🖤BAB 18🖤

15 3 0
                                    

Perang dingin aku dan Mikha masih dilancarkan. Hampir tiga hari kami diam. Tapi, ada nampak dia curi pandang aku. Rindu cakap la rindu. Aku pula memang akan curi pandang dia masa tidur. Merajuk pun masih baringkan badannya ke arah aku bila tidur. Jadi, dapat la aku menatap wajah dia yang sentiasa mempunyai tempat di hatiku.

"Risya, kenapa tak bagitau yang suami awak tu doktor sini."

Tiba-tiba Kak Nisha datang tegur aku yang sedang susun linen selepas sponging pesakit pada pagi ini.

"Mana akak tahu suami saya doktor?"

Pelik. Aku masih simpan rahsia tentang siapa suami aku daripada pengetahuan rakan sekerjaku.

"Kak Rien yang cakap. Dia tanya Sister, betul ke suami Risya tu doktor? Sister kata betul. Tak sangka, Risya berjodoh dengan doktor hospital ni. Kenapa tak beritahu siapa dia?"

Alamak, memang Sister Ara je yang tahu dalam wad ni. Sister Ara dah bocorkan rahsia ke?

"Kalau beritahu pun. Bukan kenal. Dia tak popular pun, doktor biasa je. Tak penting la Kak kenal dia."

Jaguh menipu memang jatuh pada aku.

"Mana la tau, kalau dia mengatal nanti. Senang nak report kat Risya."

Kak Nisha gelak sakan bila tuturkan ayat tersebut.

Eh, ke situ pula Kak Nisha! Seronok gelak. Ingat kelakar ke? Orang dah la tengah ada masalah dengan Mr Ikhmal ni.

"Apa Kak Nisha ni? Doa la baik-baik. Ni minta benda bukan-bukan pula. Tak sayang saya ke?"

Aku berkata sambil buat muka kesian. Padahal hati ni dah berkecil hati. Senang pula terusik ,biasa okey je. Ni la padah buat tak tau dengan suami. Kan dah hilang rasa bahagia dalam diri.

"Akak gurau je Risya. Jangan la ambil hati. Akak yakin dia setia dan sayang Risya sorang je. Tapi, akak nak juga kenal dia. Nanti kalau dia ada datang wad kita. Risya kenalkan la dia pada kami semua."

Kak Nisha masih berharap untuk mengetahui siapa sebenarnya suami aku.

"Akak memang dah pernah jumpa dia sebelum saya jumpa dia lagi."

Hanya bermonolog dalam hati.

"InsyaAllah, Kak Nisha."

Aku ucapkan sambil ukirkan senyum ikhlas. Suatu hari nanti, akan tiba masanya untuk semua orang tahu. Tapi, bukan sekarang. Mr Ikhmal pun buat tak tahu je dengan aku. Rindu dengar dia panggil aku, Sayang. Perut aku pun dah mula buat hal lagi. Sebelum datang kerja tadi, rasa macam dah kurang sakit. Sekarang makin mencucuk-cucuk pulak. Harap aku dapat bertahan sampai ke petang.

*****

"Mana staffnurse incas? Kenapa Kak Rien yang cover cubicle dia?"

Mr Ikhmal tidak berpuas hati bila bukan Risya yang follow round.

"Setahu aku, Risya yang incas cubicle ni. Mana dia?"

Tutur hati Mr Ikhmal. Dia masih mencari kelibat isterinya yang tiba-tiba hilang sebelum mula round tadi.

"Sorry Boss, staffnurse cubicle ni pergi toilet. Ada apa Boss? Saya boleh jawabkan. Dia dah passover pada saya."

Kak Rien yang tolong cover Risya, menjawab soalan Mr Ikhmal.

"Lama betul pergi toilet sampai satu cubicle saya round pun tak muncul."

Aku masih tak berpuas hati. Dekat rumah tak nak bercakap. Ni dekat wad sengaja nak lari. Dah bosan ke dengan aku?

"Sorry Boss, dia sebenarnya sakit perut tadi. Rasanya, Sister bagi dia balik kot lepas ni."

Kak Rien berbisik pada Mr Ikhmal yang nak beransur keluar wad.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now