PART 1 || NETK

221 4 0
                                    

Kepulangan Aulia di sambut oleh seluruh ahli keluarganya yang amat rindui setelah sekian lama berpisah sejak Aulia berusia 15 tahun. Setibanya Aulia di Tanah air iaitu Malaysia, dimana negara kelahirannya yang penuh dengan segala kenangan pahit manisnya ketika berada di bumi itu sebelum meninggalkannya. Namun, kepulangannya pada kali ini tidak dapat dijangka dan tidak diketahui oleh sesiapa pun termasuk wartawan kerana kepulangannya adalah satu permulaan perkara yang amat penting perlu hadapi oleh seorang bernama Tengku Aulia Isma.

"Assalamualaikum abangku Tengku Rykal Iskandar". Sapa Aulia setelah tiba berhampiran dengan abang sulungnya yang bernama Rykal itu.

"Waalaikumusalam wahai adikku Tengku Aulia Isma". Balas Rykal.

"Abang Rykal je ke yang datang ambik Lia dekat sini". Tanya Aulia apabila dia hanya melihat susuk badan abangnya itu sahaja di situ.

"Ada yang lain ikut, jangan harap diorang semua tu nak tinggal dekat rumah... Lambat lagi benda tu nak terjadi kalau bukan urusan kerja". Jawab Rykal yang sudah masak dengan perangai adik-adiknya itu.

"Habis tu mana orang-orangnya... Lia nampak abang seorang je dekat sini". Tanya Aulia sambil mencari kelibat adik- adiknya bersama abang dan kembarnya.

"Abang Aryan bawak diorang pergi beli air, katanya kehausan tunggu Lia keluar". Balas Rykal sambil memasukkan beg bagasi Aulia ke dalam bonet kereta.

"Bukan salah Lia yang lambat..kapal terbang tu yang ada problem time nak buat pendaratan tadi". Jawab Aulia yang menyalahkan kapal terbang yang dinaiki tadi, padahal dia yang melencong ke tempat lain sebeleum keluar dari kawasan sesak itu.

"Ha tu abang Aryan dengan yang lain, keluar dah dari beli air". Kata Rykal sambil menunjuk ke arah keempat adik beradik Aulia yang lainnya.

Aulia memusingkan badannya kebelakang mencari kelibat orang yang dikatakan oleh abang Rykal tadi iaitu Tengku Aryan Iskandar a.k.a Aryan, Tengku Rania Isma a.k.a Aulia twin, Tengku Rauf Qayyum dan juga Tengku Arya Qaisara.

"Hai kak Lia... Arya rindu kak Lia". Kata Arya setelah tiba di hadapan Aulia lalu terus memeluk tangan ku sebelah kanan dengan gembira dan teruja.

"Rauf pun rindu kak Lia". Kata Rauf apabila melihat Arya lalu turut memeluk lengan Aulia sebelah kiri.

"Ye ke rindu kak Lia... Tengok tadi time kak Lia keluar korang berdua tak ada pun dekat sini, mesti korang tipu ni rindu kak Lia ni". Sakat Aulia kepada kedua adik nya itu.

Rykal dan Aryan hanya melihat dan mendengarkan sahaja telatah Aulia dengan dua adik bongsu yang mereka ada setelah ibu dan ayah mereka telah mengesahkan adik kembar mereka tidak dapat diselamatkan dalam satu kes perculikkan pada 14 tahun lepas.

"Ishhh Kak Lia ni, Rauf betul-betul rindu kak Lia". Balas Rauf sambil membuat muka sedih diikuti dengan Arya yang berada di sisinya itu.

"Entah kak Lia ni, sampai hati kak Lia cakap macam tu dekat kita orang berdua". Kata Arya yang menyokong lagi kata-kata Rauf itu tadi.

"Ye la, Kak Lia pun rindu juga dekat Rauf dengan Arya". Kata Aulia pada Rauf dan Arya sambil memeluk erat kedua adiknya itu.

"Dah jom kita balik, tapi kalau Rauf dengan Arya nak tidur sini silakan, akak tak nak tidur sini". Kata Aulia kepada semua setelah melepaskan pelukkan terhadap mereka.

"Jom balik". Kata Rauf dan Arna serentak dengan ceria dan gembiranya.

Aulia, Rauf dan Arya menaiki kereta yang dipandu oleh Rykal manakala Ranya menaiki kereta yang dipandu oleh Aryan yang penuh dengan beg bagasi dan pelbagai jenis beg lagi dibawa oleh Aulia. Mereka semua terus pulang ke rumah kerana mengetahui Aulia memerlukan rehat yg cukup untuk mengelak berlakunya jetleg atau sebagainya.

Not Expected The Killer'sWhere stories live. Discover now