Kerana dia yang muncul tanpa dipinta. Satu perasaan yang sukar digambarkan dan diluahkan tiba-tiba meresap masuk ke dalam hati. Antara rasa suka, sayang dan cinta mana yang menjadi pilihan? "Saya suka makan" _ Ikhmal Ayat pertama yang didengari ketika berada dekat dengannya dalam satu majlis. Segalanya tentang dia buat diri ini sentiasa tersenyum. Adakah dia, Si pencuri hati yang dicari? Mungkinkah ini hanya permainan rasa yang menyelit untuk seketika?