"Selamat petang tuanku."sapa Adalina lepas dia berdiri dekat depan pintu masuk tu.
Raja Josiah angkat kepala memandang ke depannya. "Silakan duduk."ajunya sambil tunjukkan kerusi di depannya. Fail dekat ribanya di tutup lalu di alihkan ke meja kecil sebelah sofanya sebelum cantumkan jari jemarinya yang direhatkan atas peha kakinya yang bersilang.
Adalina gerak mendapatkan tempat di sofa satu seat bertentangan dengan Raja Josiah lalu duduk merapatkan kaki sebelum di sengetkan ke kanan dan tegakkan belakang badannya. Tertib duduk ketika menghadap raja. Dia tak nak tapi terpaksa.
"Saya dengar tuanku ingin saya menghadap. Boleh saya tahu apa sebabnya?"tanya Adalina tanpa alihkan mata dia dari lencana yang ada di kolar baju diraja lelaki itu. Kenapa familiar ya?
Raja Josiah Tarik sengih meleret sedikit lepas melihat sikap berani dan bersahaja Adalina. Tak padan dengan usia muda, gadis ini sememangnya seperti yang dia dengar. "Ada sesuatu yang perlu beta bincangkan dengan tuan puteri."
"Dan ianya mengenai."leret Adalina serta merta.
"Kamu tahu kenapa kamu ada di sini?"tanya Raja Josiah dengan wajah seriusnya.
"Sebab tuanku beri perutusan pada bonda dan ayahanda saya supaya ke sini."jawab Adalina dengan nada 'duhh'
"Dan kamu tahu kenapa beta hantar perutusan itu?"tanya Raja Josiah lagi yang tidak mengubah intonasi superiornya.
Adalina tegangkan bahunya bila dia mula merinding geram. "Sebab tuanku mahu jadikan saya sebahagian dari program mencari calon isteri buat putera mahkota tuanku."jawabnya dengan nada mendatar.
"Kalau begitu kamu tak nak tanya kenapa beta pilih kamu meskipun banyak khabar angin tersebar di serata negeri mengenai kamu?"soal Raja Josiah dengan nada tegang.
Berasa hairan dengan soalan itu, Adalina tersengih sinis. "Sebab saya dah tahu apa jawapannya. Buat apa saya bertanya lagi."jawabnya. Dia tak tahu sebenarnya, tapi saja nak Nampak hebat depan raja ni.
"Apakah alasanya?"tanya Raja Josiah sewaktu sandarkan belakangnya ke sofa. Memberi renungan judging kepada Adalina.
Adalina ikut gerak tubuh Raja Josiah tanpa alihkan matanya dari renungan Raja Josiah. Dia tak nak kalah pada raja di depannya. "Kenapa tak tuanku saja beritahu saya. Kan lebih jelas dan tepat."
Rahang Raja Josiah terketik bila dia semakin hilang sabar dengan sikap Adalina. Anak muda di depannya bukan sebarangan orang untuk di cari pasal dengan. "Sebab beta perlukan seseorang yang boleh bantu putera beta jaga negara ini sebaik-baik beta menjaganya. Kerana itu kamu semua di jemput ke sini. Seseorang yang boleh jadi tulang belakang putera beta suatu hari nanti."
"So?Apa point nya tuanku jemput saya kalau awal-awal lagi tuanku tahu saya hanya bawa masalah di sini?"balas Adalina dengan muka tak kisah. "Lagipun ada calon lebih baik dari saya dekat luar sana."
Raja Josiah melepaskan hela nafas letih. "Itu kerana ayahanda kamu adalah rakan baik beta. Ayahanda kamu mahukan yang terbaik untuk kamu. Kerana itu beta pelawa kamu ke sini. Untuk kurangkan gossip yang tersebar di luar sana. Tapi lain pula ceritanya yang terjadi di sini."luahnya.
"Hm."Adalina lepaskan hela pendek pula. "Siapa suruh. Saya tak minta pun."keluhnya.
"Dan kamu tahu itu bermakna kamu adalah di bawah kuasa istana ini?"soal Raja Josiah yang mula kedengaran hendak marah.
"Saya tahu sebab itu saya ada di sini lagi. Hidup dan bernafas lagi. For now."lawan Adalina lagi. Ingat dia nak tercabar. Lelaki ni dah letakkan dia dalam situasi yang dia tak nak. Dan sekarang baru nak naik angin! Ingat dia ni apa!
"Kalau begitu kenapa kamu tidak boleh ikut akan peraturan dan etika yang di tetapkan di sini?Banyak cerita yang saya dengar. Banyak khabar angin tak elok tersebar mengenai kamu di seluruh istana. Macam mana kalau semua ini sampai di telinga ayahanda kamu. Kamu nak sangat ke keluar dari sini?"Raja Josiah sondongkan badan sedikit ke depan.
"Ha'ah."jawab Adalina serta merta.
Masa itu la mata Raja Josiah terarah pada rantai yang terpasang di leher Adalina. "Kalau beta kata tak boleh, apa kamu akan lakukan?"
Adalina kerutkan kening. "Kenapa tanya macam tu?"
Raja Josiah juih dagu ke rantai Adalina. "Itu...kamu tahu siapa yang berikan rantai tersebut pada kamu?"
Kepala Adalina tunduk memandang ke rantai yang dipakai selama 3 tahun. Ayahanda yang berikan rantai ni sewaktu dia sambut hari lahirnya ke 18 tahun hari tu. Sejak tu dia pakai rantai ni tak pernah tanggal sebab ayahanda yang pesan supaya dia berbuat begitu. Namun bila Adalina pandang pendant rantai tu, keningnya berkerut. What the hell! Terus Adalina pegang pendant rantai tu untuk ditilik.
"Ayahanda kamu berikannya kepada kamu sewaktu berusia 18 tahun bukan?"soal Raja Josiah.
Adalina pandang ke Raja Josiah semula lalu terpandang lencana di kolar lelaki itu sekali lagi. Perlahan-lahan keningnya terangkat bila sedar yang lencana raja yang dipakai oleh Raja Josiah sama bentuk seperti pendant rantai.
"Sebenarnya ianya adalah pemberian dari anakanda beta sendiri. Malah dia yang rekakannya untuk kamu. "maklum Raja Josiah.
Adalina pandang tergamam ke Raja Josiah. What the heck!"Dah tu kenapa panggil empat orang puteri yang lain?"tanya dia masih dalam keadaan terkejut.
Bersama renungan gelap Raja Josiah pun berkata."Mereka sama seperti kamu. Turut di tanda. Dan sekarang hanya tinggal untuk pilih saja. Jadi untuk itu beta perlukan kerjasama dari kamu Puteri Adalina Bloom Genievive, untuk behave dan jangan sulitkan keadaan atau negeri kamu jadi taruhannya."
Adalina menahan nafas terkejutnya. Oh my gosh! Ingat dia ni kambing apa untuk di tag bagai! Suka hati betul. Ya-ya dia ingatkan rantai ni dari ayahandanya sempena ulang tahun kelahirannya. Sekali tu, sekadar tanda. Kalau dia seorang tak apa la jugak. Ini tidak empat orang sekali tu. Bagus betul!
"Kita tengok keadaan, saya tak janji."jawab dia dengan renungan penuh amarah.
That little piece of sh*t gonna be dead meat soon!
YOU ARE READING
19. Royal Pain In The Ass
BeletrieRule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu keluar dan pintu masuk, sejak dia tahu apa itu peraturan, sejak tu dia telah berikrar! Yang dia takkan...