26. Makan Malam Tak Kenyang

2.4K 202 3
                                    

Princess,

Semua fikir kalau menjadi tuan puteri hidupnya semuanya indah, gembira,bahagia...

Apa yang diminta akan dikurniakan, apa yang dimahukan dijadikan kenyataan, apa yang dimpikan menjadi reality..

Little did they know....

Hidup menjadi tuan puteri ini jauh bezanya dari semua tu. Kenyataannya, cerita dongeng sendiri tiada yang indahnya.

Contohnya cerita, The Sleeping Beauty. Puteri Aurora tidak sedar kerana di cium oleh putera idaman, tapi sebaliknya di dihamilkan dalam tidurnya dengan putera itu dan sedar apabila anak yang dihamilkannya itu hisap racun keluar dari badan melalui jari kelingkingnya. Cinderella, ianya bukan happy ending sebab dua orang kaki tiri Cinderella sanggup kerat tumit dan jari kaki mereka semata hendak muatkan kaki mereka ke dalam kasut berkaca. Putera Katak, dia tidak jadi manusia selepas di cium dengan puteri, tapi sebaliknya puteri itu lempar katak itu ke dinding hingga buatkan putera katak itu berkecai sama-sama dengan ego putera katak tu.

See nampak tak major problem semuanya datang dari siapa?

LELAKI.

Kerana lelaki wanita sanggup sakiti diri mereka sendiri.

Kerana lelaki mereka sanggup lakukan sesuatu yang boleh jejaskan diri sendiri.

Kerana lelaki, hidup perempuan tak pernah nak happy.

That why dia lebih prefer single dari in relationship.

Dia pulak yang tak senang duduk di buat orang sebelahnya.

Orang lain elok je duduk menikmati makanan, tapi orang sebelah dia dah macam cacing kepanasan pulak. Serupa macam budak kecik yang tak reti nak bertenang.

Merinding rimas di buatnya.

"Puteri Adalina...kenapa ni?Boleh tak duduk diam-diam?"tanya Puteri Andalusia dengan kening berkerut.

Adalina melompat terkejut dekat tempat duduknya. Dia palingkan kepala ke sisi dengan mata terbutang luas. "Kenapa dengan saya?" tanya dia dengan muka bingung.

Puteri Andalusia pasang muka 'seriously'pada Adalina.

"Kamu tu hah...kenapa?Sejak tadi saya perhatikan macam tak senang. Kaki tu menggigil sampai kerusi saya ikut bergoyang, jari tu boleh tak berhenti ketuk-ketuk meja. Tak sopan tahu."tegur Puteri Andalusia sambil juih bibir ke kaki Adalina bawah meja dan tangan yang ada dekat sebelah pinggan.

Adalina tunduk pandang kaki, bila dia nampak kakinya menggeletar macam kena Parkinson dia pegang kakinya dengan tangan yang dia guna untuk ketuk meja. "Sorry."ucapnya.

Puteri Andalusia pandang pelik ke Adalina. "Kamu tak apa-apa ke?Sejak tadi saya perhati seperti ada yang menganggu kamu?"

Adalina pandang ke Puteri Andalusia dengan renungan teragak-agak. Kalau dia sendiri tengah mental breakdown macam ni, mana la dia boleh jelaskan dirinya. Serius, dia terkejut sangat lepas pertemuannya dengan Raja Josiah siang tadi. Dia rasa kejung dan terkejut sangat.

Situasi ditambah lebih buruk lagi bila Putera Mahkota yang duduk dekat seberang meja tiga kerusi dari Adalina sedang duduk, sejak tadi tak henti-henti dari pandang ke arah dia. Sejak mula makan malam sehingga la sekarang mata lelaki itu hanya terarah padanya.

Tak hairan la kenapa ramai wanita tergila-gilakan lelaki ni. Auranya...fuhh! Memang tak boleh bawak bincang woah. Berdesup terus masuk menusuk ke dada. Namun semua itu tak boleh di bandingkan dengan rasa kesal yang dia sedang rasakan sekarang ni. Berani betul lelaki tu jadikan dia sebahagian dari collection lelaki tu.

"Hello. Adalina...kamu dengar tak ni?"Puteri Andalusia goyangkan badan tu bila Adalina termenung pandang dia macam patung. Tahu la comel, tapi jangan la pandang dia macam tu. Buat seram je.

"Hah?"nganga Adalina lagi. Dia betul-betul sudah putus neuron, sel-sel otaknya tidak lagi berhubung. Kepalanya kosong, lidahnya kelu tak terkata. Badan dia jangan cakap. Longlai gemalai macam obor-obor dah ni.

"Biarkan je la dia tu...mengantuk lagi agaknya. Dari tuan puteri asyik sibuk tanya dia baik tuan puteri makan saja."sampuk Puteri Felia yang duduk menghadap Puteri Andalusia. Dia saksikan semua tu sejak tadi.

Adalina pandang Puteri Felia sebelum tunduk memandang makanannya. Sedap saja hidangan hari ni, tapi dia tak ada selera nak makan. Hmm!

"Nampaknya hidangan malam tidak menarik selera kamu ya tuan puteri Adalina?"tegur Raja Josiah tiba-tiba.

Kepala Adalina tersentak memandang Raja Josiah serta merta. Buatkan dia ikut terpandang Ratu Annatasia pada masa yang sama.

"Kamu nak tukar hidangannya?"tanya Ratu Annatasia pula.

Adalina geleng kepala. "Tidak mengapa. Saya akan makan."katanya sebelum capai garfu dan tikam kentang rebus dalam pinggannya lalu disuap ke dalam mulutnya besar-besar sambil buatkan pipinya kembung.

Raja Josiah tarik sengih bangga dia lepas Adalina tak cuba tunjuk tantrum atau perangai pada malam ni.

Ratu Annatasia pandang tak suka ke Adalina.

Sementara Putera Addison hanya tersengih nipis sewaktu tunduk menikmati makanannya.

Puteri Dania yang perasan akan perubahan sikap Adalina hanya diam memerhati. Sejak petang tadi, Adalina bersikap aneh, Seperti ada yang menganggu fikiran gadis itu.

19. Royal Pain In The AssWhere stories live. Discover now