61. The King

2.3K 176 2
                                    

Hujung minggu itu Adalina habiskan masa bermain tenis bersama dengan Kian dan ayahanda Kaden di pusat gelanggang tenis milik keluarga itu. Memandangkan sudah lama tidak bersenam mengeluarkan peluh. Adalina minta mereka untuk sertainya.

Selepas habiskan tiga pusingan di antara Ayahanda Kaden dan Kian silih ganti selama dua jam, akhirnya mereka bertiga duduk melepak di bawah gazebo kecil di tepi gelangang tersebut. Sambil ambil angin sambil tu mereka berborak akan itu dan ini sambil dikawal oleh sekumpulan pengawal keselamatan di sekeliling tempat tersebut.

"Macam mana dengan kerja kamu?Adakah kamu masih siapkan esei pelajar-pelajar lagi?"tanya Ayahanda Kaden pada Adalina.

Adalina yang sedang mengelap peluh di sekitar leher dan dahinya mengangguk kepala. "Ya.."

"Tak rasa bosan ke hadap buku je?"tanya Kian pula.

"Kau..tak rasa bosan ke tanya soalan yang sama banyak kali dekat aku?"getus Adalina pada Kian setelah itu.

"Omo...tengok tu. Kita tanya elok-elok boleh pulak tunjuk perangai sassy dia dekat kita?Ayahanda tengok Adalina ni.."rajuk Kian yang saja buat perangai seperti abang mengadu barangnya di ambil dengan adiknya.

Ayahanda Kaden yang sudah terbiasa dengan perbalahan dua orang ini hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. DIa capai botol mineralnya lalu di buka penutup itu. Baru saja dia nak bawa botol itu ke mulutnya, mata dia ternampak kemunculan kelibat seseorang dari pintu masuk gelanggang tenis tersebut. Terus tak jadi dia nak minum.

"Kian.."panggil Kaden tanpa alihkan matanya dari arah pintu masuk tu.

Kian yang sedang menjelir lidah ke Adalina palingkan kepala ke ayahanda. "ya saya."

Kening Kaden berkerut. "Um..kamu ada pelawa seseorang ke sini sekali ya?"tanya Kaden sebelum menjuih dagu ke anak muda lampai yang memegang sesuatu dekat tangan sedang berjalan ke arah mereka.

"Huh?Siapa?"Kian pun palingkan kepala ikut arah yang dijuih oleh ayahandanya.

Adalina yang ingin tahu pusingkan badan dia untuk pandang ke belakang. Sekali lepas dia pandang, keningnya terangkat tinggi sebab terkejut. Dah kenapa pulak lelaki ni datang ke sini?

Tangan Kian naik memegang lengan Adalina lalu di tepuk. "Ad...kau buat apa sampai putera mahkota Addison ke sini?"tanya dia dengan muka tercengang! Pergh! Handsome gila! Dia pula rasa macam ubi kentang dekat sini bila tengok.

Adalina yang tengok dah ternganga macam fangirl. Terpegun sendiri bila tengok lelaki yang segak mengenakan pakaian casual dan bercermin mata hitam berjalan seperti model sendiri menghampiri mereka. Kalau ikutkan hati mahunya dia melompat dari kerusi ni dan terkam lelaki tu. Tapi entah kenapa punggungnya melekat dekat kerusi ni tak nak bergerak.

Tidak lama kemudian, Addison tiba di bawah bumbung gazebo itu. "Selamat siang semua."sapa Addison dengan gaya magestic dirajanya.

Secara automatik Kaden dan Kian berdiri nak sambut kehadiran bakal raja mereka itu lalu beri tunduk hormat dengan tangan di dada. Kecuali Adalina yang hanya berdiri dekat situ dongak memandang Addison.

Addison kerling ke Adalina melalui cermin mata hitam yang di pakai lalu pandang semula ke dua lelaki di depannya. "Maaf sekiranya menganggu.."

"Eh..tidak mengapa tuanku. Kami sendiri baru saja selesai."beritahu Kaden.

Kian mengangguk kepala tidak bersuara.

"Kalau begitu, tidak mengapa kan sekiranya saya pinjam Adalina sebentar?"tanya Adddison lagi.

Dengan serentak dua beranak itu ajukan tangan dan berkata pada masa yang sama. "Sudah tentu. Tak mengapa. Kami tinggalkan kalian berdua kalau begitu.."

Adalina tersentak. Dia pandang terkejut ke Ayahanda Kaden dan Kian dengan mata menjegil bulat. Hiish! Pengkhianat betul! Ada ke patut tinggalkan dia sendiri dengan lelaki ni. Memang tak la.

"Kami pergi dulu ya..ambil la masa selama yang mahu."Kaden pegang lengan Kian lalu tarik anaknya bersama untuk lekas-lekas tinggalkan dua orang. Tak nak masuk campur, nanti tak pasal-pasal masalah datang.

Adalina ikut berdiri dari situ mahu mengikut mereka. "Eh...tunggu!"panggil dia yang berpusing nak guna jalan satu lagi memandangkan Addison halang laluan utamanya.

Tanpa bergerak banyak, Addison gunakan tangan dia yang panjang itu untuk capai lengan Adalina dan di cengkam kuat lengan tu.

Ibarat terasa seperti di renjat eletrik badan Adalina terus tegang. Dia menahan nafas terkejut dan membatu serta merta di situ. Oh sh*t! Apa pulak ni! Perlahan-lahan dia palingkan kepala ke kanan.

Addison tanggalkan cermin mata hitamnya dengan tangan yang sedang memegang sekeping sampul surat tanpa lepaskan lengan Adalina. Tertanggal saja cermin mata itu dari wajahnya, Addison berikan renungan dalam serius dengan kening mencerun ke Adalina.

Adalina yang bertentang mata dengan mata Addison tanpa sedar terus menggigit bawah bibirnya. Sh*t betul! Asal pakcik ni makin lama makin handsome. Tak boleh handle betul la! Lemah lutut dia dibuatnya. Tak guna betul!

"Duduk dulu."arah Addison sambil gerakkan matanya ke kerusi.

Adalina gerakkan lengan yang di pegang Addison mahu lepaskan diri. "No."tegasnya.

"Sementara saya cakap elok-elok baik awak dengar Adalina."pesan Addison dengan nada tegas dan suara dalam seriusnya.

Adalina berdengus mengejek sambil tarik sengih mengejek. "Kalau saya tak nak dengar apa awak nak buat?Lepas la!"berontaknya sambil pulas-pulas lengannya dari balik cengkaman besi jari jemari Addison. Kuat betul! Jari ke kuku besi ni!

19. Royal Pain In The AssWhere stories live. Discover now