🤍BAB 21🤍

18 3 0
                                    

"Semua orang jangan lupa pergi makan kat klinik lepas balik kerja. Mr Ariff belanja semua staff department Surgical."

Sister Ara mengingatkan kepada kami yang kerja pagi.

"Belanja sempena apa Sister?"

Kak Lia menyoal.

"Rasanya dia baru timang cucu sulung. Saja buat makan-makan untuk staff dia. Bukan selalu Boss nak belanja semua. Tapi, jangan lupa amalkan S.O.P. Walaupun, kita dah seakan makin bebas dari Covid-19."

Terang Sister Ara. Sempat juga selitkan nasihat pada anak buah dia.

*****

"Risya, dah siap kerja? Jom, pergi makan."

Tibs-tiba Yaya munculkan diri di kaunter wad aku.

"Cepatnya kau habis kerja? Mentang-mentang dapat makan free. Cepat je jalan."

Aku saja mengusik.

"Dah jangan banyak cakap. Cepat la, Risya. Semua team pagi aku dah jalan."

Aku simpan fail pesakit. Basuh tangan dan bersedia ikut Yaya. Team pagi wad aku pun dah mula beransur pergi jamuan makan Mr Ariff.

"Risya, kau mesti happy kan dapat jumpa Mikha kejap lagi. Boleh makan sama-sama. Ni la masanya nak tunjuk kat semua orang yang dia suami kau."

Yaya masih tak berhenti bercakap dari mula kami berjalan.

"Eh, memang tak la! Kau tahu kan aku tak nak heboh. Sampai bila-bila pun aku tak nak hebohkan. Malu dia nanti."

Aku masih tetap dengan pendirian aku.

"Sampai bila-bila? Kau biar betul Risya. Mana kau tahu dia malu nak mengaku kau isteri dia. Entah-entah kau yang malu kan?"

Yaya ni, buat terkejut pulak. Macam aku tak pernah terangkan semuanya pada dia sebelum ini.

"Betul la. Dah jangan banyak cakap. Sampai sana, kau jangan tinggal aku."

Aku bagi amaran awal pada Yaya. Memang dah masak dengan perangai dia bila jumpa makanan. Lupa dah siapa kawan dia. Okey, gurau je.

*****

"Risya, banyak gila makanan Mr Ariff belanja kita semua hari ni. Sedap pula tu. Aku pergi sana ambil makanan dulu, kau tunggu sini jaga tempat kita."

Memang aku dah agak. Yaya tetap Yaya. Aku hanya pandang kelibat Yaya yang mula menapak pergi.

"Risya, apa khabar? Lama dah kita tak jumpa."

Aku pandang siapa yang menegur.

Mr Ariff.

Segan pula bila Boss tegur kita.

"Boss. Alhamdulillah, saya sihat. Tahniah Boss, dah dapat pangkat datuk."

Aku bangun ketika di tegur Boss. Biasa la, tanda hormat.

"Hahaha, pangkat datuk bercucu bukan pangkat kurniaan sultan. Terima kasih."

Pertama kali aku tengok Mr Ariff gelak sakan. Biasa kat wad serius memanjang. Nak senyum pun susah, sama macam Mikha mula-mula aku jumpa dulu.

Aishhh, ingat suami pula dah.

Dah mula ada mata pandang-pandang bila Boss besar Surgical berbual dengan aku.
Lain macam pula rasanya.

"Kenapa tak makan satu meja dengan Ikhmal? Dia ada duduk kat sana. Jom, join kami."

Mr Ariff mempelawaku.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now