🤍BAB 25🤍

26 3 0
                                    

Aku melangkah sambil menolak troli dressing.

"Yes, akhirnya selesai juga dressing untuk pagi ni. Boleh rehat kejap lepas ni."

Kataku di dalam hati sambil tersenyum di sebalik mask 3 layer yang dipakai. Tiba-tiba kepalaku terasa agak sakit. Aku masih mampu bertahan. Peluh di muka makin banyak kesan menahan sakit dan keadaan cuaca yang agak panas membahang.

Selang beberapa saat aku terasa loya nak muntah. Pantas kaki di bawa menuju ke tandas. Nasib dah selesai kemas troli dressing.

Di tandas, aku muntahkan segala makanan yang mengisi perutku. Rasa seolah perutku kini kosong tidak bersisa. Tapi, rasa loya masih tetap tidak hilang. Kepala makin mencengkam rasa sakitnya.

Aku kuatkan diri melangkah keluar. Beberapa langkah keluar dari tandas. Duniaku terasa gelap. Aku hilang kesedaran tanpa sedar bagaimana aku terjatuh.

*****

Mataku cuba dibuka. Terasa berat kelopak mataku. Beberapa saatku mencuba. Akhirnya, mataku berjaya dibuka. Cahaya sekeliling menyilaukan mataku memaksa untuk terpejam kembali sehingga aku membiasakan sinarannya.

"Sayang dah bangun."

Kedengaran suara insan kesayangan di cuping telingaku.

"Sayang kat mana ni Abang?"

Aku yang mula sedar menyoal suamiku.

"Sayang admit wad. Pagi tadi, Sayang pengsan di wad."

Mikha menjawab soalanku.

"Oh, patut la! Kepala Sayang sakit sangat masa tu. Tak sedar Sayang boleh pengsan. Sayang okeykan Abang?"

Aku ingat kembali peristiwa pagi tadi. Kerisauan mula bertandang di fikiran meminta penjelasan keadaan diriku.

"Sayang okey, jangan risau. Cuma Sayang penat sangat. Lepasni kena banyak berehat."

Nasihat dari Mikha disambut anggukkan dari aku.

Tiba-tiba Mikha menarik manja hidungku sambil tersenyum.

"Abang ni dah kenapa tarik hidung Sayang?"

Tegurku pada Mikha.

"Kenapa Sayang nak rahsiakan dari Abang?"

Soal Mikha.

Rahsia apa? Aku sedikit keliru dengan soalannya. Dahiku mula berkerut.

"Tak perlu la fikir sampai berkerut dahi tu. Nanti cepat tua baru tahu."

Mikha meletakkan jari telunjuknya di dahiku.

"Tak, sekarang ni rahsia apa yang Abang maksudkan? Sayang tak faham maksud Abang."

Aku kembali menyoal minta kepastian.

"Jadi, Sayang pun tak tahu. Ingatkan Sayang nak suprisekan Abang masa ulangtahun perkahwinan kita esok."

Terang Mikha.

Mikha ingat tarikh kahwin kami. Ingat dia lupa. Aku ukir senyum.

"Sayang ni. Kata tak tahu. Ni tiba-tiba tersenyum mesti dah tahukan. Sengaja nak rahsiakan dari Abang."

Ucap Mikha dengan mimik muka yang comel dipandangan mataku.

"Ya Allah, Abang ni. Rahsia apa? Sayang tak faham lagi ni. Cuba cakap betul-betul. Rahsia apa yang Abang rasa Sayang sorokkan dari Abang?"

Tanyaku lagi.

"Jadi, Sayang tak tahu la ni."

"Betul tak tahu?"

"Sayang, tak tipu Abangkan?"

Bertalu Mikha ungkapkan hal yang sama seolah meminta kepastian. Tapi, aku mula rasa geram je dengan tindakan dia yang mempermainkan diriku di hadapan dia.

"Abang! Boleh tak jangan main-main. Rahsia apa yang Abang maksudkan sebenarnya ni?"

Aku sengaja bernada serius. Tidak tertahan inginkan jawapan.

"Rahsia yang sebenarnya Sayang dah mengandung."

Ucap Mikha spontan. Mungkin risau aku merajuk dengannya lagi.

"Mengandung? Sayang mengandung? Ya Allah, Abang tak tipu Sayangkan?"

Kini, giliran aku pula bertalu menyoalnya. Sukar dipercayai dengan apa yang di dengari sebentar tadi.

"Ya, Sayang mengandung. Dah 8 minggu dah Sayang."

Ucap Mikha sambil mengusap lembut perutku yang masih tiada tanda ada nyawa lain yang menumpang di dalamnya.

Aku rasa bersyukur sangat dan tanpa sedar air mataku mengalir.

"Sayang, kenapa tiba-tiba menangis ni? Sayang sakit?"

Soal Mikha. Wajahnya kembali risau dengan keadaan aku sekarang.

Aku hanya gelengkan kepala sambil tersenyum.

Mikha masih Mikha yang sama. Tetap tidak dapat bezakan tangisan gembiraku seperti saat dan ketika itu.

*****

"Risya, duduk je dekat wad. Biar Kak Nisha dengan Ria yang pergi ambil patient di GOT. Awak tu dah sarat. Kan terberanak tengah jalan nanti. Siapa nak menjawab dengan Mr Ikhmal?"

Seloroh Kak Nisha bila aku cuba menawarkan diri mengambil pesakit. Memandangkan keadaan wad yang agak sibuk ketika ini.

"Ye la, Kak Nisha. Saya bukan apa, tengok semua sibuk. Saya nak la curi masa pergi ambil sekejap. InsyaAllah, semua okey."

Aku masih degil menjawab.

"Dah, duk je dekat wad. Siapkan report awak tu. Ubat pun belum habis bagi, ada hati nak keluar dari wad."

Sindir Kak Ria dalam gurauan. Aku hanya berbalas senyum dengannya.

"Baiklah, kakak-kakakku sekalian. Terima kasih atas bantuannya. Adikmu tunggu di wad saja la kali ini."

Aku anggukkan kepala mengiringgi pemergian mereka.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now