marah dan tertekan. Itu yang Adalina jadi mangsanya. "Maafkan saya Adalina...saya tak patut lemparkan rasa marah saya pada awak."ucapnya teresak-esak.

Adalina tak balas pelukan itu. Dia hanya berdiri dekat situ dengan muka letih. lantas matanya terarah pada Dania di depannya. Bekas kawan baiknya sendiri. Dan kini bila keluarnya Andalusia, maka tinggal la mereka berdua saja di sini.

19. Royal Pain In The AssWhere stories live. Discover now