Seperti yang dirancang oleh Rykal dan juga beberapa lagi ahli kumpulan mereka yang turut diikut serta dalam misi menyelamatkan Aulia.
"Ikut plan yang telah aku explain petang tadi, tak semua group akan masuk dalam tu nanti. Make sure Aulia dalam keadaan selamat time kita masuk nanti". Kata Rykal dengan tegas dan terus melangkah pergi menuju ke arah kereta yang sudah dihidupkan untuk memanaskan enjin kereta berkenaan.
"Ingat jangan silap, nanti mengamuk lagi besar abang Rykal dengan kita semua terutama sekali Faiq". Kata Ridwan kepada semua yang mengingatkan tentang baran sepupu lelakinya itu seorang.
Mereka menuju ke tempat yang telah mereka kesan melalui telefon bimbit Aulia yang masih aktif ketika itu dengan menaiki 5 biji kenderaan range berwarna hitam berserta tinted cermin yang teramat gelap pada kenderaan tersebut.
~~~~~~
Semenjak kejadian yang menimpa Aulia di mall tersebut, Rykal lebih mengetatkan lagi kawalan penjagaan keselamatan Aulia.
"Rykal, kamu tak akan nak duduk dengan adik-adik kamu lagi. Mommy tengok kesian dekat Laura tu 24 jam nak kena jaga aurat dia dengan Aryan dan Rauf. Adik kamu berdua tu lelaki dan diorang berdua tu pun dah akil baligh. Isteri kamu nak juga privasi dia". Kata Mommy kepada Rykal yang ketika itu mereka sedang duduk bersantai di halaman rumah.
"Rykal boleh je nak pindah tempat lain, tapi lepas apa yang jadi dekat Aulia dengan Faiq hari tu, Rykal tak jadi nak keluar dari rumah ni". Kata Rykal yang mengkhawatirkan keadaan adik-adiknya.
"Kamu jangan fikir sangat pasal mereka tu, kalau kamu terus macam ni, nanti dah kahwin mereka juga yang susah nak berpisah dengan kamu. Setiap kali ada masalah sahaja datang jumpa kamu. Biar mereka belajar untuk hidup tanpa kamu disekitar mereka". Tegur Mommy dengan tindakan Rykal yang terlalu susah untuk berjauhan dengan adik-adiknya terutama sekali Aulia pada ketika ini.
"Abang tak perlu nak risau sangat pasal Lia dengan adik-adik yang lain, abang kena yakin dengan abang Aryan yang dia pun mampu untuk jaga kita orang macam mana abang jaga kita orang semua. Lagi pun abang kena fikir juga perasaan kak Laura macam mana, dia bukan mahram dengan Abang Aryan dan Rauf. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh fitnah antara mereka. Abang nak ke jiran-jiran semua mengata yang isteri abang tiada batas pergaulan dengan adik-beradik lelaki abang". Sampuk Aulia yang baru sahaja balik dari kolejnya bersama Aryan dan Faiq.
Mereka bertiga terus mengambil tempat dikeliling meja bulat tersebut lalu melihat ke arah Rykal yang masih memikirkan apa yang dikatakan oleh Aulia itu tadi.
"Abang boleh keluar dari rumah ni, tapi dengan syarat". Kata Rykal kepada Aulia dan juga yang lain.
"Syarat?". Kata mereka berempat serentak ambil Rykal menghabiskan ayatnya dengan perkataan 'syarat' itu.
"Abang nak keluar rumah pun nak kena ada syarat ke? Okay la apa syarat dia tu?". Tanya Aulia kepada Rykal untuk menyenangkan hati lelaki itu agak dia setuju dengan keputusan mereka untuk membuatkan Rykal dan Luara lebih banyak ruang privasi diantara mereka.
"Aulia kena kahwin dulu". Kata Rykal lalu dia memandang ke arah Aulia untuk mendapatkan kata persetujuan dari adik perempuannya itu.
"No.... No.... No... Apa kaitan abang kena hidup luar dengan Lia kahwin pula?". Tanya Aulia yang seakan tidak faham dengan syarat yang diberikan oleh abangnya itu.
"Kalau Lia tak nak, abang dengan kak Laura akan tetap berada di dalam rumah ini sampai Aulia kahwin". Kata Rykal kepada Aulia dalam nada yang agak tegas lalu terus masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka semua yang berada di halaman tersebut.
"Kalau ia pun kamu nak suruh adik kamu tu kahwin, jangan sampai memaksa macam tu". Tegur mommy lalu menggelengkan kepala dengan tingkah anak buahnya yang seorang itu.
