🤍BAB 05🤍

32 3 0
                                    

" Risya, nanti pergi SOPD ambil barang dressing. Mr Ariff suruh awak pergi sana kejap lagi, lagipun awak kan runner hari ini."

Sister Ara menyampaikan pesanan selepas round pagi selesai.

"Mesti barang dressing untuk pesakit vascular injury under Mr Ariff ni. Jenuh laa nak kena dressing wound besar."

Bisik hati aku selepas Sister Ara menghilang ke dalam biliknya.

*****

"Staffnurse, mana saya nak ambil barang dressing yang Mr Ariff suruh ambil. Saya dari wad 3 Surgical."

Sampai klinik aku terus bertanya staff di kaunter. Terus dia menunjukkan padaku untuk ke bilik dressing.

"Nurse, saya datang nak ambil barang dressing untuk wad 3 Surgical."

Aku menyatakan hasrat tujuan aku selepas menyapa seorang staffnurse yang menjaga bilik dressing

"Oh, barang dressing untuk wad 3 Surgical! Kami dah hantarkan pada Mr Ariff. Dia bagitau nanti staffnurse sendiri yang akan jumpa dia. Mungkin dia tengah tunggu kat bilik dia."

Ungkapan dari staffnurse tadi cukup mengejutkan aku.

"What? Jumpa Boss aka senior pakar surgical. Buat apa? Tadi suruh ambil barang dressing je kan. Kenapa nak kena jumpa dia?"

Hanya aku berbicara dengan diri sendiri selepas meminta diri keluar dari bilik dressing.

Langkah terus menuju ke bilik Mr Ariff. Berat hati nak melangkah tapi ada amanah yang aku pegang.

Aku ketuk bilik Mr Ariff apabila sampai di depan pintu.

"Masuk."

Berdebar je bila dengar suara dari dia menyuruh aku masuk.

"Assalamualaikum, Boss. Tadi, Sister Ara suruh saya datang ambil barang dressing. Memang kena ambil dengan Boss terus ke?"

Aku terus bertanya inginkan kepastian. Mungkin ada tujuan lain nak kena jumpa dia. Biasa kalau sekadar ambil barang dressing boleh je suruh PPK ambilkan. Ini Mr Ariff siap sebut nak suruh runner turun ambil.

"Waalaikumussalam, saya nak jumpa awak sekejap. Barang dressing tu ada dah kat atas kerusi tu. Nanti bawa ke wad. Saya tak nak Sister Ara tahu tujuan lain saya panggil awak. Saya tak nak hal ni kecoh. Saya ada dengar aduan dari rakan saya tentang awak. Awak ada buat masalah ke dengan doktor?"

Serius je dia bertanya. Aku pula takut campur terkejut. Masalah? Dengan siapa? Setahu aku, aku ada buat hal dengan Kak Rina je. Dia ke yang mengadu tapi Boss sebut doktor. Mr Ikhmal? Memang sah dia kot.

"Mr Ikhmal ke mengadu Boss?"

Aku menyoal secara spontan.

"Berani aku petik nama Mr Ikhmal. Ish, nak undur dah terlanjur sebut. Nasib kau laa Risya, siapa suruh kau gatal mulut nak sebut nama mamat tu."

Hatiku mula bebelkan diriku sendiri.

"Saya tak nak la sebut siapa nama orang tu. Yang penting saya nak nasihatkan awak untuk hormat rakan sekerja dan orang sekeliling awak. Sister Ara belum tahu hal ni, saya tak nak kecoh dan orang yang buat aduan tu pun nak saya sampaikan pada awak secara personal. Okey, tu je. Awak boleh balik wad."

Menghalau betul. Teguran biasa tapi pedih.

"Kejap! Kenapa Boss nak tegur jururawat secara personal? Kalau betul nak tegur report je terus nama aku kat ketua aku. Ni bila Boss sendiri turun padang. Jatuh betul air muka aku. Memang tak boleh senyum dah hari ni."

Selesai urusan berjumpa dengan Mr Ariff, aku terus mengorak langkah menuju ke wad.
Aku masih berbicara dengan diri sendiri sepanjang jalan tanda tidak puas hati.

Hati aku masih sakit dengan teguran yang diterima dari dia.

*****

Keluar lif, aku terserempak dengan Mr Ikhmal. Memang aku buat bodoh je. Aku betul-betul yakin dia yang mengadu ni. Sebab setahu aku, hanya aku ada masalah dengan dia.

Seperti biasa Mr Ikhmal dengan wajah serius dia berpisah tiada. Jadi, aku terus menapak ke wad tanpa melihat dia.

Lagipun.

"Mr Ikhmal, mulai hari ini saya lancarkan perang antara kita. Okey, kita tengok sejauh mana Mr Perfect aka Mr Ikhmal boleh jalan."

Aku lepaskan geram dalam hati dan menjeling sekilas pada dia yang mula memasuki lif.

Berat barang dressing mula melawan kekuatanku. Terus aku percepatkan langkah masuk ke dalam wad. Ingat dekat ke perjalanan dari wad ke klinik? Jauh tahu tak. Dah la hati aku tengah sakit ni.

*****

"Ikhmal, saya dah jumpa dia. Patut la, memang sesuai. Pandai pilih."

Mr Ariff terus menegur ketika nampak kelibat  Ikhmal sampai ke pejabatnya.

"Jumpa siapa Boss? Siapa saya pilih?"

Pelik bila Mr Ariff tegur tanpa aku tahu hujung pangkal cerita dia.

"Jumpa Si pencuri hati awak. Jangan ingat saya tak tahu cerita kat wad bila saya tak round. Faliq dah terbocor rahsia awak minggu lepas. Dia kata awak suka round kat wad 3 Surgical sebab ada pencuri hati awak. Tak silap nama dia Risya kan?."

Balas Mr Ariff sambil manis tersenyum. Sisi lain Mr Ariff bila bersama rakan rapatnya yang tidak akan muncul bila di dalam wad.

"Siapa? Risya. Ermm, macam mana Boss jumpa dia?"

Kekeliruan yang timbul seakan jelas pada Mikha.

"Tadi, saya suruh dia ambil barang dressing lepastu saja buat kecoh konon ada orang mengadu pasal dia. Nampak la cuak muka dia."

Mr Ariff tertawa bila ingatkan balik lakonan dia tadi.

"Risya!"

Perlahan nada Ikhmal berbisik. Cukup didengari dirinya sendiri.

"Patut la muka dia mencuka je masa terserempak tadi dan memang di tangan dia penuh barang dressing. Mesti aku je muncul dalam kepala dia bila Boss buat drama tu. Semuanya perlu dijernihkan kembali."

Hati Ikhmal mula berbicara sendiri.
Rasa bersalah pada Risya menjerat dirinya.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now