🖤BAB 10🖤

28 3 0
                                    

Dia.

Dalam perjalanan ke tempat punch card, aku nampak Mr Ikhmal. Dia berjalan beberapa langkah dari aku yang berada dibelakangnya. Kami menuju ke tempat yang sama. Dia sekarang bertugas di klinik. Aku tidak akan nampak dia lagi di wad kecuali bila dia oncall. Awal dia punch in pagi ini.

Entah kenapa sejak kemunculan kembali dia, hati aku rasakan debaran lain macam setiap kali nampak dia. Sedangkan sebelum ini, dia insan yang paling aku tak suka.

"Risya, kau kena ingat. Kau tu dah bertunang. Tunang orang lain. Jadi, jaga sikit perangai. Hati tu lagi penting, jaga betul-betul."

Aku menyedarkan diri aku sendiri. Rasa ini hanya satu permainan. Mana mungkin tersimpan rasa yang istimewa untuk Mr Ikhmal. Sekilas aku pandang ke belakang melihat dia sebelum meninggalkan tempat punch card. Haluan kami berbeza kali ini. Aku bawa diri jauh dari dia menuju ke bangunan wad dan dia masih di bangunan yang sama iaitu bangunan klinik.

Aku tetap kena setia dengan tunang aku. Walaupun, siapa dia yang sebenarnya masih lagi menjadi misteri. Aku perlu lupakan mainan perasaan pada Mr Ikhmal.

Namun, hari terus berganti hari tapi ingatan pada Mr Ikhmal seakan tidak mahu pergi. Masih tetap sama.

*****

Ikhmal Mikhail Bin Ilman Zamri.

Aku nampak cop nama dia di satu borang CT scan semasa membuka fail pesakit. Tersenyum sorang diri aku di situ. Baru aku tahu nama sebenar Mr Ikhmal. Dulu macam dah pernah nampak nama sebenar dia. Tapi, disebabkan benci dia. Aku jadi terlupa semua tentang dia. Sekarang, dah jadi lain. Indah nama seperti empunya diri. Opsss, terpuji pulak!

"Eh, Risya! Malam-malam buta ni, dah kenapa kau senyum sorang-sorang? Kau jangan buat hal malam ni."

Tegur Kak Nisha, antara rakan sekerja aku untuk sama-sama mengharungi shif malam.

"Tiba-tiba teringat hal kelakar, tu senyum kak. Kalau ketawa tiba-tiba baru Kak Nisha patut azankan saya."

Ayat cover line aku bagi. Nanti kan kantoi aku mula suka Mr Ikhmal dalam diam. Suka ke? Jangan buat gila la, Risya. Tunang kau nak letak mana?

*****

Manis betul senyuman dia. Fokus matanya dekat telefon tanpa sedar aku di depan dia. Baru semalam nampak nama dia. Pagi yang indah ini terus diberi rezeki untuk nampak dia.

Segaknya dia mengenakan kemeja putih bertali leher merah. Kami berselisih tanpa dia sedar akan kehadiran aku. Mungkin dia dah lupakan aku.

Sejak kemunculan kembali, aku dan dia seperti orang asing. Seolah tidak pernah bertemu pun sebelum ini. Namun, kalau difikirkan logik akal. Aku siapa untuk dia ingat. Setiap hari beratus orang dia jumpa. Mana dengan pesakit, doktor, sister dan staffnurse di wad yang lain. Apa istimewa aku untuk dia ingat?

*****

"Risya, Mikha dah balik. Dia dah habis belajar. Bila nak jumpa dia kenal-kenal dulu sebelum kahwin? Lagipun keluarga dia dah rancang nak cepatkan tarikh kahwin ni."

Ibu yang sentiasa jadi pengantara antara aku dengan Encik Tunang sebab aku malas nak berhubung dengan dia. Jadi, segala hal Ibu akan sampaikan pada aku. Nasib dapat Ibu yang memahami dan tidak memaksa aku berhubung dengan dia. Walaupun, agak memaksa aku kahwin dengan pilihan hati dia dan Ayah.

Mikha.

Nama tunang aku.

Kenal dengan dia. Buat apa? Keluarga aku dah suka dia. Kenal ke tidak memang aku akan tetap kahwin dengan dia nanti. Dari habiskan masa aku kenal dengan dia sekarang. Aku rasa lebih baik berkenalan lepas kahwin. Aku berat hati betul nak kenal dengan dia. Masih tetap salahkan dia kot untuk perjodohan kami ni. Aku tahu bukan salah dia. Tapi, tetap hati ini nak salahkan dia.

"Malas laa nak kenal-kenal dengan dia. Nanti kahwin laa orang kenal dengan dia. Nak cepatkan majlis ke nak lambatkan, orang tak kisah. Mana yang Ibu dan Ayah rasa okey,  orang ikut."

Ibu memang dah tahu jawapan aku tapi masih tetap nak aku jumpa dia, Mikha merangkap Encik Tunang aku.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now