75. Forbidden

2.2K 186 0
                                    

"Sorry...apa dia tadi?"tanya Addison semasa pandang tak percaya ke Permaisuri Fiona.

Permaisuri Fiona tersenyum lepas pandang muka handsome Addison yang kelihatan terkejut selepas mendengar maklumanya tadi. "Larangan untuk berjumpa sehingga hari perkahwinan berlangsung.."ulangnya dengan nada tanda soal.

Mulut Addison terbuka sedikit lepas dengar. Dia cuba pandang ke Adalina yang sedang topang dagu dan buat muka bosan seakan tak kisah dengan apa yang baru di sampaikan tadi.

"Perlu ke?"tanya Addison lagi.

Ratu Annastasia yang duduk di samping Addison ketawa kecil sambil tepuk peha anaknya dengan lembut. "Biasa la tu. Tak lama mana pun. Hanya seminggu saja sebelum perkahwinan kamu diadakan."pujuknya pula.

Nak jumpa susah, dalam sebulan ni pun berapa kali dia temui Adalina. Dan kemudian dilarang dari berjumpa. Buang tebiat apa! Bersandar mengalah Addison dekat kerusi tu tanpa berkata apa-apa lagi. Kalau dia tahu macam ni la ceritanya, patutnya dia luangkan masa dengan Adalina lebih lagi beberapa sebelumnya.

Tapi disebabkan desakan kerja dan pelbagai persiapan yang perlu dia uruskan, hanya beberapa kali dia sempat bercakap dengan Adalina itu pun melalui panggilan saja. Face to face pun baru hari ni. Dan jumpa-jumpa saja kena larang?

"Bagaimana persiapan semuanya tuanku?Perlukan apa-apa bantuan dari kami?"tanya Permaisuri Fiona kepada Ratu Annastasia.

Sambil tersenyum senang, Ratu Annastasia menggeleng kepala. "Tiada. Semuanya berjalan dengan lancar. Permaisuri Fiona tidak perlu risau."

Addison pandang ke kirinya dimana Raja Eden dan Raja Josiah sedang berbual sesama mereka dengan rancak. Melihatkan dua orang itu sedang sibuk berbual, dia pun berdiri. "Anakanda minta diri dulu."pamitnya dengan nada rajuk.

Ratu Annastasia pandang pelik akan Addison semasa puteranya jalan melewati mereka begitu sahaja keluar dari ruangan itu. "Dah kenapa pulak la tu.."tanya dia.

Permaisuri Fiona senyum sambil menggeleng kepala. "Biasala tu...biarkan saja. Boleh tuanku ceritakan saya lebih lanjut bagaimana aturan majlisnya nanti?"katanya semasa bergerak ke tempat duduk dimana Putera Addison duduk tadi.

Adalina yang sedang duduk bermalasan dekat sofa tu hanya pandang akan empat orang yang sibuk berbual mengenai persiapan perkahwinannya yang bakal berlangsung tak lama lagi. Rasanya dia ada atau tidak dekat sini tak ada beza pun. Bukannya dia boleh decide apa-apa mengenai aturan tersebut.

"Um..bonda?Ada apa-apa lagi ke?"tanya Adalina yang menyampuk perbualan dua orang wanita itu.

Permaisuri Fiona dan Ratu Annastasia berpaling dengan serentak lalu berkata pada masa yang sama. "Tiada."

Adalina buat muka setelah itu. "Okay...kalua macam tu anakanda keluar la ya.."dia nak makan. Tadi masa makan malam dia tak dapat nak jamah sangat sebab asyik sibuk di tanya itu dan ini tanpa henti dengan dua orang makcik ni.

Dulu bukan main lagi beritahu dekat meja makan jangan bercakap, last nya mereka jugak yang bercakap banyak mengalahkan dia. Letih betul!

Adalina keluar dari ruang tamu Utama Istana Genovia dengan langkah bersahajanya. Langsung tak terfikirkan akan Addison sebab lelaki tu memang selalu hilang tiba-tiba. Nanti kan pandai-pandai la muncul. Dia bukannya hamak sangat nak berkepit 24 jam dengan lelaki tu. Nanti dah kahwin amik seumur hidup jugak tengok muka yang sama.

Dia belok ke kanan koridor sambil hayun tangannya kanan dan kiri ada mood. Dalam kepala dia dah terfikir macam-macam menu yang dia nak orang dapur Genovia sediakan untuk dia. Ahahah! Lama tak buli dia orang. Alang-alang dah ada dekat sini. baiknya dia ambil peluang ni.

Sambil menyanyi kecil, Adalina pandang kanan dan kirinya. Melihat sekeliling istana yang perlahan-lahan dihias dan di susun semula bersempena perkahwinan Addison Bersamanya nanti.

Sewaktu Adalina pandang ke kanannya, pada masa itu satu kelibat muncul dari sebelah kirinya dengan laju.

