🤍BAB 07🤍

28 3 0
                                    

"Terima kasih semua, berjaya juga kita merealisasikan plan nak buat makan-makan hari ini."

Sister Ara mengucapkan terima kasih kepada semua staff wad kerana majlis makan pada tengah hari ini berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakan bagi meraikan staf yang pindah ke wad atau hospital lain. Dah beberapa bulan merancang. Akhirnya, baru berjaya dijalankan.

Aku sempat makan bila dah habis shif pagi. Sebab memang dah kebiasaan. Kita tiada waktu yang tepat untuk berkumpul lama-lama. Kerja yang tidak mengenal erti rehat selagi belum waktu balik. Kadang dah sampai waktu balik tetap kena stay kat wad lagi untuk siapkan kerja yang tidak sempat disiapkan kalau terlampau sibuk sepanjang shif.

Hanya yang meghadapinya sahaja tahu tahap kesukaran dialami. Yang melihat tanpa menghadapinya hanya pandai menilai dan mengkritik jika ada ketidakpuasan di hati.

Dah siap makan menu utama. Aku duduk sekejap menikmati pencuci mulut.

Tiba-tiba Mr Ikhmal datang dan mengambil tempat di sebelah kerusi aku. Pantri wad memang laa kecil. Jadi, tak pelik bila dia duduk di tepi aku. Nasib ada senior aku yang melayan kedatangan dia.

Senyum je dia sambil bercakap dengan senior aku, Kak Rina. Orang yang dah lama mengenali antara satu sama lain memang ramah berganda. Aku tidak selesa duduk lama-lama di situ apabila beberapa orang geng Boss yang lain turut masuk sekali.

"Saya suka makan."

Sebelum keluar aku terdengar Ikhmal menuturkan ayat tersebut sambil menikmati sandwich. Dia tengok sekilas je aku tadi. Malas nak bertegur sapa dengan dia antara sebab utama aku terus bangun meninggalkan pantri.

Keluar dari pantri, aku duduk di kaunter berhadapan pantri berbual seketika dengan senior aku yang sedang menyusun fail pesakit baru. Kenyang sangat sampai malas nak jalan balik. Selepas beberapa minit baru aku melangkah pulang ke rumah.

Minggu depan kami satu wad akan sibuk nak uruskan hal pindah wad kami ke wad bangunan sebelah yang di tingkat 6 untuk sementara. Wad kami yang sekarang ini akan dibaik pulih untuk beberapa bulan dan mungkin memakan tahun lamanya.

*****

Dah beberapa bulan berlalu, kami masih tetap berada di wad tingkat 6. Tiada berita untuk berpindah ke wad lama lagi. Agak penat bila jauh dari bangunan utama. Urusan turun naik hantar pesakit memakan masa dan perjalanan yang agak jauh dari kebiasaan. Tapi, kami tetap perlu bertahan, alah bisa tegar biasa.

"Staffnurse kenapa biar pesakit macam ni? Oral hygiene tak buat ke?"

Mr Nico bersuara. Sejak Mr Ikhmal hilang dari pandangan sejak sebulan yang lalu. Memang Mr Nico yang ambil alih wad. Mr Ariff dah jadi HOD. Dia hanya akan round wad bila ada kes penting sahaja.

Memang Mr Nico yang jadi pakar wad aku buat masa sekarang. Jadi, setiap pagi kalau tak cari salah staf memang tak lengkap hari dia.

Aku sekadar melintasi dan terus berlalu pergi semasa dia round pagi ini. Nasib runner, memang aku dapat lari dari dia. Lagipun, aku nak pergi hantar pesakit ke CT suite seperti temujanji yang dah diberikan.

"Kalau Mr Ikhmal ada kan best. Dah la handsome. Time round pun bukan suka cari pasal. Plan pun tak ada yang mengarut. Nak present kes pun best. Tapi, aku tetap juga takut kalau tersasul depan dia."

"Kan!Aku pun rasa dia lagi best dari Mr Nico. Eh, dah la! Kau dapat tak ambil darah tu. Kan mengamuk pulak dia kalau lambat hantar."

Kedengaran perbualan antara dua orang HO yang sedang mengambil darah STAT pada seorang pesakit.

"Sempat lagi diorang bergosip. Nasib patient semiconscious. Kalau GCS full. Nasib la kalau kena mengadu dengan Mr Nico."

Aku berbicara sendirian sambil menanti Kak Rien siapkan report untuk hantar pesakitnya ke Ct suite.

Semua suka Mr Ikhmal. Cuma aku je tak suka dia bila dia suka sangat cari pasal dengan aku. Seteruk Mr Ikhmal pada pandangan aku. Teruk lagi Mr Nico bagi aku dan semua orang dalam wad.

Mana Mr Ikhmal pergi sebenarnya? Ke dah pindah hospital tanpa aku sorang je tidak tahu.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now