🖤BAB 26🖤

21 3 0
                                    

"Sayang, please jangan tinggalkan Abang."

"Sayang."

Aku tersedar dari tidur  apabila mendengar jeritan dari suamiku di sebelah.

"Abang, Abang bangun."

Aku kejutkan Mikha yang sedang mengingau. Sayang mana pula nak tinggalkan dia ni? Aku tersenyum dalam mamaiku. Tidak ada rasa cemburu pun yang hadir kali ini.

"Sayang, jangan tinggalkan Abang."

"Abang, love you Sayang."

"Abang tak sanggup hilang Sayang. Kita baru je nak rasa bahagia."

"Sayang, Abang tak sanggup hilang Sayang."

Mikha yang telah tersedar dari tidurnya terus memeluk erat tubuhku sambil tidak henti menuturkan kata.

Mimpi apa yang menganggu tidurnya tadi?

"Abang, Sayang ada ni dengan Abang. Sayang tak pergi mana-mana pun. Dah jangan nak merepek malam-malam buta ni. Jom, kita tidur. Esok, kita nak kerja lagi. Nanti Sayang mengantuk dalam wad siapa nak menjawab?"

Aku cuba menenangkan Mikha sambil buat lawak bodoh dalam mamaiku yang masih bersisa. Mataku agak berat nak buka sepenuhnya.

"Sayang, Abang takut hilang Sayang. Tadi, Sayang minta izin pergi dari Abang. Lepas salam tangan Abang, Sayang terus pergi. Abang tak sempat kejar Sayang."

Mikha akhirnya menceritakan tentang mimpinya tadi. Dia masih erat memeluk tubuhku seakan sukar untuk melepaskanku.

"Abang mimpi je tu tadi. Sayang elok je duk tidur tepi Abang. Ni terjaga sebab Abang la duk menjerit tiba-tiba. Ingat tersampuk apa dah tadi."

Aku membalas bicara Mikha sambil mengusap lembut belakang badannya. Aku cuba menyalurkan rasa tenang pada dirinya.

"Sayang janji tak akan tinggalkan Abang?"

Soal Mikha.

"Ya, Sayang janji tak akan tinggalkan Abang."

Aku menabur janji padanya.

"Tapi, Abang kena ingat. Hubungan kita ni hanya pinjaman dari Dia. Andai suatu hari nanti Dia ambil. Kita kena terima. Kan Abang?"

Aku kembali menyambung kata-kataku. Entah kenapa aku berkata-kata sedemikian kala ini.

"Abang tahu. Tapi, Abang nak Sayang janji jangan tinggalkan Abang kalau bukan kerana Dia. Please, Sayang kena stay dengan Abang forever. Please, Sayang."

Mikha tidak henti merayuku. Masih terkesan dengan mimpinya tadi.

"Sayang tak akan tinggalkan Abang. Sayang janji akan sentiasa ada dengan Abang."

Aku kembali tuturkan kata yang menyenangkan hatinya. Entah kenapa hatiku rasa berat meninggalkan dia andai perpisahan yang bakal terjadi nanti. Aku sendiri belum kuat untuk kehilangan dia.

Pelukan makin dieratkan oleh Mikha. Seolah tidak ingin lepaskan aku pergi. Aku selesa dan rasa dilindungi dalam pelukannya. Baby pun tidak meragam, diam dalam kandunganku yang kian dekat waktu untuk melahirkannya.

Tidak lama lagi, akan ada nyawa lain yang akan hadir menyerikan kehidupan kami suami isteri di dunia ini.

Mummy dan Daddy dah tak sabar nak tunggu Baby.

Aku sempat usap lembut perutku sebelum membalas kembali pelukan Mikha.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now