Dua minggu sudah berlalu, Aulia tidak pulang ke rumah lepas kejadian itu berlaku. Rykal dan Aryan yang sudah mula risau akan keberadaan Aulia sering menghubunginya walaupun akhirnya tidak dijawab panggilan mereka berdua itu.
Pada malam itu, Rykal, Aryan, Rauf dan Arya duduk di meja makan untuk menjamu selera pada malam itu.
"Abang Rykal, Kak Lia mana?? Dah dua minggu Arya tak nampak akak". Tanya Arya yang sedang mengambil lauk dihadapan mukanya itu.
"Haah la abang, Rauf pun cari kak Lia juga tapi tak jumpa". Sokong Rauf yang sudah melilaukan kepalanya ke kiri ke kanan itu.
"Abang tak sure la kak Lia dekat mana, lepas kejadian hari tu maybe Kak Lia terasa sangat dengan kita". Kata Rykal dengan wajah serba salahnya dan sedih.
"Abang Rykal, ini bukan salah abang pun nak sedih apa semua. Kita dah cakap dekat Ranya untuk bagitahu Aulia cepat, tapi dia yang melambatkan". Kata Aryan yang melihat abangnya itu nampak muram sahaja.
"Aryan nanti cuba call Lia lagi, mana tahu dia angkat call Aryan nanti. Kalau abang call tak mungkin dia akan jawab". Kata Rykal dengan nada sedihnya itu.
"Ha ye la Aryan cuba tapi kalau Lia tak angkat call Aryan juga, jangan salahkan Aryan eh". Balas Aryan yang ingin memeriahkan suasana pada ketika itu.
Aryan mencuba menghubugi Aulia dan Rykal hanya menunggu keputusan dari Aryan.
"Lia tak angkat call juga la abang... Aryan rasa dia matikan phone dia". Kata Aryan setelah beberapa kali mencuba menghubugi Aulia.
"Adoiiii macam mana ni abang risau la dengan Lia ni, minggu depan dia dah start study balik dekat sini". Kata Rykal yang tiba-tiba teringat adiknya itu akan menyambung pelajaran dalam peringkat master di University Tempatan atas keinginan Aulia sendiri.
"Apa kata abang tunggu esok pagi, sebab selalu Rauf perasan Kak Lia akan online time pagi sebelum kita semua siap pergi sekolah". Kata Rauf yang sering melihat kakaknya itu online ketika itu.
"Haah juga, tapi sebelum tu kita kena call Ranya suruh dia datang sini untuk settlekan semua benda ni. Kalau tak sampai bila-bila Aulia tak akan balik sini pula nanti". Sokong Aryan dan turut mencadangkan kepada Rykal untuk membuat sesuatu sebelum Aulia bertindak lebih jauh dari itu.
Rykal hanya mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Aryan itu.
"Arya call Kak Ranya suruh dia datang rumah esok dengan suami dia tu, Kalau tak kita semua pergi rumah dia nant. Cakap je macam tu dengan Kak Ranya". Arah Rykal kepada Arya yang hanya memerhatikan ketika abangnya itu berbicara.
Sudah seminggu Aulia tidak pulang ke rumah. Aq pergi studio dia orgnya takde mana lg aq nk cari.
~~~~~~
Kring....kring....kring...
" Assalamualaikum Arya kenapa call akak banyak kali ni". Tanya Ranya yang berada di hujung talian.
"Waalaikumusalam akak, jawab pun kalau tak abang Rykal dah nak pergi serang rumah akak dah ni". Kata Arya yang cuba menghubungi kakak sulungnya itu.
"Tadi akak mandikan Fareez tu sebab yang tak berjawab call dari tadi tu. Ni kenapa call akak malam-malam ni". Kata Ranya yang sedang mengedok anak lelakinya.
"Abang nak Ranya balik sini dan jelaskan semua benda yang dah berlaku dekat sini selama Aulia berada di Korea". Kata Rykal kepada Ranya lepas dia mendapatkan telefon tersebut daripada Arya pada ketika itu.
"Hah!! Dah kenapa pulak. Bukannya Aulia tahu lagi pasal benda ni semua". Balas Ranya yang tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah itu.
"Hishh kau ni, abang suruh tu maknanya Aulia dah tau la. Sekarang ni pun dah dekat dua minggu tak balik rumah tau". Kata Rykal dengan jelas dan tegas kepada adiknya yang seorang itu.
YOU ARE READING
Not Expected The Killer's
RandomTengku Aulia Isma yang sedang mencari dan memburu orang yang merancang untuk membunuh ayahnya dan yang telah menculik adik kembarnya sehingga mengakibatkan kematian ibunya pada usianya yang muda dan tanpa di sisi keluarga. Perkara yang tidak dapat d...