🤍BAB 09🤍

31 3 0
                                    

"Jangan cancel lagi, tengok dulu patient macam mana. Kalau okey, bawa pergi Hospital Bayu."

Senang je Si Kerinting arah itu ini. Pesakit dia yang sepatutnya ada temujanji di Hospital Bayu dalam keadaan lemah. Tiba-tiba demam dan vital sign menunjukkan agak berbahaya untuk melakukan perjalanan pada hari ini.

"Tapi Dr, ada pesakit dari wad 8 Medical nak guna ambulans sekarang untuk berjumpa dengan pakar jantung di Hospital Albert."

Aku dalam dilema, kerana waktu yang di janjikan untuk pesakit aku telah berlalu. Ambulans yang sepatutnya untuk pesakit aku kini diperlukan untuk pesakit lain.

"Saya tidak peduli. Jangan cancel dulu."

Memang aku dah masak dengan perangai dia. Suka susahkan orang dengan perangai dia. Apa dia ingat semua ini milik dia?

Nak simpan sampai bila? Nak hantar juga pesakit tetapi dia malas nak temankan. Alasannya hanya untuk temujanji. Kalau pesakit tak stabil dan dia tetap berdegil suruh hantar memang dia kena ikut.

Aku terus buat panggilan ke Hospital Bayu untuk memaklumkan keadaan pesakit dan mungkin tidak dapat hadir seperti yang dijanjikan. Pihak sana pun faham dan bila dah terlepas waktu temujanji yang ditetapkan, wajar ambil tarikh baru.

Ambulans terus dimaklumkan untuk pembatalan perjalanan bagi pesakit aku. Agak terlewat 2 jam dari jam 8 a.m yang diperlukan untuk pesakit aku. Namun, aku tetap memaklumkan. Walau tanpa persetujuan Si Kerinting, aku terpaksa buat keputusan untuk kebaikan bersama. Kalau dia nak lepaskan diri jangan heret aku dalam masalah.

Ambulans tu bukan hak aku seorang.

Pesakit tadi tetap dalam keadaan yang sama sehingga ke tengah hari. Tekanan darah tetap paras berjaga-jaga walau dah beberapa pint drip dimasukkan. Mungkin akan start IVI Noradrenaline, tapi kita tunggu Si Kerinting punya plan dulu.

Dalam aku sibuk menyelesaikan kerja yang tergendala kerana Si Kerinting. Tiba-tiba aku ternampak Mr Ikhmal muncul di dalam wad. Rasa macam dalam mimpi.

Hampir setahun lebih tidak nampak Mr Ikhmal. Hari ini, dia muncul. Hanya pandangan sekilas berbalas antara kami. Muka dia serius seperti sebelum ini. Entah kenapa, satu perasaan aneh mula meresap ke hati aku bila bertentang mata dengan dia seketika tadi. Mungkin hanya mainan perasaan aku sahaja. Aku lupakan tentang semua itu dan terus fokus siapkan kerja aku.

Keadaan pesakit untuk ke Hospital Bayu bertambah baik demamnya tapi masih kelihatan lemah. Tekanan darah menunjukkan bacaan agak rendah sama seperti pagi tadi. Masih tidak sesuai jika ingin teruskan untuk hantar walaupun sedia maklum masa temujanji sudah berlalu. Nasib baik aku batalkan ambulans awal-awal bila keadaan pesakit masih tidak stabil. Si kerinting memang dah tak ambil peduli pasal temujanji dan ambulans. Passover pada staf petang berjalan lancar.

Segala tindakan aku hari ini, aku catatkan dalam report aku untuk bukti jika ada isu berbangkit nanti. Bila ada Si kerinting untuk oncall, memang akan haru biru laa hidup setiap staf wad aku yang incas pesakit dia pada hari itu. Memang ternyata aku insan terpilih untuk hadap dia hari ini.

*****

Risya.

Nanti tulis surat penjelasan.

Kenapa tak inform?

Orang ambulans complaint.

Awak tak call batalkan ambulans.

Dah siap surat tu terus hantar atas meja Sister.

_Sister Ara

Mesej yang di hantar Sister Ara aku buka dan baca satu persatu.

Walau dah beberapa hari berlalu, akhirnya memang betul sangkaan aku. Isu ini akan dibangkitkan. Aku selamat kerana segala tindakan aku buktikan dalam dokumentasi aku. Hanya sekadar tulis surat penjelasan untuk rentetan peristiwa hari kejadian sebagai pemuas hati pihak atasan dan pihak pengadu.

Aku dipersalahkan kerana pesakit yang sepatutnya jumpa pakar jantung tidak dapat dihantar kerana aku masih inginkan ambulans itu untuk pesakit aku. Sedangkan aku telah membuat pembatalan pada pagi itu juga bukan tunggu petang.

Bila ada yang ingin lepaskan diri, memang akan cari salah orang lain. Ingat aku bodoh sangat nak biarkan semua ini berlaku. Oleh sebab itu, aku siap tulis awal-awal. Bila berkait dengan Si Kerinting lebih-lebih lagi, memang aku akan tulis semuanya. Dia salah seorang orang atasan yang sangat suka cari salah staf bawahan. Apa ingat pangkat itu berkuasa sangat? Mungkin dia lupa yang bidang tugas kami amat memerlukan kerjasama.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now