🖤BAB 28🖤

54 3 0
                                    

"Terima kasih Sayang untuk pengorbanan Sayang. Abang janji akan jaga amanah ini dengan sebaik mungkin."

Ucap Mikha dengan mata yang berkaca. Sayu hatinya melihat Risya terbaring masih tidak sedarkan diri di depannya.

Bayi perempuan di pangkuannya merengek manja saat lafaz iqamat mula dilaungkan.

Comel seperti Risya, si pencuri hati insan bernama Ikhmal Mikhail.

Selesai lafaz iqamat, Mikha kembali tersenyum pahit bila teringatkan pasangan kembar anaknya masih ditempatkan di NICU selepas diazankan. Anak sulung mereka sedang bertarung nyawa seperti mana ibunya.

Dugaan kali ini begitu berat dirasakan oleh diri Mikha.

"Sabarlah Mikha, kuatkan semangat."

Tepukan lembut dibahu menyedarkan kembali Mikha ke alam nyata. Kelihatan Ilman Zamri berdiri di sebelahnya sambil tersenyum.

Mikha membalas senyuman Papa walaupun dalam kepayahan untuk ukir satu senyuman di saat ini.

Bayi perempuan dalam dakapannya terus diambil Mama.

"Meh, Mama pegang cucu Mama. Mikha balik la rumah untuk berehat dulu. Biar Papa hantarkan. Mama ada untuk temankan menantu dan cucu-cucu Mama di hospital ni."

Mama memberi cadangan setelah jelas kelihatan kepenatan di wajah anak lelaki tunggalnya.

Hanya anggukan dibalas Mikha. Hayunan kaki terus mengikuti langkah Papa yang setia menemaninya di sisi. Sungguh jiwanya terasa amat sakit kala ini.

"Mikha jangan risau. Semuanya akan selamat. Mama dan Papa ada untuk Mikha. Lepasni, Ayah dan Ibu akan sampai. Mikha tidak bersendirian. Kuatkan semangat Mikha. Risya perlukan Mikha. Kalau Mikha lemah siapa yang akan jaga Risya dan si kembar nanti."

Lembut tutur kata seorang ayah kepada anaknya. Menyalurkan kekuatan melalui kata-kata. Tepukan lembut di bahu anak yang sedang berjalan beriringan dengannya diberi sebagai tanda sokongan emosi. Mikha seorang yang mudah terkesan bila insan tersayangnya dalam kesakitan.

*****

Sudah seminggu berlalu, keadaan Risya masih sama. Risya masih memerlukan bantuan alat pernafasan.

Mikha masih setia berulang-alik menziarahi Risya.

Bayi lelaki mereka sudah menunjukkan perkembangan positif. Tidak lagi memerlukan bantuan alat pernafasan. Kini, ditempatkan di wad biasa bagi pengawasan untuk beberapa hari lagi di wad.

"Sayang, Sayang perlu kuat untuk Abang dan anak kita. Kami akan tunggu Sayang. Please, Sayang cepat buka mata. Abang dan anak-anak rindukan Sayang."

Mikha mengenggam lembut tangan isterinya. Bisikan lembut di telinga buat isteri tersayang setiap kali datang melawat sebagai tanda kasih dan sayangnya. Dia benar-benar rindu pada Risya.

"Sayang cepat sedar tau. Abang dengan anak-anak tunggu Sayang. I love you, Sayang."

Ikhlas Mikha ucapkan walau dia tahu Risya masih tidak akan menjawabnya. Matanya mula berkaca. Dia biarkan. Dia tetap yakin Risya akan sedar kembali dalam masa yang terdekat ini.

*****

Adam Izham Bin Ikhmal Mikhail.

Hawa Insyirah Binti Ikhmal Mikhail.

Terpapar nama kedua-dua anaknya di dua keping sijil kelahiran di tangannya. Nama pilihan antara dia dan Risya sebulan sebelum kelahiran putera dan puteri mereka.

"Sayang, Abang dah daftarkan nama anak kita seperti yang kita pilih. Abang rindu nak gaduh dan bermanja dengan Sayang. Anak-anak pun dah mula rindu dengan Sayang. Sayang dah janjikan nak besarkan anak kita bersama-sama. Mana janji Sayang?"

Ungkap Mikha dalam tangisan sambil memerhati kedua-dua permata hatinya yang sedang lena diulit mimpi.

Mikha masih belum kuat menerima kenyataan ketiadaan isterinya saat kedua-dua permata hati mereka sedang sihat membesar di depan mata.

"Sayang, Abang akan setia tunggu Sayang."

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now