Perasan akan hal itu, Adalina gerakkan kepalanya ke kiri untuk tengok. Belum sempat dia nak pandang, entah siapa entah macam mana, tubuhnya di Tarik dengan satu tangan dengan laju masuk dalam Lorong yang ada di koridor tersebut.

"Mak!"teriak Adalina yang terkejut serta merta. What the f*ck!

"Shh..ini saya."desis suara tu.

Sambil menjegil mata bulat, Adalina tolak badan tu jauh darinya sambil bawa tangan ke dada Bersama nafas naik turun. "Dah kenapa! Nak saya mati kena heart attack dekat sini ke!"dada tu di tamparnya dengan bengang. Kepala otak betul pakcik seorang ni! Pendek umur dia kalau macam ni!

"Tak boleh ke pujuk bonda awak supaya benarkan awak tinggal di sini buat beberapa hari sebelum wedding?"tanya Addison sambil cubit kain lengan dress yang Adalina pakai.

Mata Adalina pandang jari Addison dengan muka pelik lalu rentap lengannya. "Hish. Dah orang tua cakap macam tu dengar kan jela. Bukannya lama mana. Macam lah tak boleh."cebiknya.

Addison merapat ke Adalina sebelum bawa tangannya ke sekeliling pinggang Adalina. "Bermalam la dekat sini kalau macam tu..sebab lepas ni kita tak boleh nak jumpa."mintanya lagi.

Mata Adalina naik turun tilik Addison sewaktu lelaki tu perlahan-lahan tunduk merehatkan kepala ke bahunya. Dah kenapa pulak ni. Bukannya di suruh berperang ke apa. Nak susah hati sangat kenapa. "Yang awak ni kenapa macam anak hilang emak ni...susah hati sangat lepas bonda beritahu kita tak dapat berjumpa selama seminggu sebelum wedding tu ke?"

Addison angguk kepalanya yang ada di atas bahu Adalina tanpa berkata apa-apa.

"Haih.."keluh Adalina sambil buat muka menyampah. "Ini adat la. Ikut je la. Bukannya lama mana pun. Selama ni okay je."

"Masa tu lain..yang ini lain.."sungut Addison seperti anak kecil merengek tak di beri perhatian.

Adalina ketap bibir menahan diri dari ketawa dekat situ sebab berasa lucu dan terusik dengan sikap terbaru Addison ni. Selama ni dia tak pernah Nampak side yang ini. Yang biasa dia Nampak ialah sikap superior, serius, yakin, berlagak mintak penyepak dan komited. Hari ini entah saka mana dah merasuk Addison.

"Sabar la...tak lama pun."pujuk Adalina sambil gosok belakang kepala Addison.

Addison eratkan pelukannya pada pinggang Adalina dan sorokkan mukanya ke ceruk leher Adalina. "Nanti saya rindukan awak macam mana."ujarnya dengan suara seperti orang merajuk.

Terus ketawa Adalina lepas tu. Tak tahan dia. "Ahahaha..please stop.."katanya dari balik ketawa tu. Oh my god. Cute betul la pakcik sorang ni. Dia tolak Addison untuk tengok muka tu. Kalau dia pegang phone lama dia rakam moment ni sebagai kenang-kenangan.

Addison angkat kepala dia dari bahu Adalina sambil buat muka merajuknya.

"Hahaha.."ketawa Adalina semasa tengok Addison yang tunduk memandang bawah sambil buat muka sepuluh sen. "Kenapa nak sedih sangat...nanti jumpa jugak.."dia tepuk dada tu dengan perlahan.

Addison angkat matanya lalu memandang Adalina dengan muka sedih terkilannya. "Jangan la pergi. Tinggal sini. Esok baru balik.."minta dia.

Berasa kasihan dengan Addison, dia berniat untuk pujuk hati si pakcik seorang ini. Nak buat macam mana. Dah sayangkan, siapa sanggup tengok orang yang disayang susah hati. Adalina tersenyum sebelum jengket kakinya dan cengkam lengan baju Addison sebagai sokongan. Tepi bibir Addison di kucup Adalina dengan senyuman di bibir.

Mata Addison terbutang kaku kerana tidak menjangka hal itu. Dia hanya berdiri di situ.

Beberapa saat kemudiannya, Adalina pun jauhkan diri dari Addison. "Jumpa nanti handsome."ujarnya sewaktu mahu berpaling keluar dari Lorong itu.

Addison yang tidak puas hati itu, terus hulur tangan ke pinggang Adalina.Dipegang saja pinggang itu, Adalina di pusingkan semula masuk ke dalam pelukannya sepantas kilat. Tangan sebelah lagi memegang bawah rahang Adalina untuk di dongakkan ke atas serta merta sebelum dia berikan deep kiss pada bibir tu dengan mata terpejam.

Berasa senang dengan keadaan itu, Adalina tersenyum sambil pegang pinggang Addison dan balas kucupan itu Bersama mata tersenyumnya.

19. Royal Pain In The AssWhere stories live. Discover now