Akhirnya selepas penantian selama dua minggu, tiba la masanya untuk test terakhir sebelum pemilihan calon isteri putera mahkota berakhir. Semua orang nantikan hari ini. Kerana mereka ingin tahu siapa yang bakal terpilih.
Adakah Puteri Dania yang terkenal dengan sikap tenang dan collectednya dan delicate.
Atau
Adakah Puteri Adalina yang terkenal dengan sikap berterus terang dan selamba tak peduli pandangan orang lain yang bakal di pilih.
Maka pada pagi Isnin, Ratu Annastasia telah buat keputusan untuk maklumkannya sewaktu makan pagi di ruang makan memandang Raja Josiah akan pulang tak lama lagi. Dia fikir eloknya di selesaikan sebelum suaminya pulang supaya lebih mudah.
Setelah Puteri Andalusia dihantar keluar dari istana. Adalina telah minta Addison uruskan soal keberadaan Loui dan maklumkannya kepada Puteri Andalusia. Lelaki itu menurut seperti yang Adalina minta. Dan sehari selepas itu, Adalina dapat makluman dari Puteri Andalusia melalui media social dimana wanita itu post status dimana dia bergambar dengan Loui sambil mengucup pipi lelaki tu Bersama cincin lamaran di jari manis dia. Berasa puas hati dengan keputusan yang di terima Adalina pun menerima permintaan Addison untuk memenangi pusing terakhir ini dan lakukan sebaik mungkin.
Namun apakan daya, kita manusia hanya bisa merancang, tapi Tuhan yang menentukannya.
Knock!
Knock!
Pintu bilik di ketuk sebelum daun pintu itu di tolak ke dalam tanpa menunggu orang di dalam menyahut.
"Tuan puteri.Sesi makluman untuk test terakhir akan ber-"Dayang Lucia terdiam bila nampak Adalina duduk dekat birai katil dengan telefon melekap dekat telinga dan berwajah muram.
"Faham."balas Adalina dengan nada mendatar.
Dayang Lucia berdiri diam dekat situ. Dia pandang Adalina dengan renungan ingin tahu.
"Anakanda akan maklumkan kepada mereka."jawab Adalina lagi. Dia diam memandang ke lantai dengan renungan sugul sewaktu mendengar apa yang disampaikan oleh ayahandanya dalam panggilan.
"Ayahanda telah maklumlan hal ini kepada Raja Josiah. Baginda telah berikan titah rasmi. Jadi kamu boleh kemas dan pack secepat mungkin kerana orang ayahanda sudahpun dalam perjalanan ke sana."ujar Raja Eden dalam panggilan.
Adalina yang dengar hanya mampu mengangguk kepala. "Baik."
"Itu saja. Yang lain kemudian setelah kamu tiba di Ronia nanti."panggilan itu terputus.
Bersama wajah tiada semangatnya, Adalina turun telefon skrin sentuh dari telinga perlahan-lahan sebelum tangan dia jatuh di riba tiada tenaga. Elok tadi dia bersemangat hendak jalankan misinya. Kini semua tenaga itu terbang Bersama rohnya yang bergetayang keluar dari tubuh sebaik mendengar berita yang disampaikan oleh ayahandanya sebentar tadi.
"Tuan puteri.."panggil Dayang Lucia tidak lama selepas itu.
Adalina pun angkat kepala dia tida mood dan memandang Dayang Lucia. "Coming."sambutnya sebelum bangun dari katil tu dan mula berjalan menuju ke Dayang Lucia.
Hairan dengan air muka Adalina yang kelihatan mendung seperti mahu hujan, Dayang Lucia pegang lengan Adalina dan berjalan sama-sama menuju ke arah pintu. "Tuan puteri tak apa-apa?"tanya dia sambil tilik tepi muka tu.
Adalina hanya diam menundukkan pandangannya ke lantai. "Tak ada apa-apa."balasnya sebelum angkat kepala dan pandang ke depan dan pasang muka seperti tiada apa-apa yang berlaku. "Jom la."ajaknya.
Masih ragu-ragu dan tidak pasti sama ada patut percaya atau tidak dengan jawapan Adalina, Lucia hanya menurut. Dia jalan Bersama Adalina sehingga tiba di ruang makan.
YOU ARE READING
19. Royal Pain In The Ass
Ficción GeneralRule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu keluar dan pintu masuk, sejak dia tahu apa itu peraturan, sejak tu dia telah berikrar! Yang dia takkan...