🖤BAB 24🖤

23 3 0
                                    

"Comel ye Delisya. Geram je dengan pipi dia ni. Kenapa awak comel sangat?"

Aku masih belum puas menatap wajah comel baby di depanku. Nyenyak dalam tidurnya. Tapi, aku masih cuba mengacau lena tidur Delisya dengan memicit manja pipi miliknya.

"Baby Risya nanti mesti lagi comel. Tengok la Mr Ikhmal tu handsome dia macam mana. Risya pun cantik. Anak nanti mesti lagi double triple comel. Cepat la Risya tambah anak saudara untuk aku."

Yaya masih setia dengan modal untuk kenakan aku.

"Betul kata Yaya tu. Cepat la Risya dapat baby. Nanti boleh geram dengan anak sendiri 24 jam. Akak tengok Risya macam dah tak sabar nak ada baby."

Ucap Kak Ria, kakak senior wad aku yang sedang berpantang. Jadi, Baby Delisya ni anak dia. Aku dan Yaya hanya datang melawat.

"InsyaAllah Kak Ria, kalau ada rezeki nanti. Kau tu Yaya, bila nak kahwin? Asyik kenakan aku je memanjang."

Yaya aku jeling sekilas. Geram manja je kalau dengan Si Yaya ni.

"Macam kau kata. InsyaAllah, kalau ada rezeki. Nanti ada jodoh, aku jemput la kau dan semua orang datang majlis aku."

Balas Yaya.

"Kalau kes Covid-19 naik, kau berani ke nak jemput semua orang. Kena saman baru padan muka kau. Musim PKPB yang baru start pun belum berakhir lagi ni."

Aku kenakan Yaya lagi.

"Sebab tu jodoh aku tak sampai lagi. Dia tunggu Covid-19 kembali reda. Nanti boleh jemput semua datang majlis aku. Tak da la aku nak sorok suami aku macam kau."

Eh, Yaya ni kenakan aku habis-habisan!

"Sorok sebab suami kita helok sangat."

Aku buat muka acah riak kepada Yaya.

"Eh, budak berdua ni! Perangai korang macam budak-budak. Bergaduh je kalau berjumpa. Yaya datang wad pun korang cari pasal. Risya ni, kalau Mr Ikhmal tengok dah lama kena cubit macam ni."

Kak Ria terus mencubit peha Yaya dan Risya di depannya.

"Adudududuuu... Sakit la Kak Ria. Risya, kau punya pasal la ni sampai senior kau mengamuk."

Yaya menyalahkan aku.

"Eh, kau punya pasal la!  Aku pun kena juga."

Aku masih belum berputus asa berbahas dengan Yaya.

"Uweeeekkk... Uwekkkkk...."

Suara tangisan Delisya mula kedengaran.

"Haaa, tengok. Delisya pun dah marah dengan perangai makcik-makcik dia yang tak sedar diri ni."

Kak Ria membebel sambil mengangkat Delisha untuk disusukan.

"Dia nangis sebab lapar. Delisya mana ada masa untuk fikirkan kami. Dia fikir perut dia je."

Loyar buruk dengan Yaya masih setia seperti biasa.

Kak Ria hanya mampu gelengkan kepala. Bosan barangkali nak layan perangai Yaya yang agak tingtong ni. Tapi, dia masih tersenyum bersamaku. Usik-mengusik untuk memeriahkan suasana dan melupakan  tentang keadaan di tempat kerja sentiasa menjadi amalan kami.

*****

"Abang, dah balik."

Aku terus menegur dan bersalam dengan suamiku, Mikha yang sedang bersantai di depan TV.

"Ye, Sayang. Abang tunggu Sayang nak makan malam sama-sama. Keluar dengan Yaya sampai lupakan Abang."

Mikha seolah bernada merajuk.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now