Sedang Adalina gerak hendak sandar ke belakang mata dia terarah pada sebuah bingkai gambar. Tergerak hendak menggapainya, pada masa itu Addison muncul lalu duduk di sebelahnya.
"Nah."serah Addison kepada Adalina sebuah buku tebal bertulang belakang warna emas.
Kepala Adalina serta merta tunduk memandang buku tebal tersebut. "Apa ni?"tanya dia sambil capai buku itu lalu kembali memandang bingkai gambar tadi.
"Diari."jawab Addison semasa perasan Adalina pandang ke bingkai gambar lama miliknya sewaktu dia berada di akademi tentera.
Adalina pegang bingkai gambar itu sebelum ternampak satu wajah familiar yang selama ini dia teringin temui.
"10 tahun. Saya dan Aiden adalah sahabat baik. Ibaratnya kami ni seperti kembar. Semua orang cemburukan kami. Mana ada saya pasti Aiden ada. Mana ada Aiden pasti ada saya."mula Addison dengan perlahan sewaktu Adalina usap permukaan kaca gambar tersebut.
Perlahan-lahan Adalina palingkan kepala ke Addison. "Awak berdua sahabat baik?Kenapa saya tak tahu mengenainya?"tanya dia dengan perasaan terkejut bercampur sendu.
Addison ngesot rapat ke Adalina lalu pegang bingkai yang Adalina pegang sambil tersenyum. "Bukan tak nak beritahu. Sebenarnya Aiden dah banyak kali cuba kenalkan awak pada saya. Tapi awak dengan perangai ulat buku awak tak pernah berubah. Terperap saja dalam bilik setiap kali saya singgah ke istana Ronia." beritahu dia.
Adalina pandang tak berkedip ke muka Addison. Serius? Dia langsung tak ingat. Apa dia ingat Aiden asyik suruh dia keluar bilik dan berhenti hadap buku. Tapi dia buat tak endah je sebab masa Aiden ganggu dia memang tengah busy.
"Saya dengar apa yang terjadi pada Aiden. Dan saya tahu apa yang terjadi pada awak setelah Aiden pergi. Saya minta ayahanda lakukan sesuatu mengenai awak. Tapi dia tegah sebab awak masih muda. Jadi dia berikan saya masa sehingga awak berusia 18 tahun. Baru saya boleh jenguk awak. Sejak itu saya sentiasa ikut perkembangan awak dalam diam." cerita Addison lagi.
Tanpa sedar Adalina pegang rantai yang terpasang dilehernya lalu di belek sambil memandang Addison.
"Tak lama kemudian Bonda minta saya berkahwin sebab dia dah tunggu terlalu lama. Sebab saya asyik tangguh dan tangguh gara-gara tunggu awak. Saya tak nak berkahwin dengan sesiapa kecuali kalau orang itu adalah awak. Dan bila timbul soal calon, bonda beri amaran supaya jangan pilih awak. Saya apa lagi, cepat-cepat dapatkan ayahanda dan rangka rancangan untuk bawa awak dengan alasan empat orang puteri lain akan di bawa masuk sekali." tambah Addison lagi.
"Sejak bila awak ada perasaan dekat saya?"tanya Adalina dengan kening berkerut.
Addison tundukkan mata ke diari yang ada di atas riba Adalina. "Awalnya niat saya nak jaga awak lepas Aiden pergi, tapi entah macam mana perasaan ambil berat tu boleh bertukar sayang..dari sayang bertukar kepada cinta." katanya dengan perlahan.
Sekejap. Kalau macam tu maknanya dah lima tahun dia ada peminat rahsia. Dan peminat tu bukan sebarangan orang. "Maknanya awak tahu abang saya dekat mana?"tanya Adalina dengan perasan penuh berdebar dan tidak sabar.
Addison angkat mata dia lalu pandang Adalina dengan renungan serba salah. "Saya tak tahu. kali terakhir saya temui dia, pada hari dia di buang takhtah. Dan selepas itu saya lost contact dengan dia."
Bahu Adalina jatuh hilang semangat. Dia bersandar dekat kerusi tu sambil termenung memandang ke depan. "Habis tu saya nak buat apa sekarang? Bonda awak tak sukakan saya. Awak sukakan saya. Dan saya tak tahu saya sukakan siapa..."soalnya.
"Lawan la. Tunjuk pada bonda awak boleh jadi pasangan saya."
Bersama renungan jengkel Adalina jeling ke Addison. "Ada saya setuju ke saya nak pasangan awak?"gerutunya.
Addiaon jungkit bahu sambil buat muka."Well...awak akan setuju kalau saya sertakan syarat ni."Addison pandang ke Adalina dengan sengih meleretnya.
Gila apa orang tua ni. Sengih-sengih, penampar nanti baru tahu. "Apa syaratnya?"tanya Adalina dengan nada tak puas hatinya.
"Awak menangkan baki perlawanan ni dan terpilih jadi pasangan saya. Saya akan cari dimana keberadaan Aiden dan pulihkan semula kedudukan dia."aju Addison dengan yakin.
Menahan nafas terkejut terus Adalina lepas dengar. Dia pandang Addison dengan mata terbutang luas. Pergh! Lelaki ni memang sengaja apa!
Addison letakkan jari dekat bawah dagu Adalina lalu dongakkan kepala tu supaya Adalina pandang tempat ke mata dia. "Pilihan di tangan awak...pilih saya. Awak dapat abang awak dan saya. Awak pilih awak. Tiada saya. Tiada abang awak."dia tenung mata Adalina sewaktu berbisik depan bibir Adalina.
Adalina mencerunkan keningnya sambil mengetap gigi menahan sabar sewaktu membalas renungan Addison.
Sh*t betul!
Tawaran Addison menggugat hati dia betul la.
YOU ARE READING
19. Royal Pain In The Ass
General FictionRule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu keluar dan pintu masuk, sejak dia tahu apa itu peraturan, sejak tu dia telah berikrar! Yang dia takkan...