🖤BAB 20🖤

18 3 0
                                    

Hari untuk aku bermalasan tiba juga. Aku bersantai sambil baca novel yang dah agak lama aku biarkan. Hari kelepasan, memang hari untuk aku rehatkan diri. Mikha macam biasa, masih bekerja sebab hari ni bukan hujung minggu. Jadi, dia tiada untuk kacau aku.

Hubungan kami?

Masih sama. Aku tetap marahkan dia dan diamkan diri. Malas nak minta penjelasan. Lagipun, perkahwinan aturan keluarga. Mana tau, memang dia dah bercinta dalam diam dengan Ms Sara sebelum ni. Mungkin aku orang ketiga dalam hubungan mereka.

Novel "Takdir Kita" karya penulis misteri kegemaran aku, R Y I Z S, aku baca dan jiwai sambil mendengar koleksi lagu-lagu jiwang rock kapak zaman 90-an. Aku ingin mengamit memori lalu. Dari pagi memang kerja aku bangun, makan dan tidur lagi. Petang ni, baru rajin sikit nak baca novel. Tapi, tetap bermalasan di atas katil.

Mengapa terjadi perpisahan ini?
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini?
Di kala hatiku terlukis namamu

Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua

Rindu, rindu serindu-rindunya
Namun engkau tak mengerti
Pilu, pilu sepilu-pilunya
Namun engkau tak peduli

Malu semalu-malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu semahu-mahunya
Namun apa daya orang dah benci

Berikanlah jawaban
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku rindu

Lagu rindu-serindunya buat air mataku tiba-tiba menitis. Macam kena je lagu dengan perasaan yang aku rasa saat ini. Sedih! Aku terus bangun dari pembaringan. Lap air mata sambil sandarkan badan di kepala katil. Novelku tutup dan diletakkan di sisiku.

"Kalau ini yang terbaik. Kita patut berpisah. Mana boleh paksa hati orang lain untuk sayang kita."

"Bukan semua cinta harus memiliki."

Aku tuturkan sambil mata terpejam. Hanyut dibuai perasaan. Sengaja seksa diri dengan perasaan yang tidak sepatutnya.

Satu kucupan hangat singgah di dahiku.

Aku bukakan mata. Dia.

"Bila awak balik?"

Aku bertanya dalam terkejut. Dia masih menatap aku. Aku palingkan wajah aku dari pandang dia. Malu bila dia tengok aku yang sedang menangis. Jam di dinding dah pukul 5.45pm. Patut la dia dah sampai rumah.

"Sayang, cinta kita harus bersatu. Abang milik Sayang."

"Sayang, Abang rindu Sayang."

Dia palingkan wajahku dan airmata di sapu lembut tangannya.

Mata kami bertentangan. Matanya turut berkaca. Dia menangis? Mustahil!

"Perkahwinan kita satu kesilapan. Awak patut berterus terang kalau hati dah berpunya. Jangan paksa diri terima saya."

Berani aku tuturkan ayat sebegini. Aku bangun tinggalkan dia.

"Sayang, saya tak pernah paksa diri saya terima awak. Memang saya ikhlas dengan perkahwinan kita. Hati saya hanya ada awak, milik awak."

Dia memegang tanganku, menghalang aku lari dari dia. Aku memang suka lari bila berbahas dengan dia.

"Ikhlas? Awak jangan nak tipu. Saya dah nampak semuanya. Awak sebenarnya ada hubungan dengan Ms Sara kan? Jangan nak berpura-pura depan saya."

Aku berani menyoal kali ini. Penat pendam rasa sendirian. Penat diamkan segala andaian fikiran selama seminggu.

"Sayang, apa awak merepek ni? Saya dengan Sara sekadar kawan. Tidak lebih dari tu. Awak dah salah faham ni."

Jelas dia.

"Dah la awak. Saya malas nak fikir. Saya malas nak dengar apa-apa lagi dari awak. Saya nak awak tahu, saya tak kisah kalau awak nak kahwin dengan dia. Tapi dengan syarat, lepaskan saya."

Aku rentap kasar tangan aku dari genggaman dia. Aku tahu dia terkejut. Aku sendiri pun terkejut dengan tutur kata aku sendiri. Lepaskan aku? Betul ke, aku sanggup berpisah dengan dia. Insan yang dah lama curi hati aku.

*****

"Bukan semua cinta harus memiliki. Pengorbanan itu perlu demi kebahagiaan insan tersayang. Ya, aku nak dia bahagia."

Aku bermonolog sendirian di dalam bilik tamu. Sendirian tanpa dia yang aku tinggalkan seketika tadi. Dia tidak mengejar, mungkin masih terkejut dengan kata-kata aku atau memberi ruang untuk aku bersendirian.

Pelik. Kenapa aku nak merajuk dengan dia? Kata belum terima dia, tapi asyik merajuk. Mesti dia dah bosan dengan perangai aku yang belum matang ni. Cemburu tak bertempat. Suka diam dari minta penjelasan. Lari dari kenyataan.

Belum setahun kahwin, aku dah buat hidup dia huru-hara dengan perangai aku. Aku nak dia bahagia. Aku tak mampu bahagiakan dia. Aku bukan wanita yang sempurna untuk dia.
Ms Sara memang jodoh dia. Aku dah jadi penghalang hubungan mereka. Walau sekuat mana hati aku sayang dia. Mikha berhak bahagia.

Aku akan kuat lawan perasaan sayang pada dia. Sayang saja tak cukup kalau aku tak mampu bahagiakan dia. Risya, kau perlu betulkan semula semua kesilapan ini dari awal. Rasa kau pada Mikha perlu kekal sebagai satu rahsia dalam diam.

Mikha.

Saya akan kembalikan bahagia awak.

KERANA DIA ✔Where stories live. Discover now