🤍BAB 23🤍

23 3 0
                                    

"Plan surgical untuk ortho to take over. Surgical review patient PRN. Ni plan by Mr Ikhmal masa round pagi tadi."

Terang aku masa passover semasa T/O patient ke wad ortho.

"Plan dari pagi. Kenapa sekarang baru T/O?"

Soal staffnurse yang aku sedang passover.

"Kami tunggu plan dari ortho untuk take over. Pukul 9.35 PM baru ada entry d/w Mr Kamarul untuk T/O. Saya pula baru perasan masa nak buat report. Lepastu, baru saya start booking. Tak sangka pukul 3 AM ni boleh transfer terus patient."

Terangku agak panjang lebar.

"Oh, macam tu! Okey, apa plan dari ortho?"

Soalnya lagi.

*****

Selesai passover, aku berjalan sendirian ke wad sambil menolak wheelchair kosong. Nasib staffnurse tadi tak cerewet. Nak passover pun rasa tenang.

Aku tersenyum sendirian.

"Tak sangka dia oncall hari ini. Nampak nama pun dah rasa gembira. Patut la hati ni dah beberapa hari terasa rindu pada dia. Tapi, sayangnya kita tetap jauh walau dekat. Dia oncall pun, aku masih tak dapat tatap wajah dia dari masuk shif malam ni. Masa passover baru tengok nama dia yang oncall. Teruk betul la aku ni sebab tak ambil tahu siapa pakar oncall hari ini."

Hatiku mula bicara sendirian. Kaki terus melangkah menuju ke wad. Sunyi memenuhi ruang perjalananku. Dingin malam menjadi peneman. Debaran bahagia masih setia mengalir di segenap ruang hatiku. Semuanya kerana dia.

"Sayang, buat apa kat sini?"

Soal Mikha yang baru muncul di depanku. Bayangan pada ingatan lalu dibawa pergi.

"Saja ambil angin malam kat luar ni."

Jawabku.

Hanya sekadar nama dia sudah buat aku bahagia. Sekarang, dapat menatap dia yang kini aku miliki. Bahagia yang indah. Dicintainya, kenyataan yang bagai satu mimpi.

"Kenapa tersenyum tiba-tiba? Sayang, okey ke tak ni?"

Mikha menyoalku.

"Sayang, okey. Kenapa tak boleh ke nak senyum?"

Soalku kembali sambil tersenyum.

"Boleh. Tapi, pelik tiba-tiba senyum sorang-sorang. Tak nak share ke dengan Abang apa yang buat Sayang tersenyum?"

Bicara Mikha dilanjutkan.

"Sayang teringat masa dah mula sukakan Abang dulu. Nampak nama Abang kat form atau dalam entry masa round pun dah buat Sayang tersenyum. Rasa bahagia sangat walau langsung tak dapat tengok tuan empunya nama. Tak sangka, dia yang Sayang suka. Kini, milik Sayang."

Ucapku sambil tatap matanya. Malu bila jujur  tentang tingkahku suatu masa dulu. Tapi, sekarang aku tidak ingin sembunyikan segalanya dari dia.

"Tengok nama pun dah bahagia. Pelik la Sayang ni. Tak pe, sekarang Sayang dah boleh tatap muka Abang sepuasnya. Abangkan milik Sayang dan Sayang milik Abang."

Tuturnya sambil menongkat wajahnya dengan kedua-dua tangan di pipi beralaskan meja. Mata masih setia menatapku di depannya. Comel.

"Dah la, jangan nak tatap lama-lama. Sayang malu la. Jom, masuk."

Aku bangun sambil memegang tangannya untuk mengajak masuk ke dalam rumah. Dia akur.

"Sayang."

Panggilnya. Aku hanya sekilas pandang sambil melangkah masuk ke dalam rumah bersamanya di sisi.

"Abang nak minta sesuatu dari Sayang boleh?"

Soalnya.

"Abang nak apa?"

Soalku kembali.

"Abang nak..."

"Abang nak..."

Dia mengeyitkan sebelah matanya padaku yang mula memandangnya bila dia seakan bicara serius. Tapi ternyata.

"Abang nak Sayang malam ni."

Akhirnya bicaranya terungkap.
Merona merah wajahku. Malu.

"Boleh?"

Soalnya lagi.

"Ermmmm."

Aku hanya mengangguk tanda bersetuju. Wajahku kian membahang menanggung malu ditutup dengan kedua-dua belah tanganku.

Tiba-tiba aku terasa terapung di awangan. Mataku di buka. Dia begitu dekat denganku. Ternyata aku diangkat olehnya.

Aku kukuhkan kedudukanku sambil memeluk tengkuknya. Malu untuk menatap wajahnya.

"Terima kasih Sayang."

Bisiknya perlahan sambil membawaku ke bilik kami.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now