🖤BAB 14🖤

23 2 0
                                    

"Nurse, slip ubat ni dah expired. Kena indent baru. Jadi, kita tak bagi laa ubat ni."

Terkejut dan kecewa bila aku dengar ayat yang dituturkan oleh pegawai farmasi di depan aku.

"Jadi, memang saya tak boleh ambil ubat ni?"

Aku masih bertanya untuk kepastian. Jauh kot nak patah balik ke wad semata-mata nak suruh doktor tulis slip ubat baru.

Aku sedar silap aku yang terus turun tanpa check betul-betul tarikh pada salah satu slip ubat yang aku bawa tadi. Jadi, mendapat laa aku buat kerja sia-sia hari ini.

"Memang tak boleh. Tetap kena tulis baru."

Tegas tapi tetap manis melemparkan senyuman. Terubat sikit rasa kecewa aku. Lagipun, memang dah silap aku.

Jadi, dalam berat hati aku tetap berlalu pergi dan menuju ke wad untuk indent dalam slip ubat baru. Pertolongan dari doktor untuk tulis semula ubat itu diperlukan.

"Ikhmal, awak kat mana? Turun sekarang dan bawa slip ubat sekali. Kalau tak de pun cari sampai dapat slip ubat tu. Saya tunggu awak kat ground floor."

Aku terus letak call dan tunggu dia datang.
Kalau sayang mesti datang.

Aku dah penat turun naik dari wad beberapa kali hari ni sejak masuk shif sampai sekarang. Mana nak hantar patient urgent ke CT suite dan ambil ubat urgent lagi. Ni turun lagi untuk ambil ubat dan aku kali ini terlupa tengok tarikh dekat slip ubat. Sia-sia je turun tapi tak dapat semua ubat yang perlu untuk petang ni.

Sampai tingkat 6, pintu lif terbuka dan aku terus keluar menuju ke wad. Khayalan tentang Mr Ikhmal terus berlalu pergi.

"Doktor tolong tuliskan semula T. Bactrim ni. Ubat dah habis. Saya nak turun ambil sekarang"

Sambil aku tunggu doktor tulis ubat. Aku terus membuat panggilan kepada pegawai farmasi oncall untuk turun ambil ubat. Walau diorang dah tahu aku akan turun lagi. Tetap aku ulangi perkara yang sama seperti sebelum ini. Prosedur yang aku kena ulangi bila aku telah buat kesilapan tadi.

Akhirnya, selesai juga ambil ubat. Sampai wad aku terus menunaikan solat maghrib. Takut terlepas jika aku terus lengahkan. Lagipun ubat yang aku ambil tadi untuk serve pukul 8pm. Curi masa sekejap jumpa kekasih abadi dalam kelapangan rasanya tidak salahkan?

Dalam sibuk memeriksa vital sign untuk penutup shif petang ini. Round malam pun bermula bersama pakar. Ternyata bukan dia yang dinanti untuk oncall hari ini. Penantian yang tiada kesudahan juga untuk kali ini.

Disebabkan Mr Ikhmal tidak lagi incas wad. Memang susah untuk terserempak dengan dia pada hari biasa kerana dia sibuk uruskan pesakit di klinik. Hanya berpeluang jumpa dia bila oncall sahaja. Itu pun sangat jarang untuk nampak dia.

Kalau nampak pun  sekejap je. Dia bukan lama kalau masuk memeriksa pesakit yang tidak kritikal. Sebab tu kalau nampak dia, tengok terus kalau tak memang melepas laa peluang untuk tatap dia. Siap bagi plan, dia akan terus keluar. Dah macam ada kekasih duk tunggu bila dia cepat sangat habis round. Okey, gurau je!

Shif petang pada hari ini berakhir dengan jayanya. Aku dan rakan seperjuangan yang lain mengucapkan salam perpisahan sebelum melangkah pulang ke rumah masing-masing. Seperti hari sebelum ini, aku sendirian melangkah pulang ke rumah.

