16. "Ahaha...cuba tengok muka aku ni?Ada Nampak aku kisah?"

2.5K 209 1
                                    

"Uhuk...uhuk"batuk Puteri Felia semasa tunduk mengemas sepah yang ada di meja kerja dalam bilik bacaan itu. Sambil terbatuk tu dia gosok dadanya. Semakin hari semakin merosot kesihatan dia. Tapi demi ibubapanya dia gagahkan juga dirinya.

Memang la dari luar dia Nampak seperti normal dan seperti tiada masalah yang dihadapinya. Sebenarnya dia ni sedang sakit orangnya. Dan bonda dan ayahandanya tidak tahu lagi mengenainya. Selepas dapat jemputan dari Raja Josiah untuk ke istana Genovia, buat pertama kali dalam hidupnya dia lihat senyuman terukir di bibir orang tuanya.

Selama ni mereka tak peduli pun akan dia. Apa yang ada di mata mereka hanya anak-anak lelaki yang telah Berjaya mengharumkan nama baik negeri dan keluarga.

Sedangkan dia, hanya menjadi seorang aktivis untuk badan kebajikan kanak-kanak dan bantu orang yang memerlukan. Belajar pun tak habis. Sering saja dibanding-banding dengan apa yang adik beradiknya lakukan.

"Uhuk!Uhuk!"batuk Felia dengan kuat taktala dia hendak berjalan. Sambil tutup mulut dengan sapu tangan, dia tertunduk di situ memejam mata menahan sakit yang dirasai setiap kali batuk. Sedang dia terbatuk-batuk, buku dan kertas yang terisi dengan menu hidangannya terlepas dari cengkamannya.

SPRAAA!

Pada masa itu la muncul satu tangan berkemeja putih mencapai kertas dan buku-buku itu sebelum di sua semula ke Felia.

Felia ingatkan dayang mana, sekali lepas dia pandang, wajah gadis bercermin mata dan berkemeja putih buatkan niat dia nak berterima kasih terbatal. "Kamu lagi."keningnya berkerut tak puas hati semasa merampas buku dan kertas tu dari tangan tersebut.

"You welcome."balas Adalina dengan nada menyampah.

Felia membuat muka tak suka sewaktu mendengar sindiran Adalina. "Ada saya suruh kamu bantu mengutipnya?"balas dia dengan nada jengkel.

Adalina menjuling mata menyampah lalu bergerak ke kanan bilik bacaan itu. Dia nak cuba cari buku yang menarik untuk di baca. Mana la tahu Istana Genovia ni simpan buku yang rare atau special dan terhad ke.

Felia tersentak lepas Adalina pergi dari situ begitu saja. "Tunggu."panggilnya semasa hadapkan ke arah dimana Adalina pergi tadi.

Dengan malas Adalina pun berpaling. "Apa lagi?"sambutnya dengan nada tak suka sewaktu pandang muka Felia yang kelihatan pucat. Mungkin sebab tak bersolek sangat, sebab tu! "Kalau kau nak cakap something yang menyakitkan hati, better tak payah. Aku ada banyak benda yang lebih berfaedah dari bertekak dengan kau."

Felia teragak-agak. Dia pandang Adalina buat seketika sambil peluk erat buku tadi ke dadanya. "Kamu dah selesaikan tugasan pertama tu?"

"Nope...aku tak ada niat untuk jayakannya pun. So kau jangan risau. Kalau kau nak sangat kahwin dengan dia. Kau berusaha la bersungguh-sungguh situ."kata Adalina.

Kening Felia berkerut. Macam mana la Adalina boleh selamba saja dengan semua ini. "Ayahanda dan bonda kamu tidak marah ke sekiranya kamu lakukan hal seperti ini?"

Adalina jungkit bahu. "Dia orang takkan marah kalau mereka tidak tahu. So why not."balasnya.

"Kamu tak ada rasa serba salah langsung ke buatkan ibubapa kamu kecewa dengan sikap sambil lewa kamu ni?"tanya Felia lagi. Dari awal lagi sejak kali pertama dia nampak Adalina, banyak soalan dia nak tanyakan kepada Adalina. Namun sebelum sempat dia nak tanya, tanpa sengaja dia sering terlepas cakap perkara yang tak sepatutnya.

"Ahaha...cuba tengok muka aku ni?Ada Nampak aku kisah?"tanya Adalina sambil tunjuk mukanya sendiri.

Tanpa berkata apa-apa Felia hanya diam mendengar balasan Adalina.

"Ahh...what ever la. Aku blah dulu."pamit Adalina sambil melambai tangan tak kisah sewaktu berpaling semula ke depan nak teruskan langkahnya. Meninggalkan Felia dekat belakang begitu saja.

Felia perhatikan belakang kepala Adalina yang mengikat rambut tinggi ke atas dengan kening berkerut. Jelous betul dia tengok Adalina. Seronoknya kalau jadi tuan puteri yang hidup care free tanpa tekanan seperti Adalina.

Dia pun nak jadi seperti Adalina juga. Dapat lakukan pelbagai perkara tanpa memikirkan sebarang risiko.

Keluar dengan lelaki tanpa di judge.

Bercakap ikut suka tanpa di tegur.

Lakukan segalanya tanpa hiraukan peraturan dan etika yang ditetapkan tanpa rasa takut.

Dia pun nak rasa bebas seperti Adalina.

19. Royal Pain In The AssWhere stories live. Discover now