🤍BAB 27🤍

24 3 0
                                    

"Yaya, tolong. Aku rasa dah tiba masanya. Perut aku sakit sangat dah ni."

Aku kejutkan Yaya di sebelah. Mikha oncall malam ni. Dia yang meminta tolong Yaya menemaniku memandangkan tarikh untuk aku melahirkan bayi kami makin dekat.

"Dah sampai masa. Ermmmm, okey. Haaa, jom."

Yaya membalas dalam mamainya.

"Aku baru plan nak balik kg esok. Due minggu depan, malam ni dah sakit. Harap bukan nak beranak lagi la."

Sempat lagi aku membebel sedangkan rasa sakit makin kuat terasa.

"Dah sampai masa dah ni Risya. Jangan berangan dapat balik kg. Baby kau nak jadi orang bandar macam Daddy dia juga."

Sempat lagi Yaya membahasku sambil mengapai beg kelengkapan yang sudah aku sediakan sebelum ini. Kemudian, aku dipimpin dengan berhati-hati oleh Yaya ke kereta. Aku masih gagahkan diri untuk melangkah.

Bibirku tanpa henti melafazkan zikir. Menenangkan perasaan dan mengurangkan rasa sakit yang semakin lama semakin mencengkam rasanya sepanjang perjalanan ke hospital.

"Ya, kami dalam perjalanan dah ni. Kejap lagi sampai. Jangan risau, saya ada dengan Risya."

Yaya di sebelahku tekun memandu. Talian telefon dimatikannya. Dia mengerling sekilas padaku.

"Mikha tunggu kau kat hospital. Aku dah bagitau dia yang kita dah on the way ke sana. Kuatkan semangat okey, Risya."

Yaya mengenggam tanganku seketika bagi menyalurkan semangat. Pemanduannya tetap penuh berhemah. Mengalas tanggungjawab menjagaku seperti yang diamanahkan oleh Mikha.

*****

"Maaf, Ikhmal. Kita tak boleh teruskan seperti biasa. Isteri kau perlu dibedah. Aku perlukan persetujuan kau sekarang untuk melakukan emergency C section."

Ucap Ms Sara pada rakan sekerjanya.

"Kalau itu yang terbaik. Aku setuju. Tolong aku Sara. Please, selamatkan Risya dan anak kami."

Ucap Mikha dengan penuh harapan pada Sara.

Jiwanya tiba-tiba menjadi kacau memikirkan keselamatan isteri dan anaknya. Tidak disangka Risya akan mengalami komplikasi ketika melahirkan sedangkan sepanjang kehamilan tiada sebarang masalah yang timbul.

"Kau kena kuat Ikhmal demi Risya dan anak kau. Jangan risau, aku dan team aku akan lakukan yang terbaik. InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar. Sebagai sahabat kau, aku juga berharap semuanya akan selamat."

Ucap Sara sebelum meninggalkan Mikha.

"Ya Allah, selamatkanlah isteriku dan anak kami. Aku belum kuat untuk kehilangan mereka."

Doa Mikha seikhlas hati. Dia tahu bukan masalah kecil yang sedang dialami Risya saat ini.

Risya tiba-tiba tidak sedarkan diri saat sedang berjuang melahirkan anak mereka. Dia yang setia di sisi Risya juga terkejut dengan situasi getir itu. Banyak pendarahan yang berlaku. Namun, segalanya segera dikawal. Denyutan nadi bayi masih tetap ada walau makin menurun grafnya.

Pembedahan adalah cara yang terbaik bagi mengatasi masalah yang timbul. Oncallnya pada malam ini terpaksa di ganti oleh pakar lain lagi. Dia tidak punya kekuatan untuk menjalankan apa-apa pembedahan jika diperlukan secara tiba-tiba nanti.

"Mr Ikhmal pergi la cuci muka dulu. Biar saya tunggu di sini. Nanti apa-apa, saya beritahu Mr Ikhmal."

Yaya menegur Mikha yang sekian lama menyendiri. Jelas terpancar kekusutan dan kepenatan di wajahnya. Mana tidak, baru selesai menjalankan major operation terus berkejar menemani isterinya bersalin.

Disangka semuanya berjalan lancar tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Risya yang kelihatan sihat tiba-tiba hilang kesedaran saat bertarung nyawa. Pasti kejutan besar buat Mikha yang menyaksikan sendiri keadaan Risya ketika itu.

"It's okey, Yaya. Saya tunggu di sini. Awak balik la dulu. Dah nak dekat subuh dah ni. Awak nak masuk kerja lagi nanti."

Tenang Mikha menjawab. Masih cuba menyembunyikan kerisauannya.

"Saya HK hari ni Mr Ikhmal. Jangan risau, saya boleh teman Risya. Mr Ikhmal pergi la siapkan diri dulu. Lepastu, boleh solat subuh terus. Haa tu, dah masuk waktu subuh."

Yaya masih cuba memujuk. Azan subuh dari masjid yang berdekatan dengan hospital juga mula kedengaran.

"Baiklah, Yaya. Saya pergi solat dulu. Kalau ada apa-apa terus hubungi saya."

Mikha mula beredar. Langkahnya perlahan seolah terasa hilang separuh jiwanya bila terbayang kembali wajah kaku Risya di bilik bersalin semalam.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now