Nasib hidup seorang bujang. Ke mana pergi pasti bersendirian. Hanya berteman bila berkesempatan satu shif dengan rakan yang berjiran satu taman dengan rumah aku. Sekarang ni, aku menyewa sebuah rumah yang dekat dengan hospital. Senang untuk aku yang tiada kenderaan sendiri berjalan dalam jarak yang dekat dari rumah ke hospital. Esok, shif petang juga yang menanti aku.

*****

Nasib hari ini tak sesibuk semalam. Dapat rehatkan sikit bebanan di kepala. Tapi, masih tak cukup staff sebab Kak Qis baru bersalin semalam. Tiada yang ganti kekosongan dia untuk petang ni. Disebabkan kubikel aku tidak sibuk lagi. Aku turun ke farmasi untuk ambil troli ubat yang tidak sempat diambil team shif pagi.

Dalam masa tunggu lif sempat lagi fikirkan dia. Bukan hari ni je, tiap kali tunggu lif mesti nak dia ada sama dalam lif bila terbuka nanti. Tetapi, sampai sekarang mana pernah naik satu lif lagi dengan dia. Dah bertahun berlalu, tetap sama.

Sampai di ground floor, aku terus menuju ke farmasi. Sebelum tolak naik troli ke wad, aku check setiap ubat yang dibekalkan. Takut tertinggal mesti kena turun lagi. Kesilapan semalam mengajar aku untuk tidak buat kerja kali kedua. Siapkan terus untuk kali pertama. Siap sign dalam fail bukti mengambil troli, aku terus tolak keluar troli dari farmasi untuk naik ke wad.

Bila nak keluar, tiba-tiba aku ternampak Mr Ikhmal melintas di depan aku. Macam mimpi, betul ke dia?

Aku berhentikan troli dan pusing ke belakang untuk melihat adakah itu memang dia. Ya, memang dia. Senyumanku terukir lagi. Dia melangkah tanpa sedar aku memerhatikan dia dalam diam. Hanya seketika kerana dia terus hilang bila melepasi pintu keluar bangunan. Aku berlagak biasa bila menyedari ada CCTV yang memerhati.

Perjalanan ke wad ditemani senyuman kerana dia yang muncul tanpa di sangka. Agak mustahil untuk berjumpa dia seperti tadi. Macam tahu-tahu je aku rindu, dia pun muncul.

Masih dia yang aku suka, berbaju batik warna coklat dan kasut coklat kegemaran dia. Setiap kali terjumpa mesti kasut tu je yang dia pakai. Pernah nampak dia berkasut lain tapi kebanyakkan masa memang kasut warna coklat tu.

Pembakar semangat betul untuk mulakan tugasan hari ni. Walau hadirnya hanya seketika. Cukup menceriakan aku. Walau tiap kali pertemuan hanya sering kali ditemani  diam tanpa teguran tapi sudah cukup bermakna.

Tiap bait katanya pernah buat aku benci masa pertama kali bersua. Kini, lebih ditemani diam. Hanya sekilas pandang jika bersua muka. Mungkin hanya aku yang simpan dia dihati. Mencari kelibat dia tiap masa. Dia hanya anggap aku sama seperti staf yang lain. Wajar diberi layanan yang sama. Oh, aku lupakan yang dia dah bertunang!

Hati boleh tak stop suka dia. Mata stop pandang dia dan otak waraskan sikit dari fikirkan dia. Walaupun dia yang mulakan semua ini. Ternyata dia juga yang mengakhiri.

"Aku perlu kuat melawan aura meminati dia.
Biar yang sempurna bakal menghiasi setiap hari indahnya. Aku perlu undur diri. Lagipun, aku perlu setia pada Encik Tunang. Mikha yang sebenarnya bakal aku miliki bukan dia, Mr Ikhmal yang aku suka dalam diam."

Aku harap tekadku kali ini bakal menjadi kenyataan. Aku perlu lupakan Mr Ikhmal.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now