19. The Result

2.4K 198 2
                                    

Selepas makan malam selesai kelima-lima puteri di panggil untuk berkumpul bagi memaklumkan keputusan test pertama mereka. Di tempat yang sama mereka berkumpul, iaitu di lobi Utama tingkat satu sayap utara istana.

Puteri Dania pandang sampul emas yang ada di depannya dengan muka tak percaya. "Saya terpilih?"soalnya sebelum capai sampul dari tangan butler lelaki depannya dengan senyuman tidak sangka.

"Ya...tuanku pilihan hidangan tuan puteri."

Tidak tahu hendak beri reaksi apa, dia hanya mampu tersenyum sambil memegang sampul di tangannya dengan erat. "Terima kasih"

"Di dalam sampul ini mempunyai jadual pertemuan tuan puteri dengan putera mahkota. Jadi simpannya baik-baik."pesan butler itu sambil pandang sampul di tangan Dania.

Puteri Felia yang berdiri dekat situ silangkan tangan ke dada dengan muka tak suka.

Puteri Andalusia dengan muka kecewa tiada mood.

Puteri Camelia hanya pandang sampul dekat tangan Dania dengan renungan teringin.

Sementara Adalina tiada di situ walaupun sudah di panggil untuk berkumpul.

"Itu saja dari saya. Taniah saya ucapkan kepada tuan puteri. Tugasan kedua bakal dimaklumkan oleh Ratu Annatasia seminggu dari sekarang. Jadi tuan puteri semua boleh berehat sehingga harinya tiba, Jika mahu keluar sila maklumkan kepada dayang masing-masing. Mereka akan uruskan yang selebihnya."maklum Bendahara sambil lirik setiap seorang di situ. Dan bila sedar yang hanya Adalina seorang saja yang tidak kelihatan, dia hanya mampu mengetap bibir.

"Terima kasih Bendahara Loui."ucap Puteri Andalusia dengan hormat selepas itu.

Bendahara itu balas ucapan itu dengan senyuman nipis sebelum beredar dari situ dengan dua orang butlernya.

Puteri Felia silangkan tangan ke dada sambil buat muka sebelum berpaling dari situ dengan langkah marah.

Sementara puteri yang lain tak beri reaksi apa-apa dan hanya berpaling dari situ.

Puteri Dania tunduk memandang sampul di tangannya. Buat seketika dia berfikir akan sesuatu sehingga terfikirkan Adalina. Rasanya kalau dia serahkan sampul ni pada Adalina, agaknya perempuan tu tahu tak pemenang sebenarnya siapa? Lagipun dia ke sini sebab terpaksa, bukannya dia nak sangat kahwin. Muda lagi kot. Lagipun putera mahkota tua 10 tahun dari dia. Tak nak dia. Memandangkan Adalina dah banyak buat dia sakit hati, rasanya dia patut susahkan perempuan tu kali ni.

Dengan sengih jahatnya, Dania kemudiannya jalan merentasi koridor itu untuk dapatkan Adalina. Tidak lama dia berjalan, kelibat Adalina kelihatan dari hujung laluan luas depannya tiba-tiba. Terkejut melihat Adalina, Puteri Dania pun jalan laju-laju ke arah itu.

Setibanya di selekoh dan baru saja hendak membelok, suara orang marah-marah buatkan Dania terperanjat sehingga dia cepat-cepat kembali sorokkan diri dekat tepi dinding lalu memasang telinga.

"No! Ada tak nak! Bonda dengan ayahanda dah janji!"marah Adalina.

Dania yang dengar berkerut kening. Dah kenapa pulak tu?

"Bonda! Jangan letak phone tu. Ada belum habis bercakap dengan bonda lagi.."marah Adalina lagi melalui panggilan telefon tu.

Dania dekat situ hanya berkerut kening tak faham. Dia diam tidak munculkan diri kerana tidak mahu menganggu.

"Hello?Bonda?"ulang Adalina dengan nada jengkel sebelum bunyi tumit tinggi berdetak ke satu arah kedengaran menjauh.

Perlahan-lahan, Dania pun intai ke tepi dinding untuk lihat sama ada Adalina ada lagi atau tidak. Sekali lepas dia pandang, Adalina sudahpun menjauh dari situ. Keluhan mengalah lepas dari bibirnya. Nampaknya terpaksa la dia batalkan niatnya. Adalina mesti ada masalah yang perlu difikirkan dari terganggu dengan ideanya ini.

19. Royal Pain In The AssWhere stories live. Discover now