🤍BAB 11🤍

29 3 0
                                    

Tiap kali jumpa Mr Ikhmal aku rasakan debaran lain macam. Perasaan apa sebenarnya? Antara suka, sayang & cinta tidak dapat aku bezakan untuk dia.

Segala rasa yang terpendam ini akhirnya aku luahkan pada teman baik ku, Yaya.

"Thanks Yaya, datang ambil aku."

Tuturku ketika Yaya datang menjemput aku di rumah. Masih tiada kenderaan sendiri jadi terpaksa susahkan dia datang menjemput aku.

"Alah, hal kecil je laaa."

Balas Yaya.

"Yaya, serius aku buntu sekarang ni. Asyik teringat je kat Mikha tu. Padahal dia bukan milik aku."

Perbualan aku dan Yaya tentang Mikha bermula bila kami sampai di 'Restoren Selera Kita'.

Sejak aku tahu nama sebenar Mr Ikhmal. Aku akan bahasakan dia sebagai Mikha bila berada di sisi Yaya. Seakan bergosip pasal Mikha si tunang aku kan, tapi sebenarnya tak.

"Kau terus terang je laa dengan Mikha. Mana tahu, dia balas cinta kau."

Bunyi senang je cadangan Yaya ni.

"Kau gila. Mahu kecoh satu hospital nanti kalau dia canang pasal ni. Mana aku nak letak muka aku nanti?"

Tidak dinafikan Mikha seorang yang sangat popular di hospital. Ramai yang aku kenal mengagumi sikap dia. Setiap kali dia muncul, pasti ramai yang terpegun. Dulu, aku menyampah tengok atau jumpa dia. Kini, aku pun termasuk dalam grup peminat dia dalam diam. Belum lagi orang di hospital yang aku belum jumpa, mesti ramai lagi suka dia.

"Ye la, dari kau yang tak tentu arah. Baik terus terang je. Tapi kan, kalau dia balas cinta kau. Mana kau nak letak Mikha yang sorang lagi tu? Tunang kau."

Yaya menyedarkan aku tentang Encik Tunang.

"Sebab tu laa, aku luah kat kau. Aku tak boleh simpan sorang bila berkait dengan Mikha yang bukan tunang aku ni. Bila nak benci dia macam dulu mesti gagal. Aku pun tak tau kenapa aku mula suka tentang dia. Hal tunang aku tu, aku malas nak fikir. Memang akan kahwin dengan dia pun walau hati aku sedang pilih Mikha yang lain."

Perbualan aku dengan Yaya berlanjutan hingga terluah segala yang terbuku di hati selama ini. Semuanya lebih tertumpu tentang Mr. Ikhmal.

*****

"Assalamualaikum, Risya ke ni"?

Soal suara di hujung talian sana.

"Waalaikumussalam, ye saya. Siapa ni?"

Aku inginkan kepastian siapa yang menelefon aku. Tiba-tiba dapat panggilan dari nombor tidak dikenali. Aku ingatkan kawan satu wad dengan aku yang telefon.

Tapi, tiap kali dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Aku akan pastikan siapa dia. Jika penting atau aku kenal memang aku akan terus layan. Tapi, jika sebaliknya memang letak terus laa. Jawab panggilan dari nombor tidak dikenali sejak bekerja ni memang perkara biasa. Jika dibandingkan dengan sebelum ini memang aku biarkan je telefon tu berbunyi.

"Saya Mikha, tunang awak. Sorry, kalau mengganggu awak dengan panggilan dari saya."

Sopan betul dia jawab. Suara dia macam aku pernah dengar sebelum ini. Tapi, mustahil sebab ini pertama kali aku dapat panggilan dari tunang aku.

"Eh, tak mengganggu pun. Ada apa, awak telefon saya?"

Soal aku.

"Sebenarnya, saya nak ajak awak berjumpa. Sejak bertunang, kita belum berpeluang berkenalan. Saya takut nanti awak tak selesa bila tiba-tiba kahwin dengan saya."

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now