57. Target Aim

2.3K 174 0
                                    

Dari atas ke bawah dia lirik akan wanita yang sassy mengenakan pakaian dress club di badan berwarna hitam dedah bahu serta tepi perut para lutut itu dengan sengih meleret. "Saya tak tahu pulak date saya malam ni lebih hot dari saya?"selorohnya.

Adalina pandang dumbfounded ke depannya dimana lelaki lampai yang mengenakan pakaian sama warna dengannya iaitu hitam sedang berdiri. Dia ada jemput sekali ke?

Masa itu Kian yang baru keluar dari kereta dekati mereka lalu berdiri di sisi Lucile. "Lama ke kau tunggu sini?"tanya dia pada Adalina.

"Why he here?"tanya Adalina dengan kening berkerut tak suka. Dia hanya ajak Kian saja. Nanti kan kacau pulak pelan dia kalau lelaki ni menyemak sama.

Kian pandang ke Lucile lalu rangkul bahu rakannya itu. "La...kau kata hari tu dengan aku suruh kenalkan dia pada kau.."kata Kian sambil kenyit mata ke Adalina beri maksud.

Mulanya Adalina tak faham tau. Dia buat muka sambil kerutkan kening masa nampak Kian terkenyit-kenyit mata macam kena sawan. "Kau dah kenapa?Sakit ke mata tu?"tanya dia blur-blur.

Kian buat muka kesal sambil menjuling mata. Alahai apa ke bebal sangat sepupunya ni. Kata hari tu suruh kenalkan orang yang ada kaitan dengan Angelus. Hah..ni dia dah bawa kan la ni. "Ad..kenalkan ini adalah Lucile Angelus...dia adalah rakan satu fakulti dengan aku dan jugak satu kelab tempat aku belajar."

Lepas Adalina dengar perkataan terakhir pada nama pun, mulut Adalina terus terjatuh dan dia pandang terkejut. What the f*ck!

Takkan la....

"Hai...kita jumpa lagi."senyum Lucile kepada Adalina. "Hari tu saya tak sempat nak kenalkan diri lebih lagi pada awak sebab awak pergi macam tu saja dari situ malam tu."beritahu Lucile sewaktu pandang dengan minat ke Adalina.

Dengan muka mengalah, Adalina hanya mampu bayangkan dia tepuk dahinya dalam imaginasi. Aduhai. Jangan beritahu dia yang Lucile ni abang kepada Dania. Please! "Ah..ya. Apa-apa je la..jom kita masuk."ajaknya semasa berpaling dari situ sambil kuak rambutnya ke belakang dengan mata terpejam dan bawah bibir di gigit geram. Haih...macam mana boleh jadi macam ni pulak! Habis pelan dia nak menggoda terpaksadi batalkan lepas dapat tahu Lucile orangnya. Dah la dari awal lagi dia dah tunjuk perangai bitchnya pada Lucile. Kalau dia tiba-tiba buat perangai menggoda. Lelaki tu mesti la pelik.

Kacau betul!

Kian muncul dekat sisi Adalina sesaat kemudian lalu rangkul bahu Adalina kemudian. "Kenapa?"bisiknya di telingat Adalina. "Kau yang mintak hari tu kan?"

Adalina palingkan kepalanya ke Kian lalu bertemu muka dengan lelaki tu sewaktu tiba di depan pintu masuk dimana dua orang bouncer sedang mengawal pintu tersebut. "Aku tak tahu orang yang aku minta tu adalah Lucile. Macam mana aku nak goda dia kalau awal-awal lagi aku dah buat perangai tak guna aku dekat dia?"desisnya sambil menjegil mata kebengangan.

Sambil pandang Adalina, Kian serahkan kad emas VIP pas masuk ke pada bouncer itu. "Siapa suruh? Habis tu macam mana sekarang ni?"tanya dia sambil kerling ke Lucile dekat belakang yang mengekori mereka dengan tangan dalam poket seluar.

Bouncer itu capai kad tersebut dari tangan Kian lalu pandang ke Adalina di sebelah lelaki itu. "Dua orang saja?"tanya dia.

"Tak...tiga..kawan kami sekali dekat belakang ni."tunjuk Kian ke Lucile.

Bouncer itu beri anggukan beri izin sebelum serahkan semula kad tadi kepada Kian lantas membuka pintu tersebut untuk mereka lalu.

"Kau beritahu dia apa-apa mengenai rancangan aku ke?"tanya Adalina semasa mereka berjalan masuk ke dalam kelab malam itu saling bergandingan.

Kian dekatkan mulutnya ke Adalina bila bunyi bising dari rentak lagu yang dimainkan mula memekakakn persekitaran mereka. "Aku beritahu dia kau perlukan date untuk malam ni je release kan tension. Dia setuju je."

Adalina silangkan tangannya ke dada sebaik tiba di tingkat bawah kelab malam tersebut. terus lari mood dia!

"Kau try la...lagipun ada sesuatu yang aku kena beritahu kau awal-awal"laung Kian dalam kepekakan itu.

Adalina palingkan kepala ke Kian dengan kening berkerut sebab sakit mata dengan lamput flash kelab malam yang berkelip-kelip rancak ikut rentak lagu. "Pasal apa?"

Kian tersengih nakal lantas kembali dekatkan mulut ke telinga Adalina lantas berkata. "Dia minat dengan kau sejak kali pertama dia Nampak kau dekat parti hari tu...so good luck!"setelah itu Kian jauhkan diri dari Adalina sebelum beri isyarat pada Lucile supaya mendekat.

Bila Lucile berdiri dekat belakang Adalina, Kian melaung pada rakannya itu. "Aku pergi dulu. Kau tengokkan Adalina!"beritahunya.

Lucile beri tanda okay sambil angguk kepala faham.

Sementara Adalina yang pandang sekeliling kelab tu dengan muka bengang dia. Rasa macam nak balik pun ada. Urgh!

Kian pun pergi la dari situ. Tinggalkan dua orang tu di situ sebelum menghilang dari balik kesesakan manusia di situ.

19. Royal Pain In The AssWhere stories live. Discover now