🤍BAB 13🤍

32 3 3
                                    

Dia.

Lama tidak nampak kelibat dia. Hari ini muncul sebagai pakar oncall hujung minggu. Memang kebanyakkan hari untuk nampak dia hanya bila dia oncall hujung minggu atau hari cuti umum.

Sibuk tengok pesakit di kubikel acute. Aku hanya melintasi dan sekilas memandang dia kerana ingin menuju ke pantri untuk bancuh susu pesakit. Rindu nak tatap wajah dia. Tapi, kerja tetap diteruskan dan melupakan dia.

Tekad nak lupa dia. Tapi, hati tetap punyai rasa yang sukar ditafsir untuk dia.

Disebabkan hari ini aku double. Sekali lagi aku berpeluang menatap kelibat dia pada waktu petang. Datang untuk review pesakit yang baru masuk wad. Dia masih berbaju t-shirt berbelang hijau hitam yang sama. Wajahnya tetap serius tanpa secalit senyuman seperti pagi tadi.

Aku hanya melihat dari jauh dan meneruskan tulis report.

Seketika kemudian, report aku siap. Dia masih di sana bersama pesakit. Entah kenapa aku merekod video pendek dia secara sembunyi-sembunyi untuk beberapa saat.

Saat dia berjalan setelah siap memeriksa pesakit, pandangan aku masih mengiringi pemergiannya. Sekilas dia memandangku, mata kami bertentangan sesaat sambil langkah kakinya masih menuju keluar wad. Debaran terasa menusuk di hati.

"Risya, lupakan dia. Hati mohon jangan ada tersimpan nama dia lagi."

Aku pujuk hati untuk melupakan dia. Sukar tapi aku perlu paksa diri lupakan dia. Antara aku dan dia tiada jodoh.

*****

Beberapa minggu berlalu, kelibatnya masih tidak kelihatan. Mungkin dah mula cuti kahwin? Hanya video pendek yang aku rakam sebelum ini dijadikan sebagai pengubat rindu.

Ya, aku masih belum berjaya padam nama dia di hati aku. Keliru bila aku pilih untuk kahwin dengan pilihan keluarga aku tapi hati seakan menaruh hati pada Mr Ikhmal. Cinta, tapi aku tak sanggup kejar dia. Sayang, tapi aku rela lepaskan dia pergi pada tunangnya. Suka, ya hanya sebagai mengisi kekosongan yang masih ada.

Persiapan kahwin aku dan Mikha hampir siap. Majlis perkahwinan akan berlangsung pada awal bulan depan. Bersediakah aku terima dia? Aku kena lupakan Mikha sebagai langkah pertama. Berdosakan jika seorang isteri meletakkan lelaki lain di hatinya sedangkan suami tidak punya tempat. Apa erti perkahwinan jika tiada kejujuran dan penerimaan?

"Risya."

Aku hentikan langkah bila seseorang di depanku menegur. Anganku berterbangan. Aku tersedar dan memandang pada raut wajah Si Pemanggil namaku.

Dia.

"Mr Ikhmal, ada apa?"

Soalku sambil mata melilau sekeliling. Sunyi menyelubungi di lorong bangunan pada waktu malam. Hanya kelihatan pengawal yang masih setia berjaga. Aku baru nak balik, berselisih dan ditegur dia. Gembirakah engkau duhai hati?

"Saja, lama tak bertegur sapa dengan awak."

Buang tabiat ke apa Mr Ikhmal ni.

"Saya ingat Boss tak ingat saya dah sejak balik dari sambung belajar di negeri seberang sana."

Aku dah dapat jawapan kehilangan dia hampir setahun lebih sebelum ini. Biasa laa, orang terhangat di hospital ini. Berita tentang dia senang saja nak cari.

"Saya tak pernah lupa awak. Lagipun, awak dah curi hati saya."

Aku pandang wajah dia. Seketika renungan berbalas. Bersahaja riak dia selepas menuturkan kata-kata tadi.

"Boss ni, malam-malam nak buat lawak dengan saya. Hati Boss tu dah di curi Cik Tunang Boss, bukan saya. Boss ingat saya tak tahu ke Boss dah bertunang. Okey la Boss, saya balik dulu. Dah lewat ni, saya dah laa jalan balik sorang-sorang. Bye."

Langkah kakiku terus dilajukan meninggalkan dia. Memang aku dah lewat ni. Walaupun rumah aku dekat tapi ada satu lorong yang aku takut jugak nak lalu kalau lewat sangat balik.

Okey, kali ini aku dah pindah rumah lain. Walaupun kes dengan super senior aku dah beberapa tahun berlalu tapi tetap berbekas di hati. Ni salah satu penyebab aku pindah rumah. Aku dapat rumah yang agak dekat dengan hospital. Jalan kaki je hari-hari.

"Awak kan ..."

Belum sempat ayat dihabiskan, Risya terus menapak pergi. Senyuman terukir dibibirku. Segalanya tentang dia memang menghiburkan. Dari pertama kali bertemu hingga kini, tetap mencuit hati ini. Mikha bermonolog sendirian sambil memandang kelibat Risya yang mula hilang di sebalik bangunan.

*****

Beberapa kali mata dipejamkan. Lena masih belum tiba. Semua ni gara-gara terjumpa dia sebelum balik tadi. Aku buka mata dan pandang syiling putih. Monolog di hati datang.

"Aku curi hati dia? Biar betul."

"Dari dulu perangai gatal dia tak berubah. Kenapa kau suka dia kalau tahu dia gatal?"

Tapi, dia mana pernah ambil kesempatan. Hanya sekadar manis dalam berkata-kata.

Tiba-tiba menyesal lari awal tadi. Mana tahu ada hal penting dia nak sampaikan. Mustahil.

Risya, please! Lupakan dia.

Lupakan dia.

Lupakan dia.

Ingat kau dah bertunang.

Mikha, tunang kau.

Mikha.

Mikha.

Mikha.

Hanya Mikha, jodoh kau.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now