🤍BAB 01🤍

70 3 0
                                    

"Mengantuknya mata aku."

Bisikku perlahan pada diri sendiri.

Walau berkali menguap sembunyi-sembunyi dan pergerakkan ringan dilakukan. Aku tetap tidak dapat mengusir rasa mengantuk yang datang. Mungkin sudah bosan seharian duduk tadah telinga mendengar taklimat yang disampaikan silih berganti tanpa henti.

"Aku nak pergi tandas sekejap."

Aku terus bangun dari kerusi menuju ke destinasi pilihan setelah memberitahu teman sebelahku, Qila.

Rasa segar sikit bila dah kena air ni. Lega rasa lepas mencuci muka kat toilet tadi. Aku kembali fokus pada taklimat yang masih lagi tiada tanda akan berakhir. Padahal dah sedia maklum jam berapa semua ni akan berakhir.

Aku lihat sekeliling dan kelihatan semua orang kusyuk mendengar sambil mencatit nota ringkas. Ada je yang kelihatan dalam dilema macam aku tadi.

Benda biasa kalau dalam majlis yang mendatangkan manfaat untuk diri memang syaitan angkat kita jadi teman baik dia terus. Dipujuknya kita untuk melelapkan mata sebab kesian takut kita penat. Kononnnya laaa kan!

Jam menunjukkan pukul 5pm. Akhirnya, semua taklimat dah berakhir. Yeay! Balik bilik kita tidur. Itu je yang aku tahu sepanjang minggu orientasi berlangsung. Setiap kali habis je aktiviti dan taklimat memang aku pilih untuk tidur.

Esok, kita sambung lagi hari terakhir untuk minggu orientasi kali ini. Memang terukkan perangai aku ni? Lepas asar je tidur. Kalau buat perangai ni kat rumah memang teruk kena bebel dengan ibu. Sebut pasal ibu tetiba rindu pulak kat keluarga nun jauh di negeri tercinta. Moga kita bertemu dalam mimpi yang bakal muncul dalam lelap petangku ini.

*****

Pagi yang indah muncul lagi. Moga hariku juga seindah sinaran mentari yang menyinari permukaan bumi ciptaan Dia. Selesai solat subuh, aku terus merehatkan diri untuk seketika. Berbaring di katil sambil layan laman Instagram di telefon.

Sepatutnya buat amal lebih sikit awal pagi tetapi aku tetap buang masa dengan perkara yang melalaikan diri. Rugi betul manusia yang mensia-siakan setiap masa lapang yang diberi. Siapa lagi kalau bukan aku! Ingat tapi tetap lalai dibuai keasyikkan dunia yang penuh tipu daya.

"Risya, dah laa tuu duk bersenang-lenang. Jom laa bersiap pergi dewan".

Qila bersuara menyedarkan aku. Dah pukul 7.15 am. Memang patut pun dia sedarkan aku. Bangkit dari pembaringan, aku terus bersiap-siap apa adanya. Uniform putih wajib dipakai sepanjang minggu orientasi dan mungkin sepanjang kerjayaku terus disarung.

Setelah selesai bersiap, kami terus melangkah keluar dari bilik dan kelihatan teman seperjuangan yang lain turut sama menuju ke dewan. Kami bersama-sama bersarapan sebelum sesi taklimat hari ini dimulakan lagi dan lagi.

*****

"Saya harap semua orang dapat menjalankan tugas dengan baik, amanah dan bertanggungjawab di tempat yang bakal diumumkan sebentar lagi. Jika tidak terpilih seperti yang dihajati, jangan bersedih. Pasti ada hikmah disebaliknya. Apa yang penting ikhlas dalam melaksanakan amanah yang kalian pegang."

Ucapan penutup untuk sesi taklimat hari ini. Berdebar pula hati menanti keputusan penempatan aku untuk kali yang pertama.

"Aku dapat medical. Kau dapat apa, Risya?"

Qila terus bertanya setelah masing-masing dapat jawapan pada persoalan yang sering berlegar-legar difikiran sejak hari pertama minggu orientasi berlangsung.

"Aku dapat surgical. Memang hari tu aku pilih surgical sebagai pilihan pertama. Tak sangka aku betul-betul dapat."

Betul, memang aku tidak menyangka pilihan pertama yang aku dapat. Kalau ikutkan masa buat pilihan hari tu, aku macam tak kisah kalau dapat mana-mana department.

