🤍BAB 15🤍

21 2 1
                                    

"Aku terima nikahnya Ayra Farisya Binti Fakhri dengan mas kahwin..."

"Sah."

"Sah."

"Sah."

Aku tenggelam dalam lamunan bila namaku ditutur bibirnya. Suara seperti dia. Tak. Mustahil dia. Hanya lafaz sah menyedarkan aku kembali. Aku kini milik dia. Isteri yang sah kepada Mikha. Mampukah kebahagiaan menjadi milik kami?

"Risya, salam tangan suami tu."

Ibu menyedarkan aku yang leka memandang lantai. Tidak sedar yang Mikha sudah berada di depan aku untuk sesi pembatalan air sembahyang. Aku capai tangannya. Kemudian, aku kucup tangannya rela dalam terpaksa. Dia hanya meletakkan tangan di atas kepala aku sambil membacakan doa. Tiada kucupan di dahi seperti pasangan suami isteri yang lain.

Aku ambil peluang untuk menatap muka suamiku untuk pertama kali apabila dia mengalihkan tangannya.

Dia? Aku mimpi ke apa? Mr Ikhmal? Mikha adalah Mr Ikhmal. Serius aku tergaman dan tanpa sedar airmata aku mengalir. Rasa lega, gembira dan bersyukur silih berganti hadir.

"Malu ye aku termenanggis depan dia."

Hanya terungkap di hatiku. Tiba-tiba Dia lap airmata aku.

"Dah jangan nanggis, nanti cair make up."

Mikha cuba memujuk.

"Laaa Risya, orang lain biasa nanggis lepas selesai lafaz akad. Dia nanggis lepas salam dengan suami. Pelik betul laa budak ni."

Tutur Mak Lang aku dan diiringi gelak ketawa ahli keluarga yang hadir. Nasib baik buat kat masjid, jadi terkawal sikit ketawa ahli keluarga aku dan dia dengan usikkan dari Mak Lang tadi.

"Kenapa menanggis tadi?"

Mikha menyoalku apabila kami duduk bersebelahan dalam sesi makan beradab. Majlis perkahwinan kami hanya dilangsungkan secara sederhana. Dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat memandangkan negara sedang dilanda wabak Covid-19 yang tiada tanda akan berakhir. Jadi, pematuhan S.O.P amat dititik beratkan.

Untuk menangguhkan perkahwinan buat kali kedua adalah bukan jalan yang terbaik bagi kedua ibubapa aku dan dia. Ibu aku memang tak sabar nak dia jadi menantu. Itupun nasib baik permohonan kahwin aku dan Mikha diluluskan.

"Risya, saya tanya ni."

Mikha menegurku lagi bila aku masih diam.

"Benda biasa laa. Mr Ikhmal tak pernah tengok ke sebelum ni pegantin perempuan menitiskan airmata dalam majlis akad nikah."

Aku masih bahasakan dia dengan panggilan di hospital.

"Tapi, awak nanggis lepas tengok muka saya. Kenapa? Awak menyesal yang saya adalah suami awak. Risya, kita bukan kat hospital tau sekarang ni."

Menyesal. Tak, saya gembira sangat sebab tu saya nanggis. Apa ingat tanggisan tu untuk masa sedih je ke?

"Kita kat rumah Mak Lang saya, bukan hospital. Itu saya tahu. Dah laa Boss, saya nak makan. Lapar sangat dah ni."

Majlis perkahwinan aku dilangsung di rumah Mak Lang kerana satu negeri dengan keluarga Mikha dan tempat kerja aku. Jadi, tidak perlu konvoi berbuah-buah kereta untuk rentas negeri memandangkan kerajaan menyarankan untuk kurangkan pergerakan rentas negeri buat masa sekarang. Kebetulan memang kebanyakkan saudara mara aku menetap di sini. Hanya keluarga aku yang menetap di negeri lain. Jadi, hanya ahli keluarga aku yang perlu rentas negeri.

