🖤🤍🤍🖤

113 2 0
                                    

Pagi yang indah untuk permulaan hari baru. Langit mendung diiringi tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menemani langkah kakiku.

Penat bersengkang mata semalaman kerana tugasan hakiki seolah dibawa pergi. Walau hakikatnya mata sudah meminta untuk dilelapkan. Namun, hati tetap dihujani rasa bahagia. Mungkin kerana baru lepas membeli santapan untuk pagi ini.

Dalam meneruskan langkah kaki, tiba-tiba terlintas difikiran untuk dipertemukan dengan dia. Hanya senyuman yang mampu diukir bila tentang dia muncul. Mustahil untuk dia muncul di depan mataku saat ini.

Akhirnya, aku tiba ke tempat yang dituju. Selesai punch out, kaki laju melangkah untuk pulang ke asrama.

Dia.

Ya, dia muncul di depan mataku.

"Ya Allah, adakah ini mimpi? Mustahil sebab aku belum tidur lagi."

Monolog di hatiku mengambil alih.

Mata dia melekat pada handphone ditangan dan paling penting kelihatan bibirnya mengukir senyuman manis dipandangan mataku.

"Alangkah indahnya jika senyuman itu untuk aku di depan dia ketika ini. Segak bergaya dia mengenakan kemeja putih bertali leher merah. Warna kegemaran aku pula tu. Mana tak cair hatiku untuk dia."

Aku masih berbicara sendiri sambil perhatikan dia. Bukan senang nak dapat peluang menatap dia.

Aku dan dia berselisih menuju haluan bertentangan dan senyuman masih setia menemani wajahku selepas melepasinya.

Aku pujuk hati untuk tidak menoleh ke belakang kerana ramai mata di sekitar bangunan ni. Siapa tahu ada antaranya yang punya rasa yang sama pada dia. Maklumlah dia antara yang menjadi rebutan hati dalam diam ramai pihak.

Boleh dah nak mimpi indah bila lelap mata nanti.

Sebenarnya hingga ke saat ini aku masih belum temui jawapan yang pasti tentang perasaan aku pada dia. Aku suka dia? Dalam pada masa yang sama, aku perlu lupakan dia walau terlalu sukar untuk melakukan hal itu.

Entahlah, aku betul-betul tidak yakin tentang apa perasaan aku pada dia!

Siapa dia? Siapa aku? Macam mana kami dipertemukan?

Nak tahu?

Jom ikuti kisah yang penuh persoalan perasaan yang tiada henti.

_SEPTEMBER2020

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now