"No!Why me?Why?"raung Camelia dekat depan tangga bersama bagasi pakaiannya. "I did my best for this test. Why me?Why not that brat!"tundingnya dengan marah pada Adalina.
Adalina julingkan mata menyampah. Ya dia juga tertanya-tanya kenapa. Kenapa banyak-banyak masa, masa nak makan tengah hari jugak minah ini nak keluar.Hairan tahu tak. Kenapa setiap kali dia bersemangat nak makan pasti akan ada anasir-anasir yang menganggu selera dia?
Para dayang dan bulter yang berkumpul dekat situ untuk hantar Camelia saksikan semua itu.
Sementara Puteri Andalusia, Puteri Dania dan Adalina hanya berdiri dekat situ buat muka dengan drama Camelia.
"Tuan puteri jangan la begini."pujuk dayang peribadi Camelia.
"Uhuk!Uhuk!Mana saya nak letak muka saya ni? Tahu tak gara-gara test ni saya sanggup buat hidung dan dada saya supaya menonjol dan kelihatan menarik..."raung Camelia dengan hodoh sekali.
Sampaikan Raja Josiah dan Ratu Annatasia yang tengok pun ikut berkerut muka sebab terikut-ikut dengan mimik muka Camelia itu.
"Saya buat yang terbaik...tolong jangan hantar saya balik dulu. Bagi saya peluang dulu." rayu Camelia yang bergerak hendak mendekati Putera Mahkota yang berdiri tak jauh dari situ.
Addison hanya berdiri dekat situ perhatikan Camelia berjalan mendekati dia. Dan bila wanita itu hampir hendak memeluk dia, Addison dengan bersahajanya tarik butler terdekat dengan dia lalu di letakkan dekat depannya.
Maka Camelia terpeluk butler itu bukan Addison.
"Tuanku...berikan saya peluang.."gelut Camelia semasa cuba dapatkan Addison tapi butler tadi hadang Camelia dari mendekat.
Raja Josiah dah mula jengkel.
Ratu Annatasia mula rasa tak selesa.
Dan mereka semua di situ sudah mula naik rimas.
Pelik dia. Kenapa la semua orang dekat sini tak nak buat apa-apa untuk halang Camelia dari terus menerus buat scene macam ni.
"Haish...memekak betul la.."renggus Adalina sebelum turun habis dari anak tangga lalu dekati belakang Camelia. Benda senang je pun susah nak handle. Heret je la perempuan ni keluar.
Tanpa amaran Adalina pegang bahu Camelia lalu palingkan badan tu sepantas kilat. Dan setelah Camelia berpaling masa itu la Adalina angkat tangan dia lantas menampar pipi Camelia.
PANG!
Terus senyap sepi ruangan tu kecuali bunyi aircond saja yang kedengaran.
Raja Josiah tak beri reaksi.
Ratu Annatasia membutang mata.
Camelia bungkam dekat situ dengan muka terkesimanya.
Sementara Adalina berdiri dekat depan Camelia dengan tangan bersilang di dada. Drama queen betul! Ingat orang nak kesian ke kalau melalak-lalak macam mak mati anak ni? Buat malu lagi adalah.
"Dah puas memekak?"tanya Adalina masa Camelia perlahan-lahan pandang ke dia. Ada-ada je la.
Seakan seperti baru tersedar dari mimpi, Camelia pandang bingung ke Adalina sambil pegang pipi yang baru saja di tampar tadi. Lidah dia jadi kelu otak dia jadi blank.
"Get hold of yourself Princess Camelia!"desis Adalina dengan bengis pada Camelia setelah Camelia tak lontarkan tantrum macam budak kecik lagi dah.
Semua dekat situ diam memerhatikan Adalina.
Ada yang pandang kagum.
Ada yang beri renungan 'WTF'
Ada yang tersenyum bangga.
Ada jugak yang terkejut.
Ada yang pandang dengan renungan penuh minat.
Camelia tercebik-cebik bibir hendak menangis sebelum tundukkan pandangannya ke lantai.
Adalina pandang Camelia dengan renungan serius dia. "Jangan disebabkan lelaki kau nak merayu melutut memalukan diri sendiri macam ni. Dah besar kan?Ada otak kan?Gunakan. Jangan buat perangai macam ni. Malu sikit. Kau bawa nama baik negeri kau dan juga keluarga. Datang dengan hormat pergi dengan hormat. Faham tu?"tegurnya.
Seperti baru ditegur dengan bondanya sendiri Camelia tertunduk lalu mengangguk kepala patuh tanpa berkata apa-apa.
"Dah la pergi sana cepat. Jangan nak buat drama pukul 7 dekat sini."halau Adalina sambil lambai tangan ke arah pintu.
Dayang Camelia cepat-cepat dapatkan Camelia bersama bagasi lalu pimpin tuan puteri itu dari situ. Sebelum itu dia sempat tunduk memohon maaf dan minta diri pada semua di situ.
Buat beberapa saat semua dekat situ pandang Adalina tidak berkedip mata. Sungguh! Mereka tak sangka puteri yang mereka kenal sebagai manusia paling menjengkelkan boleh handle situasi macam ni begitu saja dengan begitu bergaya sekali.
Susah sangat!Adalina lepaskan dengusan kasarnya lalu menghadap semua orang di situ. Buat sekali lagi dia boleh nampal renungan sama yang pernah dia nampak dari Bendahara Loui.
"Now what?"sentak dia pada mereka senua di situ yang seperti dalam dunia masing-masing. "Awak semua nak berdiri dekat situ selamanya atau saya makan sendiri?"aju Adalina sambil lirik semua orang yang sedang memandang dia.
Tak pernah nampak orang kena tampar ke. Ke nak rasa sekali.
Addison tersengih. Dia pandang ke bondannya lalu rangkul belakang pinggang tu. "Ayuh bonda. Kita makan. Anakanda dah lapar ni.." katanya sambil curi-curi melirik ke Adalina yang kelihatan hot bila serius macam tu.
Raja Josiah mengangguk setuju. "Mari la kita beransur ke ruang makan kalau begitu."
"At last...someone has conscience!"getus Adalina bernada menyindir. Ingatkan tak ada siapa yang tahu sekarang waktu makan atau waktu termenung.
Dayang Lucia ikut langkah Adalina dari belakang lalu berdiri di sebelah puteri itu lantas berbisik. "Tuan puteri kelihatan hebat tadi."
Adalina palingkan kepala ke Dayang Lucia dengan sengih meleret bangganya. "Baru tahu ke?"rambut panjangnya diselak ke belakang bahu dengan bangga.
Dayang Lucia ketawa kecil dengan balasan Adalina. Siapa yang drama queen sekarang ni.
YOU ARE READING
19. Royal Pain In The Ass
General FictionRule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu keluar dan pintu masuk, sejak dia tahu apa itu peraturan, sejak tu dia telah berikrar! Yang dia takkan...