Ya, memang aku lapar sangat. Dah beberapa hari aku tiada selera makan bila memikirkan hari perkahwinan aku makin dekat. Bila tahu dia suami aku, tiba-tiba selera makan datang. Ni la masanya nak makan sepuas-puasnya.

"Makan la kenyang-kenyang. Malam ni awak dah tiada alasan nak kata lapar lagi."

Dia kenakan aku. Terlihat senyuman gembira kenakan aku di bibirnya. Malam ni? Habis la aku.

Jam menunjukkan jam 11.30 malam, semua sanak saudara sudah beransur pulang. Mikha akan menyusul pulang bersama keluarganya malam ini. Selagi majlis bertandang sebelah lelaki tidak selesai, aku masih selamat dari dia. Tapi, majlis sebelah dia adalah esok.

"Malam ni, awak boleh lari dari saya. Esok, saya akan tuntut hutang dari awak."

Dia mencuit lembut hidungku. Tanganku digenggam dan mengiringi langkahnya ke halaman rumah.

"Risya, Mama balik dulu ye. Esok, kita jumpa lagi."

Mama memeluk dan berlaga pipi dengan ku. Tanganku masih digenggam Mikha. Dia tak lepaskan untuk aku bersalam dengan Mamanya.

"Mikha, dah jom balik. Esok, Risya datang rumah kita."

Mama mengajak Mikha pulang.

"Sayang, Abang pergi dulu. Jangan lupa mimpi Abang malam ni."

Mikha mencium lembut tanganku. Tiba-tiba, aku dipeluk erat buat seketika oleh dia.

Muka aku merona merah menahan malu bila diperlakukan sebegitu oleh dia di hadapan keluarga kami.

"Nampaknya, tidur sini laa pengantin lelaki malam ni.  Macam tak nak lepas je isteri dia."

Kali ini giliran Pak Lang mengusik aku dan Mikha. Memang riuh dengan ketawa setiap kali Pak Lang atau Mak Lang mengusik.

Mikha kelihatan bersahaja. Aku ni yang duduk tahan malu sorang-sorang dengan kelakuan dia. Aku capai tangannya dan di kucup lembut. Selepas itu, aku terus meninggalkan dia dan ahli keluarga yang lain.

"Aiyokkk tak tahu! Pengantin perempuan dah merajuk."

Pak Lang masih mengusik.

Seketika kemudian kedengaran kenderaan keluarga Mikha meninggalkan perkarangan rumahku.

Aku mengunci pintu bilik dan membaringkan badan untuk tidur. Penat seharian majlis hari ini masih terasa.

Satu jam berlalu, aku baru nak terlelap.
Tiba-tiba, telefon aku berbunyi.

Mikha.

Tertera nama dia di paparan screen telefon.

Nak angkat ke tak. Aku dah mengantuk ni. Dia nak apa?

Dalam mengantuk yang ditahan. Aku tetap menerima panggilan dari Mikha. Kalau tak, mahu kena soal jawab dengan dia esok.

"Hmmm, ada apa."

Soalku dalam suara mengantuk.

"Assalamualaikum, awak dah tidur?"

Dia call nak tanya tu je. Aku mengantuk dah ni. Aku diam je, jawab salam dia dalam hati. Soalan dia, aku malas nak jawab.

"Risya, awak tidur ke tu?"

Dia ni kan.

"Tak, saya baru nak tidur ni. Kenapa?"

Soal aku.

"Okey, tidur laa. Jumpa awak esok. Jangan lupa mimpikan saya."

Aku terus mematikan telefon selepas dia tuturkan kata. Hati berbunga sebenarnya dengar suara dia tapi aku tak nak dia tahu aku suka dia. Sebab tu, aku layan dia nak tak nak je. Ego dalam diri membataskan aku. Jumpa awak esok pemilik hatiku.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now