Tetapi, hari ini aku bersyukur aku letakkan surgical sebagai pilihan utama. Sebab aku teringatkan perjalanan panjang yang aku akan tempuhi. Aku tak nak masa depan aku ada berkait dengan memori pahit masa silam aku.

"Untung laa kau dapat pilihan pertama. Aku tak pilih kot medical ni. Mesti busy nanti. Macam kau tak tau keadaan dia masa kita student dulu."

Qila meluahkan apa yang dia rasa. Jelas terpancar riak kecewa di wajahnya.

"Aku pun tak sangka dapat. Sebenarnya aku main letak je masa kena buat pilihan masa tu. Yang penting aku bersyukur tak terpilih join geng OT. Kenangan dulu buat aku anti betul."

Memang aku rasa tenang dan lega bila dapat tahu keputusan ni. Namun, jauh di dasar hati tetap merasai debaran kerana bakal memulakan langkah di tempat baru yang cukup asing untuk diri ini. Tempat yang bakal mencorak kehidupan aku di masa depan.

"Apa laa kau ni Risya. OT laa best, aku suka kot time student dulu. Pelik laa kau ni, Risya."

Qila seakan tidak setuju dengan pendapat aku.

"Memang laa best untuk kau. Aku pula rasa tak best. Kita ada pengalaman masing-masing time student dulu. Sekarang pun kita bakal kumpul pengalaman baru di tempat baru. Mungkin yang kau kata tak best akan jadi best untuk kau nanti. Belum cuba belum tahu. Lagipun, tak kan laa Allah nak susahkan kita dengan benda yang diluar kemampuan kita. Dia tahu kau lebih kuat dari aku, sebab tu Dia pilih kau kat tempat tu bukan aku."

Dalam nak tegakkan pendapat. Tetap aku selitkan kata-kata semangat untuk Qila. Dia diam tapi aku tahu dia faham.

"Sila ambil perhatian. Selepas lunch, jangan lambat masuk dewan. Kita akan bawa anda berjumpa matron incas department masing-masing dan akan dibawa ke wad yang telah ditetapkan seperti yang telah diumumkan sebentar tadi. Orientasi wad akan dimulakan hari ini memandangkan minggu depan anda semua akan memulakan tugas sebagai jururawat terlatih di wad masing-masing."

Debaran kian terasa bila mendengar pengumuman sebentar tadi. Memang tidak lalu makan aku tengah hari ini. Aku lemparkan pandangan pada Qila. Kelihatan dia bersahaja padahal tadi dia yang lebih beremosi dari aku.

Aku tidak hairan, Qila lebih matang dari aku yang sentiasa berperangai kebudak-budakkan. Disebabkan dia tenang, aku pun berlakon kelihatan tenang juga walau dalam hati memainkan pelbagai rentak irama debaran jiwa.

*****

Masa lunch telah pun berakhir. Kini, tiba masanya untuk pergi mengadap geng baju biru gelap. Aku dan Qila terpaksa berpisah mengikut kumpulan wad masing-masing. Geng surgical berkumpul bersama untuk mengadap nenek masing-masing.

"Ini semua ke anak-anak surgical yang kita dapat?"

Terdengar ayat yang dituturkan dalam kalangan geng baju biru gelap ketika aku bersama rakan seperjuangan yang lain berdiri di hadapan pintu masuk pejabat. Sesi perkenalan antara kami anak-anak surgical bersama geng baju biru gelap bermula hingga akhirnya.

"Baiklah, masing-masing dah dapat tahu wad mana. Sekarang ikut Mak kamu ke wad untuk berkenalan dengan kakak dan abang masing-masing. Sister, sila laa bawa anak-anak kamu."

Keizinan diberi maka bermula laa geng anak itik ikut ibu pulang ke rumah. Aku bersama tiga rakan yang ditugaskan bersama dalam satu wad mengikuti ketua kami.

Nasib baik ada geng junior yang sama wad dengan aku. Kalau sorang memang masak laa nak bergaul dengan senior yang macam mana perangai diorang pun aku takut untuk bayangkan. Ada juga geng untuk aku mengadu nasib nanti. Aku bermonolog sendirian sepanjang menuju ke wad.

Diam menemani perjalanan aku kerana masih tidak mengenali seorang pun yang satu wad dengan aku. Pertama kali aku bersemuka dengan mereka walau seminggu bersama dalam satu majlis orientasi.

" Okey, kita dah sampai."

Sister bersuara menyedarkan aku dari lamunan dan gemuruh di dada kian kuat terasa.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now