"Rykal bukan apa mommy, kalau Lia dah kahwin, Rykal rasa tenang... lega sikit ada orang yang tolong jagakan dia". Kata Rykal kepada Mommy. "Rykal tau, tak boleh juga nak harapkan Aryan seorang je nak jaga dia, Aulia tu susah sikit mommy nak ditegur dia". Sambung Rykal lagi apabila mengenang sikap Aulia yang jauh berbeza dengan sikap adik-beradiknya yang lain.
"Cakap dengan kamu ni sampai kesudah tak ada penamatnya. Kamu berbincang la elok-elok dengan Aulia nanti. Dah jom masuk, hari pun nak senja. Nanti benda lain pula ikut masuk dalam rumah. Jom Laura kita masuk". Ajak Mommy kepada menantu perempuan keduannya selepas isteri kepada anaknya, Kamarul Faisal.
Mommy dan Luara masuk ke dalam rumah diiringi oleh Aryan, Rykal dan Rauf yang membawa dulang cawan dan pinggan yang dibawa keluar tadi untuk minum petang.
~~~~~~~
Keesokkan harinya, Aulia keluar rumah lebih awal dari biasanya. Dia hanya menyapa Mommy dan adiknya yang ketika itu berada didapur untuk menyiapkan sarapan pagi untuk seisi sekeluarga di dalam rumah itu.
"Assalamualaikum, Mommy, Arya". Sapa Aulia yang masuk ke dalam dapur lalu menuju ke arah peti ais untuk mengambil sekotak air minuman coklat dutch lady.
"Waalaikumusalam, eh Lia. Awal kamu bersiap hari ini?". Jawab Mommy lalu menanyakan tentang pakaian Aulia pada ketika itu yang sudah bersiap rapi dengan cantik dan kemas.
"Lia ingat nak gerak awal sikit, nak singgah office dulu. Lepas tu baru pergi uni, Lia dah bagitahu Faiq nanti kawan dia datang ambil dia dekat sini". Kata Aulia kepada Mommy dan turut mencapai sekeping roti dan sesudu coklat untuk di sapu di atas roti tersebut.
Setelah selesai menghabiskan sekeping roti, Aulia terus bersalaman dengan Mommy dan juga Arya yang membuat perkara sama kepada Aulia sebelum dia berlalu pergi meninggalkan rumah tersebut di awal pagi itu.
Rykal yang ketika itu turun bersama si isteri terdengar bunyi deruman kereta meninggalkan perkarangan rumah tersebut. Dia terus berjalan bersama isteri menuju ke dapur untuk melihat gerangan orang di dapur.
"Morning Mommy, masak apa untuk breakfast hari ini?". Tanya Rykal sambil menghidu masakan yang berada di atas meja counter dapur tersebut.
"Morning, Mommy masak nasi goreng tomyam je, Arya yang masak yang lain tu semua, cucur udang dengan cucur bilis tu". Kata Mommy meletakkan sepinggan lagi cucur udang yang baru sebentar tadi di angkat panas-panas dari dalam kuali.
"Ermm, Mommy? Siapa yang keluar awal pagi macam ni?". Tanya Rykal kepada Mommy manakala Arya hanya menjadi pendengar yang setia di dalam kawasan dapur itu.
"Mommy dah agak kamu akan tanya soalan tu. Siapa lagi kalau bukan adik kamu yang seorang tu, Aulia". Kata Mommy lalu membawa makanan dan minuman yang berada di dapur itu untuk dihidangkan dan diletakkan diatas meja makan.
~~~~~~
Aulia yang tiba lebih awal di kawasan uni, dia terus mengambil tempat biasa dia dan rakan-rakannya duduk melepak dan melakukan kerja. Sementara Aulia menunggu ketiga-tiga sahabatnya yang lain tiba, dia mula berfikir dengan apa yang dikatakan oleh Rykal semalam mengakibatkan dia hilang fokus dengan keadaan sekelilingnya.
~~~~~~
Aulia yang pulang ke rumah dengan harapan abangnya tidak bercerita tentang apa yang dikatakan semalam sehingga membuatkan dia hilang fokus di univesitynya ketika sesi pembelajaran seharian. Namun, apa yang diharapkan itu tersasar apabila masuk sahaja dia di dalam rumah, Aulia telah di soal dengan soalan yang tidak menyenangkan dirinya.
"So, Lia macam mana? Dah dapat keputusan? Dah ada calon nak bawa jumpa abang?". Tanya Rykal kepada Aulia yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di ruang tamu bersama mereka ketika itu.
"Abang, Lia baru sampai rumah. Nak cari pasal pun tunggu weekend bolehkan". Kata Aulia yang tidak bermaya untuk berperang mulut dengan abangnya ketika itu dan dia terus berlalu pergi meninggalkan ruang tamu itu dan naik ke biliknya.
YOU ARE READING
Not Expected The Killer's
RandomTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...