Bau ubat dan antiseptic terus menyapa rongga hidung dia sebaik saja dia jejak kaki dalam ruangan tu. Tanpa menghasilkan bunyi yang banyak dia jalan dengan senyap ke dalam ruangan tersebut sambil disapa oleh ibu Kian dan suami wanita itu. Ibubapanya pula ada berdiri dekat sebelah katil yang satu lagi saling merangkul antara satu sama lain.
"Kamu dah sampai?"senyum Bonda Farah pada Adalina dengan suara berbisik.
Adalina peluk kejap tubuh tu lalu di tepuk belakang tersebut dengan kasih. "Hai bonda."sapanya pada kakak kepada bonda kandungnya. Disebabkan keluarga mereka rapat, dia sering gelar ibu Kian sebagai bonda, begitu juga dengan dengan Kian, lelaki itu turut menggelar ibunya sebagai bonda.
"Syukur la kamu dah sampai. Pergi la sapa datuk kamu.."ayahanda Kaden tepuk belakang badannya pula.
Adalina pandang ibubapa saudaranya itu lalu mengangguk kepala patuh. Takut-takut, Adalina dekati katil tu sambil util kuku di jari jemarinya kerana resah. Dan seakan seperti dapat kesan kehadirannya di situ, orang tua yang terlantar di katil itu buka mata lalu terpandang akan dia.
Masa ini la, dadanya mula sebu dan air mata mengancam mahu tumpah ke pipi. "Aiden...kamu dah sampai!"gagau Datuknya sebaik melihat dia di sebelah katil tu.
Sampaikan mereka yang ada dalam bilik palingkan kepala ke arah gadis yang di panggil Aiden dengan muka serba salah.
Siapa kata dia seorang yang kuat?Dan kenapa orang panggil dia sadis?Kenapa dia rasa hidup ni tak pernah nak adil?Dan kenapa dia bencikan kehidupan terkawal seperti ini?Semua ini kerana apayang berlaku dalam hidup dia.
Aiden tinggalkan kerajaan sebab pilih mahu hidup menjadi rakyat biasa kerana tak dapat nak ikut semua aturan dan adat istiadat di raja. Sementara datuknya ini terlalu cinta akan cucu lelaki sulung diraja sampai jatuh sakit dan diserang penyakit nyanyuk sampaikan dia sendiri di salah ertikan sebagai orang lain.
Dan kini penyakit ini semakin lama semakin teruk dan mula memakan badan tua ini di tambahkan lagi dengan orang-orang yang tak senang tengok dia hidup mula menghantui kententeraman orang tua ini. "Hai..."sapa Adalina dengan mesra semasa ambil tempat di katil tu dengan perlahan-lahan.
"Ke mana kamu telah pergi Aiden..kenapa lama sangat nak sampai ke sini?"tanya suara serak sakit tu.
"Bukan Aiden, ini Adalina."ulang Adalina dengan sabar dan lemah lembut.
Farah dan Kaden yang lihat turut sebak. Mereka masing-masing palingkan kepala ke arah lain untuk menutup muka menangis mereka.
"Tak..kamu Aiden. Atuk tahu ini kamu. Cucu kesayangan atuk. Maafkan atuk Aiden. Atuk tahu atuk salah. Atuk tak patut desak kamu untuk berkahwin dengan tuan puteri tu sampai macam-macam cerita tentang kamu tersebar"kata datuk Adalina yang fikirkan apa yang dia Nampak dan apa yang dia dengar semuanya mengenai Aiden bukan Adalina.
Tidak dapat lagi membendung air matanya Adalina tertunduk ke bawah lalu merehatkan kepalanya ke dada datuknya dan mula menangis. "Aiden tak ada dekat sini Atuk...dia dah tinggalkan kita lama dulu."beritahu dia teresak-esak.
Belakang kepala Adalina di pegang oleh atuk itu lalu ditepuk perlahan. "Atuk salah Aiden. Sebab itu atuk mahu menemui kamu. Untuk mohon maaf pada kamu. Jadi jangan la buat masalah lagi."minta suara tua itu dengan susah payah.
Bersama air mata berlinangan di pipi, Adalina pandang wajah tenat datuknya dengan kening berkerut sedih. Aiden pun Aiden la...asalkan orang tua ini puas hati, dia tak apa-apa. "Baik atuk...Aiden janji. Aiden takkan buat semua tu lagi."
Tersenyum bibir tua lagipun pucat kelabu itu lepas dengar. "Ini baru la cucu kesayangan datuk.."sebutnya semasa angkat tangan menekup pipi Adalina.
"Aiden maafkan atuk. Aiden tahu apa atuk buat adalah untuk kebaikan semua orang. Jadi Aiden tak pernah salahkan atuk untuk semua yang dah terjadi. Jadi jangan la risau."pujuk Adalina sambil tepuk tangan yang ada di pipinya itu dengan perlahan. Sebab ini la dia nekad sangat nak cari tahu dimana Aiden berada. Dia lakukan semua ini untuk penuhi keinginan terakhir datuknya.
Dia sanggup hadirkan diri ke pelbagai janji temu dengan pelbagai lelaki supaya bonda dia boleh beritahu dia dimana keberadaan Aiden dan benarkan dia temui lelaki itu. Tetapi tidak, ayahanda dan bondanya malah sertakan syarat baru pada dia. Sekiranya dia temui putera mahkota mereka akan tolong carikan Aiden. Namun lain pula jadinya bila Addison sendiri tawarkan diri untuk bantu dia cari Aiden. Dan sekarang semuanya porak peranda kerana khabar angin dan scandal yang disebarkan oleh Keluarga Dania semata mahu tempatkan Dania sebagai calon isteri Addison!
"Sekarang boleh la atuk pergi dengan tenang ya?"tanya datuk Adalina sambil tersenyum nipis.
Adalina menggeleng kepala. "Tunggu sekejap lagi boleh?"tanya dia saat air mata menitis turun dari kelopak matanya.
"Sakit Aiden...atuk tak larat...semuanya sakit."adu orang tua itu dengan lirih.
Adalina ketap giginya menahan diri dari meraung dekat situ. Nafasnya tertahan-tahan kerana terlalu sebak. "Kalau macam tu, atuk pejamla mata. Aiden janji, kalau atuk pejam sakit tu akan hilang."dalam keadaan terketar-ketar, tangannya menepuk dada tu dengan lembut.
"Kamu temankan atuk dekat sini ya?"
"Ya...Aiden temankan atuk."angguk Adalina sewaktu tatap wajah itu.
Suara esak tanggis yang sedih mula kedengaran dari Permaisuri Fiona lalu diikuti Bonda Farah tidak lama selepas itu.
Adalina perhatikan mata itu perlahan-lahan terkatup dan dada yang kurus hingga menampakkan rangka mula naik turun dengan perlahan sebelum berhenti dari bergerak sepenuhnya detik demi detik.
"Ayahanda!"raung Permaisuri Fiona yang naik ke atas katil dan terus menyembamkan muka ke dada itu dengan hysteria. Raja Eden dapatkan isterinya lalu cuba di pujuk.
Sementara Bonda Farah telah terduduk dekat lantai tu dalam pelukan suaminya.
Manakala Adalina hanya termenung di situ memandang wajah tua tersebut. "Maafkan Adalina sebab tak dapat temukan atuk pada Aiden lebih awal."ucapnya dengan perlahan dari balik suara tanggisan bondanya di situ.
YOU ARE READING
19. Royal Pain In The Ass
General FictionRule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu keluar dan pintu masuk, sejak dia tahu apa itu peraturan, sejak tu dia telah berikrar! Yang dia takkan...